Monday, July 5, 2010

SAYAP MATAHARI



waktu meniti di banjaran pokok, sedang takdir tertulis di urat-urat daunnya



5 julai 2010

angin meniti dari pokok ke pokok menembusi waktu yang berbanjar detik ke detik. aku mengira hari-hari yang berlalu tetapi selalu terlupa mengira waktu yang tersisa. kehidupan adalah waktu yang pendek tetapi kita sering merasakannya panjang. Waktu seringkali juga tidak kita rasakan wujud. keinginan apakah yang meruap dari bumi, sehingga tanah menggerakkan rumput dan pokok. waktu yang tidak mempunyai takdir tetapi di dalamnya takdir hidup dan bergerak. semalam aku mengira hujan yang jatuh, dan malam dibalut dingin yang kejang. hari ini aku melihat pokok-pokok yang basah, di daunnya tersimpan urat-urat takdir yang tidak dibaca oleh sesiapa. ada sebutir angin cuba merekat dengan tubuhku yang terhampar di beranda. tetapi ia jatuh sebelum sempat merekat dalam nafasku. waktu adalah banjaran pokok yang berbaris tumbuh dari tanah. hari ini ketika aku masih cuba mengira hujan yang jatuh semalam, manusia di sekelilingku masih terus mengira kuasa daripada khayalan-khayalan yang jatuh dari mimpi. waktu yang meniti dari pokok-pokok, apakah dapat kita baca sisa hidup dari urat-urat takdir yang tertulis di daun-daunnya?

6 comments:

Rositah Ibrahim said...

Salam,
Indah...dan kuat sekali kesannya walaupun membacanya secara selintas, dan memberi keinginan untuk mengulang-bacanya. Tahniah.

saleeh rahamad said...

napasiar kat sini..masukkan untuk HSKU dulu. dah tentu labelpenyair palsu akan hilang juga nanti..deme yang lain tu mana tau taktik penyair palsu

Sham al-Johori said...

hehehehehe,
bukan soal palsu atau tidak, tetapi rawan hati penyair yang lain macam aja nadanya.
kapankah sayap matahari itu akan terpokah?

S.M. Zakir said...

Rositah, tulisan untuk menguraikan urat kepala yang bersimpul2.. lepas dari lelah

Tuan dosen, ni nak kata sajak bukan sajak... sajak palsu la kut.. deme mana nak tau taktik.. deme tadak baju belang..

Luqman Hakim QA said...

sebenarnya, bila aku baca sajak kau ni, aku teringat cerpen kau tertentu suatu masa dulu. cerpen-cerpen kau sebelum haji sham diketahui menulis sajak...hehehe. kau masih berfalsafah dan lut mengikut...

NASSURY IBRAHIM said...

Bubuh Tajuknya: Menunggu pokok besar tumbang