Sunday, March 7, 2010
DUNIA YANG BANYAK PILIHAN
Bersama Syed Amran, bersajak dan bernyanyi puisi saya bertajuk 'Puisimu' yang digubah menjadi lagu oleh Syed Amran. Dunia yang banyak pilihan.
Dialog Orang Muda (DOM) di PENA membicarakan tentang kebebasan dalam situasi dunia pengkaryaan di Malaysia. Banyak pendapat yang diberikan, termasuklah pendapat Shamsudin Othman untuk para karyawan ini membuat pilihan mahu memilih jalan ke syurga atau memilih jalan ke neraka. Begitu juga pendapat yang menyebut tentang pelbagai kekangan dari media hingga kepada policing the society. Kebebasan juga dilihat melalui falsafah dan tasawuf. Agar sukar untuk disampaikan dengan jelas oleh Ali Atan tetapi ia satu usaha yang baik untuk berfikir dalam horizon yang lebih luas.
Saya tidak mahu mengulas, tetapi DOM adalah kegiatan yang baik untuk percambahan fikiran khususnya golongan muda. Moga orang muda di PENA atau di DOM ini dapat menggiatkan acara ini secara konsisten. Tentunya kami AJK (tak lah tua pun) di PENA akan membantu sedaya usaha. Saya suka dialog sebegini, dan selalunya tidak mengukur kejayaan melalui sudut kuantitatif (khalayak dsbnya) tetapi kualitatif (kualiti perbincangan dsbnya).
Dalam soal kebebasan, saya fikir pilihan berada dalam tangan kita sendiri. Kekangan yang kita rasakan besar dan tidak boleh dilepasi itu adakalanya cuma tembok maya atau tembok palsu yang kita sendiri cipta dalam fikiran kita. Bagi jiwa yang pasif dan pesimis semua hal akan dilihat sebagai penghalang dan kekangan. Bagi jiwa yang optimis dan merdeka, tembok kekangan selalunya tidak wujud dalam jiwa mereka.
Hari ini saya merasa bosan dengan dunia sastera yang beku dengan segala kehidupan lama yang statik dan rigid; nilai, norma dan mutu sastera terkatup dalam kepompong labelisme nilai murni, ilmu bantu, sastera ilmu yang diteori dan diretorik oleh segelintir yang kononnya menjadi 'gatekeeper' dunia sastera. Juga mutu sastera yang terletak di tangan anugerah-anugerah yang dibikin keputusan oleh kepala-kepala birokrat dan pakar sastera kononnya. Juga persepsi buku-buku sastera tidak boleh diterbitkan dan sukar diterbitkan. Saya tidak peduli dan mempersetankan semua ini. Sesungguhnya saya punya banyak pilihan dalam dunia yang dikatup oleh tembok-tembok kekangan palsu ini. Dunia sastera seolah tidak ada pilihan itu saya jadikan sebagai dunia yang banyak pilihan, dan saya gembira dengan dunia sastera yang saya cipta ini.
Hari ini saya memilih untuk menyanyikan sajak-sajak saya. Dengan bantuan Syed Amran yang menggubah puisi saya menjadi lagu, maka saya dan Syed Amran pun bersajak dan menyanyikan di kolej kelima UM pada Jumaat malam dan bersajak menyanyi lagi keesokan malamnya di UPSI sempena acara memperkatakan ketokohan Suhaimi hj Muhammad dan Malim Ghozali opk. Di UM saya membawa Rahimidin mambaca mantera (kononnya untuk menaikkan seri kami, tapi akhirnya seri 'tok bomoh' yang lebih naik, ramai pula peminat si pembaca mantera ini). Di UPSI ikut lagi Rahimidn dan Shamsudin, tapi saya sudah tidak berani minta Rahimidin baca mantera untuk kami lagi. Saya memilih untuk bersajak dan bernyanyi di depan khalayak yang terpinga-pinga berfikir apa yang hendak dibuat oleh 'mamat' ni. Pilihan saya tentunya membuatkan saya hidup dan merdeka dalam dunia sastera atau dunia apa sahaja yang saya masuki.
Ya, saya banyak pilihan dan tembok-tembok kekangan itu hanyalah kekangan yang tercipta apabila jiwa kita menjadi kecil dan penakut. Saya manusia yang banyak pilihan kerana itu saya tidak pernah punya orang yang perlu saya takut dan ikut dalam hidup saya kecuali orang-orang yang hormati (paling besar penghormatan saya hanya untuk ayahanda saya S. Othman Kelantan), dan saya juga adalah penulis yang tidak perlu menulis dengan bersembunyi di sebalik nama samaran untuk mengkritik atau menulis tentang apa saja. Saya juga tidak suka mengikut arahan ataupun memberi arahan. Makanya saya lebih sesuai bekerja secara 'lone ranger'.
Perlu apa jadi penakut dan terikat dengan kekangan tembok palsu itu? Mungkin kerana tuan-tuan berpangkat, terikat dengan kerja kerajaan, takut tidak menang anugerah, khuatir diumpat orang. Dan saya tidak pernah khuatir tentang itu semua kerana saya penganggur! ha ha. Hidup penganggur rupa-rupanya lebih banyak pilihan daripada pensyarah, pegawai, guru dan lain-lain. Maaf tuan-tuan, saya hanya berlucu kerana saya juga mempunyai banyak pilihan untuk berserius, berlucu atau bersikeras. Tetapi sebenarnya saya menghormati tuan-tuan semua yang terus berjuang dalam kekangan dan batasan yang tercipta oleh sistem-sistem yang sangat memenjara. selamat berjuang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam.
Lu makin anarkis la bro, hehe. Tulis dalam blog panjang2, tapi hari tak nak plak angkat tangan, kasi taruk terus.
Insya-Allah, untuk bulan April - isu yang lebih hangat akan dibincangkan. Sekitar isu 'Penyangak Sastera!".
haiya bro...lu bersajak dan bernyanyi..gua hampir tak caya sama lu..bab lu bawa itu sheikh baca mantera..gua dengki! apasal x bawa gua sekali?!
memang banyaklah pilihan.
tapi setakat ini pun tak nampak yang menggugah puncak autoriti. nampaknya pilihan masih di laluan yang selamat.ini wacana ya.
memang nak angkat tangan, tapi bini dok tunggu kat bawah 'arah' bawa anak jalan2.. he he
edolah, gua mau bikin satu album la, nanti nak lancar gua panggil lu baca berduet dengan marjan he he
Ya wacana pak, harus dijelaskan begitu pak, kalu ngakk jelas nanti tafsiran yang keluar lain, ditulisnya langsung... ya ampun pak, ya ampun
Gua sokong anarkis! Ha ha.
ya..btul tu bang.. hdup memang bnyk pilihan.. tp aku msih terpenjara dalam dunia bikinan manusia ini... satu hari nnti aku msti bebas...
Post a Comment