Wednesday, June 2, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS





Israel adalah tangan Amerika Syarikat di benua Islam. Siapa berani lawan Amerika? Al-Qaeda saja yang berani. Mengapa kita takut sangat nak sebut Al-Qaeda? Kerana kita penakut.


ISRAEL-ZIONIS MENYETAN LAGI DAN LAGI

Israel-zionis sebenarnya sudah lali dengan segala kutukan dan seranah. Hari ini mereka mengganas lagi ke atas para sukarelawan kemanusiaan yang membawa bantuan kepada rakyat Palestin yang hampir nazak di Gaza. Israel ingin melihat rakyat Palestin mati perlahan-lahan. Israel-zionis tidak ada bezanya dengan nazi di bawah Hitler, bahkan Israel seratus kali lebih jahat dari Nazi. Tetapi kita masih begini, diri kita adalah gambaran umat Islam pada hari ini, hanya mampu mengutuk dari jauh, demonstrasi, tulis sajak dan kemudian hilang. Dahulu pun ketika Isreal menjarah Hamas pada awal 2009 kita begini juga, kemudian diam. Kemudian tulis sajak baca sajak kutuk Israel, kemudian diam. Tahniah kepada para pejuang sukarelawan khususnya dari Malaysia yang berkorban nyawa ke Gaza. Maruah kita semua yang hanya mampu bersajak dan bercakap tak henti2 ini ditebus oleh keberanian para sukarelawan ka Gaza ini. Apa yang wajar kita lakukan, ialah setiap kali kita mengutuk Israel maka sekali harus kita tujukan kutukan itu untuk diri kita sendiri yang hanya bercakap tetapi tidak berbuat apa-apa.


TEATER 10 MINIT DI STOR DBP

Bermula 31 Mei hingga 5 Jun, Festival teater 10 minit sempena Anugerah Merdeka diadakan untuk kali kedua di DBP. Sepertimana sebelumnya banyak kumpulan teater yang mengambil bahagian. Tetapi untuk 6 persembahan pertama, ternyata teater-teater ini memperlihatkan masalah yang diperkatakan berulang kali, iaitu kelemahan skrip. Hanya 2 kumpulan pada malam itu iaitu Memoir Merah: Ali Mengamuk lagi dan Kain Bendera Kain yang dapat menyelamatkan keseluruhan persembahan. Persembahan lain nampaknya mengulangi bentuk teater yang naik pentas tanpa 'menggalas otak' yang cukup. Ada 12 persembahan lagi untuk malam ini dan malam esok. Usaha yang dilakukan DBP ini cukup baik, tetapi kelibat A. Wahab Hamzah pencetus kepada festival teater 10 min ini tidak kelihatan, bahkan dalam buku cenderamata pun tidak ada nama A. Wahab Hamzah. Ke mana Wahab?

SAMY OH SAMY

Samy Vellu tetap tidak mahu turun. Tahun lepas dia kata tahun ini mahu letak jawatan, tahun ini dia kata tahun depan pula, tahun depan tentu dia kata tahun lagi satu pula. Maka Mugilan dan kawan-kawan buat gerakan anti Samy Vellu. Perilaku Samy Vellu ini sebenarnya wujud di mana-mana. Dalam persatuan penulis di Malaysia contohnya, banyak juga kes seperti Samy Vellu yang berlaku. Ketua-ketua persatuan penulis yang sudah berusia lebih 70 tahun mungkin perlu memikirkan relevan atau tidak lagi mereka dengan keadaan semasa. Daripada berpenat dan bersusah payah mempertahankan jawatan lebih baiklah pergi berakrab dengan masjid.

5 comments:

NASSURY IBRAHIM said...

Kelih Samy Vellu ingat diri sendiri

Luqman Hakim QA said...

Hohoho...tan sri IH katanya nak sepenggal lagi. ada keja mau siap beb! ni si Amir la terhegeh-hegeh buat kerja tak boleh nak penggal keluar.

Rahimidin Z said...

Syeikh, Wahab keluar mengembara mengikut Jalan Sutera..tiga bulan. Malu la kita, dia pergi dulu. Haji Sham asyik kembara ke Sumedang je.

S.M. Zakir said...

harap kita tak jadi Samy Vellu tua esok (kalu idup lagi la)... he he

Man, aku tak berapa minat dah la persatuan ni.. ingat nak buat aku punya events show sendiri, jadi kapitalis balik ha ha

sheikh, ya la wahab gi ngembara senyap2.. kita kena cari jale jugak gi ngembara jauh2 ni

Sham al-Johori said...

i
'samy vellu' dlm bahasa jawa bermaksud 'hidup selamanya'. itu sebab dia tak nak turun.

ii
IH + GAPENA= SV

iii
Jom kita mengembara dalam diam dan senyap. Kita ikut laluan syurga pula, tak mainlah laluan sutera.