Tuesday, March 3, 2009
PEKAN BARU
Pekan Baru sibuk dengan lalu lintas dan aktiviti seharian.
Sungai Siak yang menyimpan banyak sejarah. Sungai ini dahulunya besar dan menjadi laluan kepada Raja Kecil untuk mudik keluar menyerang Johor di bawah pimpinan anak Raja Bugis lima bersaudara.
Pada 20-23 Februari 2009 saya, shamsudin dan Dr. Ahmad Razali ke Pekan Baru. Shamsudin menghubungi Dr. Yusmar di sana dan berlangsunglah acara sastera yang menampilkan kami bertiga bersama bapak UU Hamidy.
Pertama kali saya berada di Dewan Kesenian Riau yang besar tersergam. Berbanyak terima kasih kepada Dr. Yusmar yang bersusah payah menampilkan kami di Dewan Kesenian Riau dan juga menaja penginapan kami selama dua malam di Dyan Graha.
Shamsudin lantang dan bersemangat di pentas Dewan Kesenian. Walaupun jawa tapi Shamsudin berapi-api mengangkat perjuangan Melayu (ha ha jangan marah tuan haji). Tapi dalam konteks Malaysia Melayu, Bugis, Banjar, Jawa semuanya Melayu. Dan pada hakikat sebenarnya pun Melayu adalah manifestasi kepada tamadun Islam di Asia Tenggara yang meliputi rantau besar wilayah daratan dan kepulauan nusantara.
Konsep tamadun Melayu-Islam ini sebenarnya begitu luas cakupannya. Tetapi ramai orang yang tak faham. Paling tak faham ialah Mahathir dan Hishamudin sebab itu dua ekor ni berjuang benar nak menegakkan warisan Inggeris di Malaysia melalui PPSMI. Kedua-dua ekor ni anglophile sebenarnya, iaitu pemuja dan pengagum Barat yang hidup seperti umang-umang tanpa keperibadian Melayunya lagi.
Pekan Baru sebuah kota yang sibuk dan luas sebenarnya. Tetapi kami tak punya cukup masa dan cukup wang untuk menjelajahnya. Di sini kita boleh ke Kampar, Inderagiri, dan Siak yang mana dahulunya merupakan negeri-negeri Melayu di bawah naungan Kesultanan Melaka dahulunya dan kemudian menjadi wilayah empayar Kesultanan Johor-Riau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam tuan syeikh,
Aduh, syahdunya hamba mendengar kisah tuan hamba. Bukankah tuan hamba tak nak berjalan sb nak siapkan artikal. Hamba dgn ayahanda puas mengelilingi kota Pekanbaru dibawa mobil Dr. Yusmar. Hehehehe, lain kali kalau nak berjalan jangan bawa laptop. Nak menulis kat Malaysia pun boleh. kwang3x.
janganlah percaya pada apa-apa yang dikatakan dan ditulis oleh pak zakir ni tentang dia berkhalawat di dalam bilik untuk buat kerja nulis. Dia sebenarya pengembara setaraf marco polo atau ibnu Batutah. sedang kita dilanyak mimpi dia kembara di dinihari. tu yang buat amir sentiasa buka pintu bilik air... takut kena tinggal. tapi ilmu buka pintu bilik air pun dah dikebas Zakir juga akhirnya. nanti-nanti kawan lain pun kena belajar juga kenapa pintu bilik air kena buka selalu walaupun kita tengah menunaikan hajat. takut yang dikejar tak dapat.
ha ha, sukar untuk menentukan kebenaran kerana tidak ada alibinya. Kalau bawa kat mahkamah hakim kata tak ada locus standi. Buang kes. Sebaik-baiknya percayalah apa yang dikatakan tuan haji sham al-johori kerana tuan haji memang sudah terbukti benar kata-katanya. Mungkin khilafnya tuan haji ini ialah matanya hanya ada dua. Untuk melihat para penyair dan penulis matanya perlu ada seribu, ha ha
Post a Comment