Saturday, January 23, 2010
MAKYUNG DI ISTANA BUDAYA
Semalam 24 Januari 2010, saya pergi menonton Makyung Anak Raja Dua Serupa di Istana Budaya. Tentunya Rahimidin menunggu di situ. Makyung di istana budaya menampilkan Rosnan Rahman dan Juhara Ayub di samping Sabri Yunus dan sebagainya ini mengingatkan saya kepada kenangan masa kecil menonton Makyung di Kelantan. Saya tidak ingat di mana dan bila tetapi dalam ingatan samar-samar waktu kecil itu saya masih mengingati persembahan Makyung di Kelantan suatu ketika dahulu.
Ia dimainkan di lapangan terbuka. Pelakon wanita akan bertindak menjadi raja,pemaisuri dan sebagainya. Sementara pelakon lelaki saya ingat menjadi pelawak atau dipanggil peran dalam Makyung. Peran ini akan dibedal semahunya, sehingga ia menakutkan saya yang kecil itu. Ia memakan masa yang panjang tetapi cukup menghiburkan waktu itu. Mungkin suasananya yang dikelilingi alam desa, masyarakat kolektif yang datang menonton berkeliling dan duduk di mana saja, serta dunia pergaulan tidak rasmian dan spontan itu memberikan suasana yang menghiburkan. Saya tidak ingat siapa, mungkin emak atau emak saudara menarik saya jauh. Katanya 'tak molek budak-budak tengok, banyak menyapun (mencarut ke arah seksual)'. Maka saya ditarik ke belakangnya tertinjau-tinjau di celahnya dan orang ramai yang tekun tidak bergerak termasuknya sendiri.
Saya tidak dapat mengingat banyak. Tetapi persembahan di Istana Budaya sedikit sebanyak telah mengembalikan ingatan yang samar-samar zaman kecil itu. Menonton Main Puteri, Dikir Barat bertindan tindih masuk secara samar-samar dalam ingatan saya. Mungkin waktu itu saya masih kecil benar, saya rasa tidak lebih dari 9 tahun atau lebih muda lagi. Tetapi ingatan samar waktu kecil ini menimbulkan keindahannya yang tersendiri.
Makyung adalah persembahan yang mempunyai nilai falsafah yang tinggi. Ia adalah sastera tentang raja-raja alam alam istana. Dalam ertikata lain sebuah grand narative. Ia membawa pemikiran dan wajah tentang sistem sosiopolitik masyarakat Melayu pada zaman feudal (lebih tepat masyarakat asiatik, feudal membawa konseptual lain sebenarnya). Sayangnya Makyung yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia itu tidak dipulihara secara menyeluruh baik dari aspek fizikal mahupun filosofikal oleh Kementerian yang bertanggungjawab. Khususnya para birokrat seni yang sebahagian besarnya buta seni.
Saya mendengar cerita Rahimidin dengan leka tentang sejarah dan keunikan Makyung di warung setelah tamat persembahan. Sabri Yunus yang ada sekali turut memberikan cerita. Saya kembali ke ingatan waktu kecil - suasana yang tidak formal selalunya memberikan kejujuran dan ketulusan dalam seni. Saya semakin tidak percaya dengan birokrat seni, dan kesarjanaan seni. Saya melihat insan-insan seni yang naif sebenarnya adalah pakar-pakar tulen tentang dunia kesenimanan mereka. Birokrat dan sarjana? Mungkin sekadar manusia palsu dalam dunia seni... mungkin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam, terlepas persembahan yang saya nantikan kerana tidak sihat.
Saya nak beli Manusia Mimpi.Bayaran masuk ke akaun ke?
alaikum salam,
Harganya RM10.00 dan belanja pos (pos laju) RM4.00. Boleh masuk ke akuan saya sebanyak RM14.00, Syed Mohd Zakir Syed Othman cimb 12190024631523.
Sudah bank in nanti maklumkan kepada saya melalui sms ke 017-342 7991.
Terima kasih atas pembelian dan sokongan.
Salam,
Pembetulan. Terlupa nak tukar google acc - Mesej A shukri tu sebenarnya daripada saya... Anyway sama je!
Be jangan marah birokrat seni. Nanti ada kawan birokrat seni marah. Depa pentadbir dan pemikir sekali gus.
Post a Comment