Wednesday, November 25, 2009

SEUSAI PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA-3





Sesi forum dan pembentangan kertas kerja yang penuh dan sentiasa hangat.

Sahrunizam sedang menunggu untuk memulakan persembahan.



Alhamdulillah Pertemuan Penyair Nusantara telah berlangsung dengan jayanya. En Saleeh dan Shamsudin Othman juga telah mewakili kami menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di samping memohon jutaan ampun dan maaaf jika ada kelemahan, kekurangan dan kekhilafan kami.

Kejayaan PPN-3 ini adalah kejayaan semua yang terlibat. Saya seperti Saleeh Rahamad juga takut-takut untuk menyebut nama para teman yang berhempas pulas membantu khuatir ada yang tertinggal. Kerana ternyata kami dibantu dengan cukup bersemangat baik oleh teman-teman lama mahupun teman-teman baru. Cukuplah dengan bahasa gambar yang dirakam oleh teman-teman kita sepanjang PPN3 berlangsung untuk melihat kesungguhan para ajk PPN3 bertungkus lumus menjayakan acara ini.

Jika kita mengatakan bahawa semangat kekitaan dan kekeluargaan dalam dunia sastera semakin hilang, PPN3 dan PENA membuktikan bahawa ia tidak benar sama sekali. Di PENA semangat ini cukup tinggi. Saya tidak mempunyai banyak perkataan untuk diucapkan lagi, kerana kenyataan En Saleeh, Shamsudin dan teman-teman lain saya rasa telah cukup untuk menyatakan penghargaan kami kepada semua yang terlibat.

Jutaan terima kasih dan jutaan ampun maaf dari kami semua di PENA dan PPN3.

Ketika kecil saya sangat teruja dengan kata-kata dalam novel Three Musketeers, "satu untuk semua, semua untuk satu" (one for all, all for one)

Di PENA kita tentunya bukan para musketeers, tetapi cukup untuk kita semua melihat bahawa semua kejayaan acara di PENA adalah kerana usaha kita semua. Tanpa 'kita' sukar untuk menjangka bagaimana acara-acaranya dapat berjaya.

4 comments:

JHaZ KiTaRo said...

Salam dari kota Dublin, Ireland. Blog hopping. Sudi2lah kiranya melawat blog hamba (Aku Sebutir Pasir). :)

Sham al-Johori said...

Pak Syeikh,
Sahrunizam sedih sebab tak dapat buat persembahan dengan gitar kapuknya. Dia dah berlatih 8 bulan lamanya.
Hehehehe. 'satu utk semua- semua utk satu'

S.K said...

Salam,

Saya pun tertunggu-tunggu persembahan gitar Cikgu Sahrunizam tuh!
heheheheh...

Tahniah kepada semua atas kerja keras yang diberikan, alhamdulillah :)
Ianya sangat dihargai!

Wassalam.

Nimoiz T.Y said...

Keh keh keh keh:

Saya ada menulis laporan ringkas tentang Pertemuan Penyair Nusantara dalam Tunas Cipta. InsyaAllah, akan disiarkan nanti. Tapi ringkas sahajalah, sebab ruangan dia sedikit. Saya nak tulis dalam Dewan Sastera sebenarnya, tapi selalu kena "reject". Keh keh keh...