Wednesday, June 16, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS



Pasukan bola Sek Keb Bukit Gelugor juara sekolah-sekolah di Pulau Pinang bawah 12 tahun. Saya bermain mewakili sekolah dan daerah berpengalaman dalam semua posisi. Penjaga Gol, Back, Midfield, dan Left Wing. Jadi pemain simpanan pun ada (sebab pilihan dibuat ikut senioriti bukan merit - alasan penulis). Jersi tetap merah MU selamanya.


BOLA OH BOLA

Deman Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan kini bermula. Pusingan pertama menyaksikan pasukan-pasukan pilihan masih belum menunjukkan keupayaan sebenar. Messi di Argentina mula menunjukkan belang walau tidak menjaringkan gol. Grene melepaskan gol bodoh untuk England seri dengan USA. Itali penyandang juara bermula lembap. Jerman meledak dengan empat gol. Paling malang, pasukan pilihan yang juga juara Eropah Sepanyol tewas 1-0. Pasukan Asia menunjukkan permainan yang meningkat. Jepun, Korea Utara dan paling memberangsangkan Korea Selatan yang memulakan kempen dengan kemenangan 2-0. Malaysia hanya terpaksa mengulang-ulang nostalgia zaman Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, James Wong dan sebagainya sebagai pembebat kekecewaan bolasepaknya. Dahulu Korea Selatan cukup menggeruni Malaysia yang dibarisi oleh geng Mokhtar Dahari ini. Banyak kali juga Korea Selatan tewas pada Malaysia. Tetapi sekarang bolasepak Malaysia hanya dibarisi oleh mat disko yang gemar bergambar dengan artis. Semuanya lembik dan bermain hangat tahi ayam. Kepimpinan FAM pula sudah ternyata gagal dan harus ditukar semuanya dengan kepimpinan baru. Jika tidak bolasepak Malaysia hanya mampu memutar-mutar nostalgia zaman Mohktar Dahari setiap kali Piala Dunia berlangsung.

ISRAEL OH ISRAEL

Masyarakat Malaysia dan dunia semakin melupakan kekejaman Israel membunuh warga bantuan kemanusiaan Turki ke Gaza di atas kapal Mavi Marmara. Begitulah selalunya. Dahulu Israel mengganas menyembelih di Gaza, kita keluarlah berdemontrasi, menyalak dan sebagainya. Kemudian diam. Israel mengganas dan membunuh lagi. Umat Islam pun keluar demonstrasi dan menyalak lagi, kemudian diam senyap. Dari dahulu lagi tidak pernah ada tindakan yang konstruktif daripada umat Islam terhadap kegilaan Israel ini. Lebih buruk lagi, muncul pula kalangan umat Islam yang kononnya bijak pandai melabel-labelkan pula ini wahabi, ini syiah, ini apa ini apa. Mereka kemudian memusuhi golongan Islam yang dilabelkan itu melebihi mereka memusuhi Israel. Akhirnya umat pun bermusuh dan berperang sesama sendiri dan Israel serta kufar AS dan sekutunya terus bergelak ketawa menyembelih orang Islam di mana sahaja mereka mahu. Inilah masalah dunia Islam yang pengecut tetapi cuba berlagak bijak dengan label-lebel tidak berguna mereka.

SARJANA OH SARJANA

Dunia kesarjanaan sastera Malaysia hari ini bukan sahaja lesu tetapi buntu. Berbeza dengan dunia kesarjanaan sastera era 70-an, 80-an dan 90-an yang meriah dengan pelbagai aliran pemikiran, tulisan dan buku-buku kajian yang kuat; kesarjanaan sastera sekarang hanyalah guru-guru yang mengajar di kuliah-kuliah dan pekerja yang bertapa di bilik mengejar kpi untuk pangkat. Kerja sarjana sastera sekarang lebih untuk perut daripada untuk otak. Sarjana-sarjana sastera yang memegang phd tetapi peliknya tidak ada apa-apa buku untuk melihat sumbangan intelektual mereka. Sarjana tanpa buku penyelidikan dan pemikiran yang kuat samalah seperti unta yang memikul kitab. Dimuliakan kerana memikul kitab, apabila tidak lagi memikul kitab maka dihambatlah ke gurun tiada lagi kemuliaannya. Begitu juga halnya dengan sarjana tanpa buku, apabila keluar dari universiti tiada apa-apalah lagi kehormatan dan kemuliaan mereka sebagai cendekiawan. Kerana mereka tidak meninggalkan apa-apa sumbangan pemikiran kepada masyarakat selain pahala mengajar di kuliah. Cuma sedikit untung masyarakat hari ini dapat mengenali sarjana sastera dengan adanya ruang sastera di Berita Harian yang meminta komen tentang jampi serapah, adat kahwin, langkah bendul, kenangan bulan puasa dan main guli. Jika tidak tiada siapa yang tahu adanya dunia kesarjanaan sastera di Malaysia...

6 comments:

saleeh rahamad said...
This comment has been removed by the author.
saleeh rahamad said...

setuju setuju tentang sarjana tu. huh nasib baik aku bukan sarjana.

tentang pasukan bola sepak bawah 12 tahun tu..kira oklah. sejenis psikoterapi yang mujarab untuk yang seusia 40-an.

syeikh mansor ajak lawan bola di brunei nanti, pena dengan veteran brunei. pergilah exercise angkat peti ais ke

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan Zakir,
Dalam bola sepak dan badminton (Piala Thomas), Malaysia tetap bernostalgia sahaja kerjanya...
Pasukan 'baju merah' itu pakai jersi jenama apa ya...? Mungkin pakai jersi jenama Abidas atau Mike (ikut telahan Tuan Saleeh)?

S.M. Zakir said...

ya tuan dosen, nanti kita lawan bola kat brunei, boleh lagi setakat nak sungkit naik bola ikut belakang he he. gambar 12 tahun tu ingat zaman main bola kaki ayam, main seluruh penang pun kaki ayam ja ha ha klasik bang zaman tu

Tuan rusdi, zaman tu mana mampu pakai adidas, abidas atau mike tu mungkin la, diaorang pegi beli kedai cina kat Chowrasta ha ha Merah tu MU la bang, spurs dengan liverpool tak main la

Sham al-Johori said...

Kalau diingatkan nostalgia main bola ni, bukan setakad kaki ayam aja; tapi tak pakai jersey dan tak pakai seluar pun ada. Mengelecek boa di celah-celah pokok getah pun pernah. Itu zaman pasca tentera jepun tuan. Kalau berani sekarang kita atur perlawanan dan tengok sapa yang mati dulu atas padang? Hehehehehe. Ni, tak alih-alih sebut pasal Spurs ni apa hal? Nasiblah waktu saya kecil dulu saya ni miskin tak ada kamera nak ambil gambatr dan dijadikan bukti. Kalau tidak gambar tidur atas perut Nassir Yusuf (profesor bola sepak Malaysia tu)) pun ada tau. Tapi tak ada bukti nak buat macam mana...nak tunjuk jersey cap sardin dan junjung piala MSSM bawah 12 tahun pun tak ada.

ii
bab bab sarjana terompah ni jangan sebut lagilah. Podes dan ngilu den dongar. Mcm nak gugur iman den. walaupun den ni bukan sarjana (samo mcm sifu den tu tp dia lagi otai) tp ekau tanyalah kat pak sedaro ekau di KPT tu. Dia lebih suka sarjana pakai terompah waktu main bola sepak. Kan gilo namanya tu...

iii
Aduhhhhh, sakit kepalo den. Kalau nak tubuhkan team bola di Brunei nanti tolong jgn ajak nassury main sekali. Tobat den tak nak join. Dia tu gedebe. Takut lain jadinya nanti. hehehehe

ali atan said...

ada rpo dan kontranya. kalau ikutkan buku saudara Kutukan itu, terus terang saya menkomentar tulisan saudara hanya ambilan daripada orang lain.Tiada fikiran sendiri. ambil gabung dan ketengahkan jadi buku. Namun usaha suadara wajar jadi contoh kepada pensyarah lembab dan tua. termasuk profesor kangkung. Mereka ada geran penyelidikan tetapi rata-rata penyeleidkan terarah kepada perkara sterotaip ataupun terlalu bersifat teknikal. ada juga hasil penyeldikian boleh dimanfaatkan dan cuba diketengahkan tetapi cuba saudara renungkan dnegan akal budi berapa banyak kesungguhan kita untuk menduniakan hasil penemuan kita?betapa besarnya ghairah masyarakat terhadap dunia ilmiah terutama berkaitan sastera berbanding ghairahnya terhadap bola sepak,kuasa, perempuan dan wang?ini bukan alasan lagi tapi realiti. hala tuju IPT juga jadi persoalan. sebab kepala bapak dah selam kepala dalam lubang biawak. Satu hal lagi berkaitan hasil penyelidikan sastera dlm erti kata luas diterbitkan dlm jurnal dna buku2 ilmiah tetapi kena tanya juga betapa banyak hasil penerbitan sebegini?Jualannya?Pemasaranya?Permintaannya?Keupayaan nak faham dan bangunkannya?Sebab itulah penemuan sains tekno lebih mudah dipandang dibangunkan satu hal lagi kerana kapitalis yang mahu merebut keuntungan.Kalau saintis dapat jupa aiar berfungsi macam minyak tentulah kejayaan diberi.iktiraf diberi.semua menfokus dan menyebutkannya. ini kata naquib salah faham terhadap pembangunan, kemajuan dll. Tambah2 hasil sastera. kesungguhan saudara baik tetapi saya fikir kesungguhan itu diperluaskan lagi dan ditumpukan lagi tanpa hirau sarjana kangkung culas dan jaga perut. hakikatnya mereka perlu ada supaya kita yang ada ini selain daripada mereka menunjukkan bahawa sesuatu yang baik dan benar tetap akan dinilai didepan Allah ta'ala sebagai amal kebajikan di dunia.