Wednesday, June 30, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS





Mampukah barisan Belia 4B ini mengekang gelombang fahaman liberal?




GELOMBANG LIBERAL KOSMOPOLITAN DI MALAYSIA

Penyebaran faham liberal terutamanya daripada kelompok Jalan Telawi dan IKD semakin meluas dengan penerbitan pelbagai buku mereka. Termasuk yang terkini ialah faham pluralisme yang menyatakan semua agama itu sama. Anwar Ibrahim dalam satu ucapannya di Amerika Syarikat telah menjulang pluralisme dengan wewenang liberal yang turut mendukung hak persamaan agama ini. Pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama lain telah difatwakan salah oleh pelbagai negara, contohnya Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa yang disokong oleh nas-nas al-Quran menolak konsep pluralisme agama. Begitu juga pihak ulama di Indonesia. Puak liberal di Malaysia mula muncul dan mengangkat tokoh-tokoh liberalis dunia Islam seperti Ali Abd Raziq yang telah ditolak pemikirannya oleh sarjana Islam di Mesir dan sebagainya. Tetapi di Malaysia golongan agamawan khususnya ustaz-ustaz muda lepasan Al-Azhar, Jordan dan sebagainya dilihat tidak mempunyai keupayaan untuk berhujah dengan puak liberal ini. Kebanyakan daripada mereka sepertimana graduan tempatan melihat ilmu hanyalah tiket untuk mendapatkan kerja. Maka itu mereka tidak mempunyai penguasaan ilmu yang cukup untuk menangani pemikiran moden. Selebihnya kita dipenuhi oleh golongan muda yang berjiwa Melayu dan berotak Melayu - bergebang, memaki, mengamuk, merasa bijak dengan mencari salah orang lain tetapi tidak berkeupayaan untuk berhujah di pentas pemikiran awam.


EKONOMI PALSU

Menteri Dalam Negeri (dalam keinginan halus untuk mempertahankan judi) menyatakan bahawa ekonomi gelap (black ekonomi) di Malaysia menghasilkan pendapatan berpuluh bilion setahun. Ekonomi gelap ini termasuklah urusniaga dadah, pelacuran, dvd haram, judi haram, penyeludupan dan sebagainya. Ia sememangnya tidak dinafikan, bahkan ekonomi gelap ini telah muncul sejak awal sejarah ekonomi manusia lagi. Usianya sama dengan usia kegiatan pelacuran di dunia iaitu ribuan tahun dahulu (bermula di China). Namun di sebalik Ekonomi Gelap itu, kita sebenarnya mempunyai satu lagi bentuk ekonomi iaitu Ekonomi Palsu. Ekonomi Palsu ialah kenyataan ekonomi, angka-angka pertumbuhan, Pendapatan Kasar Negara, dan statistik ramalan yang sentiasa melaungkan ekonomi yang baik, tinggi dan maju. Tetapi pada hakikatnya kita sebagai rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga ikan ayam sayur di pasar, keperluan hidup, di samping bil-bil asas elektrik, air dsbnya - dalam ertikata lain kos hidup yang semakin meningkat. Corak pengiraan ekonomi sebenarnya banyak yang tidak tepat, contohnya pendapatan isi rumah kasar dikira berdasarkan purata. Jika 100 orang yang sangat kaya dicampurkan 10 juta yang sangat miskin maka pendapatan kasar tetap tinggi, oleh kerana 100 orang itu tersangat-sangat kaya. Tetapi 10 juta yang miskin tetap miskin. Begitulah bagaimana ekonomi palsu sedang dipraktikkan di Malaysia dengan penjanaan 'maklumat purata' yang dapat menipu manusia dengan angka melalui media-media massa arus perdana yang membawa label maklumat rasmi. Ekonomi palsu ini sama bahaya dan terkutuk dengan ekonomi gelap kerana mereka juga mengadakan urusniaga yang sama - iaitu pelacuran politik.

GAPENA EMPAT DEKAD

GAPENA ialah Gabungan Persatuan penulis Nasional yang berdiri pada tahun 1971 ditubuhkan hasil daripada mesyuarat agung PENA yang menyepakati penubuhan sebuah badan induk bagi semua persatuan penulis di seluruh Malaysia. Mesyuarat Agung kali ini disertai pemilihan dan Ketua Satunya Prof Tan Sri Ismail Hussein akan ditandingi oleh Ketua Satu PPJ iaitu Amiruddin Ali. Dalam amalan demokrasi pertandingan adalah sesuatu yang normal, biasa. Tidak ada peliknya Amiruddin bertanding melawan Tan Sri Ismail Hussein. Menang kalah adalah adat pertandingan dan seperti permainan bolasepak, ia harus mempunyai semangat 'kesukanan' yang tinggi. Amirudin mungkin dilihat sebagai David menentang Golliath (nak kata Daud a.s menentang Talut macam nabi pula). Mungkin Amiruddin dipandang rendah kerana tidak bergelar. Tetapi jika kembali kepada semangat asal GAPENA, penubuhan GAPENA diletakkan sebagai perjuangan membuang minda feudal iaitu menjalankan proses defeudalisasi. Ini disebut sendiri oleh Prof Tan Sri Ismail Hussein. Amiruddin ialah penulis dan 'orang biasa' di mata penulis. Lalu ia adalah gambaran tepat kepada apa yang kita katakan sebagai neo-defeudalisasi untuk mengembalikan GAPENA sebagai wadah awam, khususnya di kalangan penulis. Apa salahnya pertandingan ini dijalankan dengan penuh rasa hormat dan semangat kekeluargaan yang tinggi?

13 comments:

saleeh rahamad said...

aku tak sengaja nak memandang rendah pada Amir tapi hakikatnya dia rendah sikit daripada aku hahah. sokong amirrr

fadz said...

wah, membara!!!

Luqman Hakim QA said...

1. amir mmg pendek kecik dari ts pendeta...hehehe. apa pun perjuangan marhaen kena berjalan.

2. bab liberal kita serahkan pd Lut mulakan gerakan melibas puak Jalan Telawai & IKD

Sham al-Johori said...

amir lelaki ganteng dan licik berjubah penulis. fatwanya tentang persatuan amat menakutkan. apa-apapun lawan tetap lawan! bukan mati pun.

ii
tuan syeikh,
pluralisme, liberalisme, neo kedua-duanya atau kapitalis apa sekalipun tu adalah permainan syurga dan neraka. pilihan dan kebebasan tak akan berakhir selagi manusia membaca, mencari kebenaran tanpa akar yg satu iaitu IMAN/ TAQWA. semuanya bertolak daripada nafsu al-insan, an-nas, dan ilmu fiqih.

iii
hantam dan sindir lagi tajam bro..

benuasuluk said...

sheikh, bila sebut amir teringat joke dr anwar masa di tg rhu. Main polo kehkehkeh. Go amir go! Kalau kalah lawan lagi kalah lawan lagi biar sampai tan sri cering bulu roma bila sebut nama amir.

lutfi said...

Salam.

Gerakan liberal ni ada banyak lebihnya daripada kita. Mereka terorganisasi dengan baik, punya dana dan jaringan antarabangsa, program ilmiah yang berkualiti dan berterusan, dan cukup strategi. Mereka bergerak secara profesional, ada penerbit sendiri, penterjemah, laman web. Mereka tak tau sangat nak melalut secara emosional (biarpun sekali sekala ada. Mereka dibayar gaji dan mampu hidup dengan berakidahkan liberal dan pencerahan. Dekat sini kita memang kalah. Dalam bahasa bola sepak, dia ada taktikal, dan pemain dia bukan pemain kampung.

Graduan al-Azhar ni, maaflah cakap, kewujudan mereka macam tak dirasai. Ratusan graduan al-Azhar setiap tahun, tapi mana hasil mereka? Buku-buku mereka? Sepatutnya dengan jumlah yang konsisten begitu, kita tak ada masalah dalam soal penterjemahan buku-buku ulama Timur Tengah, macam al-Buthi dll - yang memang cukup cepat memberi respon terhadap pelbagai serangan intelektual sekularisme di dunia Islam amnya. Ini, terjemah pun tidak, tulis buku pun tidak, asyik nak ceramah saja. Tak salah, tapi kena la lebih dinamik, lihat bagaimana taktikal dan strategi pergerakan zaman moden. Kalau macam ni lagak dan laku mereka, sampai bila pun mereka asyik tumpang nama senio mereka macam Dr Haron Din, atau yang lebih muda macam S. Fuad dan Yayasan Sofa saja.

Sebenarnya kerangka melawan sekularisme, yang banyak ditulis dan dibina oleh ramai intelektual muslim kontemporari termasuk yang tempatan, macam Syed Naquib sudah cukup ampuh. Lihat, misalnya sewaktu isu kalimah Allah, kerangka Al-Attas lah yang dilihat cukup ampuh dalam memberikan jawapan yang tuntas. tetapi setuntas mana sekalipun, bila tiba di depan politik, hancur.

Soal Amir dan Gapena? Hidup Amir! Tapi macam zakir kata la, orang rendah ni 'licik', jadi, pak Kolonel kita pun kena hati-hati biar dia lebih tinggi, keh keh. Lawak saja Amir, kami sentiasa di belakang hang.

sahrunizam abdul talib said...

1- 7 orang belia 4B dalam gambar hiasan tu macamana nak melibas golongan liberal. macam tak sekepala je. si wartawan bh tu nyorok je kat belakang. takut ke? hehe

2- Masa untuk berubah telah tiba. Hapuskan saki baki karat golongan feudal. Antara semut dan gajah, saya sentiasa menyokong semut. Hidup Amir dan Ghana!

S.M. Zakir said...

amir ternyata mempunyai populariti setanding Lionel Messi kah kah... kata apapun tak pa dia bukan baca blog pun..kahkah.

Luqman, tengok baru sepatah ko cakap, Lut dah tulis satu buku kat blog aku... kita serah pd lut & the gang pasal liberal ni biar dia henjut dalam dom.. geng diapun ramai ustaz al azhar tu... tapi tulah masalah lut ni... dom pun entah ke mana.. buku puisi kafe diapun ilang ke mana.. adui anak muda harapan bangsa wakakaka

S.M. Zakir said...

belia 4b dengan batik berkilat, puak liberal tengok gelak siul wakakaka

lutfi said...

minggu depan bagi bro, tengah menguruskan hal-hal memeningkan kepala

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Yang penting kini (dalam konteks PD 2010) adakah Belanda berjaya menyekat ego besar Brazil nanti...?
Hehehe... (maaf keluar topik).

S.M. Zakir said...

saya Brazil lwn Argentina.. final belanda jadi ayam belanda la bang keh keh

lut, kasi rebus itu air saja.. tak yah baca apa daa

saleeh rahamad said...

nampaknya kekalahan Brazil tidak jadi inspirasi dalam pemiliha gapena. amir oh amir. apa lagi yang dapat kita tolong..aku pun kalah hahah