Sunday, April 18, 2010

BUKU TERBARU: FILEM DAN PEMIKIRAN




Filem dan Pemikiran menghimpunkan 17 esei filem yang tersiar di beberapa buah majalah tempatan. Tulisan-tulisan ini melihat filem dari sisi pandangan naratif, yang memperlakukan filem sebagai sebuah proses organik lebih daripada proses mekanik. Dalam kata lain filem itu wujud sebagai fiksyen etnografi. Ia menghidupkan rupa dan budaya masyarakat sekaligus menerokai semangat zamannya. Di sini filem menjadi wacana yang melihat kepada visi dan pemikiran masyarakat, di samping menyalurkan gelombang serta aliran yang mewujudkan hegemoni, dekonstruksi dan avant garde. Filem tidak lagi dilihat sebagai bahan dan alat hiburan tetapi sumber kepada wacana. Kehidupan manusia yang bergerak dari unit yang paling kecil ke unit yang paling besar, dari mobiliti sosial sehingga kepada gelombang pemikiran yang merubah dunia menjadi sebuah perbicaraan yang menarik dan unik melalui bingkai-bingkai gambar dalam dunia rakaman kamera.

2 comments:

Sham al-Johori said...

Amboi, amboi pak Syeikh,
Galak menerbit buku pula nampaknya. Tahniah dan teruskan usaha gigih ini.

S.M. Zakir said...

sudah melebar sayap terbit buku kawan-kawan lak. nak terbit buku ahli falsafah kita, lutfi al-falasifuf pulak