Thursday, February 26, 2009
KOTA SINGGORA
Kota Singgora, tinggalan pemerintah Sultan Sulaiman, raja Singgora yang memerintah Singgora (Songkhla) pada abad ke-17M.
Dalam seminar Sastera Thailand-Malaysia pada 15-18 Februari 2009 itu, penulis Thailand kebanyakan tidak mendapat banyak maklumat tentang sastera di Malaysia. Daripada perbualan dengan Kwan dan Susow iaitu dua orang penulis dari Phuket, rata-ratanya sastera di Thailand juga menghadapi masalah sepertimana di Malaysia iaitu buku sastera dicetak sekitar 1000 naskhah dan sukar hendak dijual, senario buku cerita pop, dan masyarakat yang kurang membaca.
Tetapi saya mengatakan Thailand lebih baik dari Malaysia kerana mempunyai filem-filem yang hebat dan terbaik. Sekurang-kurang masyarakat Thailand boleh berfikir melalui filem. Di Malaysia sudahlah masyarakat tidak membaca, tengok pula filem-filem sampah sifu tongga lah, rempit drift lah, hantu belakang lah. Satu pun filem Malaysia tidak membawa sebarang kecerdikan untuk masyarakat berfikir. Adalah satu dua yang bagus, tapi penonton yang datang pun satu dua juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tuan syeikh,
Sapa Kwan dan Susow tu? Boleh pakai lagi ke dia tu?
Hehehe.
Kwan dan Susow penulis dari Phuket. Lelaki tulen, seorang berjambang seorang tinggi kurus. Hujung 40-an, boleh berbahasa Inggeris, baik, peramah dan menjemput penulis-penulis Malaysia ke Phuket untuk bertemu-sastera. Dipelawa sesiapa yang berminat menjadi pengarah projek atau ketua delegasi. Saya tak nak jadi apa-apa dan buat apa-apa, nak pergi sebagai penulis, pendengar, dan pelancong sahaja. Amacam? Phuket bang... bila lagi...
Salam,
Saya sedang menulis satu artikel yang bertajuk 'Lenyapnya Melayu Di Bumi Singgora' untuk dipaparkan di dalam blog saya.
Artikel tersebut menghuraikan tentang sejarah orang-orang Melayu di Singgora sejak kira-kira 1,600 tahun yang lalu sehinggalah abad ke-19.
Saya mendapati bahawa saudara mempunyai dua gambar yang berkaitan dengan tinggalan Kota Singgora. Saya berpendapat bahawa dua gambar tersebut sangat sesuai dengan artikel saya itu.
Oleh itu, saya ingin meminta kebenaran dari pihak saudara untuk menggunakan kedua gambar tersebut di dalam blog saya.
Sebagai tanda penghargaan, saya akan menulis URL blog saudara sebagai sumber rujukan utama bagi kedua-dua gambar tersebut.
Saya juga ingin menjemput saudara untuk membaca artikel tersebut di blog saya setelah saya menyiapkan artikel tersebut...
Saya mendapati bahawa saudara mempunyai dua gambar yang berkaitan dengan tinggalan Kota Singgora. Saya berpendapat bahawa dua gambar tersebut sangat sesuai dengan artikel saya itu.
Oleh itu, saya ingin meminta kebenaran dari pihak saudara untuk menggunakan kedua gambar tersebut di dalam blog saya.
Sebagai tanda penghargaan, saya akan menulis URL blog saudara sebagai sumber rujukan utama bagi kedua-dua gambar tersebut.
Apk Mod | Download Apk Mod | Game Mod Apk | android Apk Mod | Download Lagu Gratis | Harga Hp Android | Zonesia
Post a Comment