Sunday, March 14, 2010

MALAYSIA LUBUK PEROMPAK PENDATANG ASING

Setiap hari ada saja pecah rumah, rompak dan jenayah membabitkan warga asing. Yang biasa didengar pendatang dari Indonesia. Mungkin mereka paling hampir, paling mudah masuk dan paling ramai di Malaysia. Tetapi akhir-akhir ini pendatang asing dari negara yang jauh pun terlibat juga. Selain orang Afrika sekarang ini Arab, Amerika Latin dan lain-lain juga mula datang merompak dan membuat jenayah di Malaysia.

Minggu lepas ada dua peristiwa yang saya lalui. Pertama, ketika saya pulang dan turun dari lrt Seri Petaling, berjalan di tepi jalan, sebuah kereta di dalamnya sepasang suami isteri warga Arab dan seorang anak kecil mereka berhenti dan memanggil saya. Mereka minta tukar not RM100 mereka dengan saya. Minta duit kecil. Saya ada duit kecil genap RM100 tapi saya fikir not RM100 mereka mungkin not palsu. Saya kata tiada dan mereka pergi.

Peristiwa kedua, ketika saya menunggu lrt di KLCC, seorang Mat Saleh (bukan Mohamad Saleh) minta pinjam handphone saya. Katanya bateri handphone habis. Mat Saleh tu siap keluar kad simnya lagi untuk masuk dalam telefon. Saya buat bodo dan dia pergi minta dengan orang. Saya fikir apakah perlu baik sampai serah handphone pada orang asing. Handphone takla mahal tapi berharga juga.

Saya tak terkena dengan mereka ini (saya pasti penipu) kerana pengalaman saya dan kawan. Dahulu saya pernah didatangi orang arab minta tukar duit, tapi nyaris dipukau untuk keluarkan semua duit dalam poket saya. Saya sedar bila wang 3 ribu (saya bawa untuk kenduri kahwin adik saya) saya beri dia kira, saya rampas balik dan tengok ada kurang. dia tunjuk ada atas lantai. ketika saya kutip arab tu dah lari.

Kedua, pengalaman tunang kawan isteri saya sebagai pemandu pelancong yang diminta pinjam handphone oleh seorang Minah Saleh untuk mengambil gambar akhirnya lesap dengan handphone berharga ribuan ringgit budak Melayu tu. Duit sehari bawa melancong termasuk minyak dan makan pun hangus tak dibayar minah saleh tu.

Memang orang Malaysia (khususnya orang Melayu) ni baik sangat. Mungkin juga lemah dan lembik sehingga warga asing berebut-rebut untuk datang merompak dan membuli orang Malaysia ni. Peminta sedekah usah cakap, cina, burma, bangladesh, nepal, macam2 ada di Malaysia ni. Hishamudin dari dulu cakap sikit tindakan tegas, kita perang. perangi along la, perangi pendatang asing la. tapi apa yang dia perang pun tak tahu. mungkin hishamudin ni tak tahu beza perkataan 'perang' dengan 'peram'. apalah lembik dan blur punya menteri.

5 comments:

saleeh rahamad said...

Pernah kawan saya pun terkena juga di China tidak lama dulu. sampai kan kentut pemandu beca tu pun kena hidu dan terpedaya ikut dia pergi buang air kecil. Tapi itu kisah lawak saja. Itu pun kawan saya cerita. Dia kata kawannya cerita daripada cerita kawannya. Tak pentinglah siapa cerita. kita kutip pengajarannya. Makanya kita kena sentiasa berhati-hati

Norziati Mohd Rosman said...

Ayat akhir tu sedaplah dengar. Dah berapa kali saya baca. Kalau tuan punya badan dengar lagi bagus. Heh..

S.M. Zakir said...

pak dosen, kat china tu tak apa memang pelancong tertipu. ini kat malaysia pelancong datang menipu kita. dah la luar negara kita kena, dalam negara pun kita jugak yang kena. adui pak ngapain ni.

sdr norziati, itu memang hakikatnya menteri2 kat malaysia, cakap dalam tv dan akhbar bukan main lagi. tapi apa sangatlah yang menteri2 'kita' ni buat untuk rakyat.

Luqman Hakim QA said...

duit yg 3k tu pak jakir guna utk kawen sendiri ke asalnye..hehehee

S.M. Zakir said...

no komen luq