Sunday, August 15, 2010

MEMBERSIH SAWANG DI LAMAN SESAWANG

Pagi ini saya bangun dan terasa ingin melihat blog yang dah lama bersawang. Sebulan lebih tak menulis blog (tapi sebenarnya tak ada pun yang penting, tulis tak tulis). Ada kesibukan yang tidak terhurai. Alhamdulillah bulan kesibukan Julai akhirnya berakhir. Masih juga sibuk tapi bolehlah kembali kepada rutin menulis blog dan bercanda di alam siber.

Bulan Ramadhan alhamdulillah diberi masa yang agak lapang untuk membuka al-Quran dan berterawih setiap hari. Sesuatu yang dapat dirasakan sepanjang sebulan dua ini ialah besarnya kekuatan doa. Saya segera teringat kata-kata Iqbal, "Jika takdir membuatmu merana, pintalah kepada Tuhan takdirmu yang lain." Doa itu boleh mengubah takdir.

Lalu berdoalah, kata ustaz ketika saya kecil dulu, sesungguhnya manusia yang tidak berdoa itu adalah manusia yang sombong.

Salam Ramadhan al mubarak. Ahlan Ramadhan al-karim. Allahu akram.

4 comments:

edolah said...

jaga-jaga...tuan syed sudah kembali utk 'bercanda di alam siber'..hahaha
ahlan wa sahlan..syahru Ramadhan !

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Selamat kembali 'bercanda' demi ilmu dan maklumat dikongsi bersama-sama.
Jika ada PENA buat buka puasa jemput;ah kita juga ya yang jauh di selatan ini... Hehehe...

Md Nizar Parman said...

Assalamualaikum, Tuan.
Mohon izin untuk saya pautkan blog tuan ke blog saya. Terima kasih. Salam Ramadan dan Salam Aidilfitri.

Anonymous said...

Dr. Ibrahim Ghafar n ABdul Ghafar Irahim tu org yg sama atau 2 org yg lain? nak join moreh puisi boleh x? rumah Dr Ibrahim Ghafar kat mana?