Friday, February 27, 2009
CERITA UNTUK NASSURY
Menerima cenderamata daripada Chamaipong Sankrajang, penulis wanita tersohor Thailand yang juga merupakan Presiden Persatuan Penulis Thailand (Semakhom Nakhian Thai).
Kata Nasurry dalam dewan ketika Seminar Sastera Thailand-Malaysia, "Demo tok leh ulas cerpen, sebab demo buke sarjana."
Kata saya, "Kawe seorang penulis. Seorang penulis ialah seorang ahli silap mata dan ahli silap mata boleh jadi apa sahaja yang dia mahu."
Dahulu Nassury sms, "Cerpen (Cerita untuk Teman-teman) demo tak sedap sebab tak masuk nama kawe.'
Sekarang saya masuk nama Nassury dalam blog, khusus 'Cerita untuk Nasurry'.
Apa cerita Nasurry? Krrrrroooooghhh! Krrrrroooooghhh!
Sama dengan cerita Nazmi, sebab itu Nasury dan Nazmi diletakkan sebilik. Dan bilik mereka menjadi bilik yang paling aman dan baik di Thailand. Krrrrroooooghhh...
Tapi terima kasih kepada dua-duanya, tanpa sokongan teman-teman tak meriahlah acara sastera kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nazmi ada bunyi serunai panggil cobra, orang bersiul. bunyi burung hantu pun ada. demo kena rakam, sejarah kat hatyai tu.
Post a Comment