Wednesday, February 11, 2009

KATA-KATA TEMAN

Kota Ligor yang suatu ketika hebat kini tinggal batu-batu sejarah
Orang sastera hidup dalam kota yang mereka cipta. Di sini mereka agung hebat tetapi di luar mereka bukanlah sesiapa.

Suasana sastera sekarang malap. Tidak kelihatan tulisan-tulisan yang menimbulkan fikiran-fikiran yang membicarakan polemik atau isu yang membangkitkan daya intelektual sasterawan mahupun sarjana sastera. Kata seorang teman, sarjana sastera kita sekarang mandom. Saya kurang pasti makna mandom dalam konteks makna teman saya itu. Tetapi bunyinya seperti beku dan kaku.

Saya mengatakan hal ini kepada Shamsudin yang merupakan seorang penulis dan juga seorang sarjana di IPT. Kata Shamsudin pensyarah sekarang sibuk mengejar kpi, tak silap saya, saya pun tak tahu apa itu kpi. Tapi lebih kurang markah-markah yang membolehkan mereka naik pangkat. Dan juga pelbagai kerja lain yang tidak memberikan mereka masa untuk menulis pemikiran-pemikiran mereka di majalah atau penerbitan. Dalam pada itu pensyarah dibebankan dengan terlalu banyak tugasan.

Kata seorang teman lagi, sebenarnya pensyarah dan sarjana sastera ni buku pun tak ada, bagaimana nak ada pemikiran. Setakat tampal dan tempek apa yang sarjana atau pemikir luar negeri tulis. Pemikiran sendiri tak ada. Keras, saya tak mahu sebut namanya tapi mnugkin kawan-kawan rapat dapat mengesan itu nada siapa. Tapi lebih baik jangan fikir siapa yang cakap, ambil sahaja isi yang dicakapkan.

Dan saya merindui zaman sastera yang berdiri dengan pelbagai bentuk pemikiran yang rancak suatu ketika dulu. Hashim Awang, Shahnon Ahmad, Azizi Hj Abdulah, Kassim Ahmad, Ramli Isin, Mana Sikana, Shahlan Mohd Saman, Rahman Shaary, dan barisan nama yang begitu panjang rancak, hangat dan panas sekitar 70-an, 80- dan 90-an. Sekarang sarjana-sarjana sastera lebih banyak mengajar daripada melahirkan dunia intelektual daripada tulisan dan pemikiran untuk umum. Natijahnya sastera jadi mandom.

Penulis? Saya? dan lain-lain? mungkin ke arah mandom itu juga.

1 comment:

Sham al-Johori said...

Tuan,
Modom tu sama ertinya dengan 'mengandung'. Itulah realitinya. Zaman tokoh-tokoh tu menjadi pensyarah dulu, mereka adalah milik masyarakat tapi hari ini, kami dah jadi milik kerajaan yang semuannya kena ikat. Sampai tulis puisipun dia tuduh kritik kerajaan. Itulah bezanya sarjana dulu dan sekarang, akhirnya dengan 'aku-aku' sekali dimondomkan. Nasib tak dikasi sekali. Jika tidak entahlahhh. Apabila sebut pasal buku dan tampal menampal nak buat macam mana, sebab diarahkan begitu hingga pemikiran kita tertimbus oleh pemikiran dan doktrin macam tu. Menyesal ada kesal pun ada sekarag ni. 'saya mencari kebebasan saya yang dihilangkan olehnya'.