Tuesday, June 22, 2010

BOLA PIALA DUNIA DAN RUTIN YANG PUNAH


Masa sekolah cita-cita saya hanya dua; jadi pemain bola atau pemuzik rock. Saya sangat tak suka belajar tapi sangat suka baca buku. Tak pernah ada lansung dalam kepala otak saya nak jadi penulis ke, doktor ke, jurutera ke, cikgu ke, ahli falsafah ke, ahli persatuan ke. Ini pasukan zaman 80-an. Baru belajar pakai but, dulu bawah 12 tahun kaki ayam saja. Masa ni jadi sayap kiri, dan merupakan pemain paling mahal sebab pasukan ni tak ada orang boleh main kaki kiri. Pernah seorang pemain ganti saya, angkat bola melambung masuk dalam kelas sebab main posisi sayap kiri tendang dengan kaki kanan.


Piala Dunia membuatkan rutin saya habis terganggu. Saya rutinnya tidur pukul 12.30 malam selepas berita akhir. Ini kerana saya suka menulis dan membuat urusan kerja waktu pagi. Malam selalunya saya menulis paling lama 2 jam (kecuali kejar deadline, hentamlah sampai mana larat). Pagi selepas subuh dan hantar anak ke sekolah saya akan berjogging (berjalan saja) di bukit jalil sekitar setengah jam. Kemudian mandi dan memulakan kerja. Tetapi sekarang semua sudah tunggang langgang. Lepas maghrib sudah tengok bola. Habis, baring sekejap, pukul 10 tengok bola lagi. Tidur depan tv. Pukul 2.30 hentam tengok bola sampai pagi. Lepas subuh, hantar anak sekolah terus tumbang overtime tido, kadang terlajak entah pukul berapa (nasib free lance tidak mampus kena buang keja). Kadang saya gagah mandi mula menulis pukul 9 sampai pukul 11dah tumbang... sambung tengahari, petang bila-bila rasa gagah... dan tumbang lagi.

Ketika pemain-pemain piala dunia semakin tegap badan kerana latihan untuk menyediakan fizikal yang mantap. Penonton piala dunia pula semakin buncit dan boroi perut kerana pagi tak pergi berjogging lagi dan tengah malam sumbat makanan ke perut sambil tengok bola. Bola oh bola.

7 comments:

Luqman Hakim QA said...

punah ker rutin tu? tak percaya la aku!

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Rasa-rasanya nanti rutin pada 2014 di Brazil mungkin berbeza pabila banyak siaran langsung bermula sekitar pukul 6 pagi sehingga 9 pagi; namun rutin paling tidak terganngu ketika Piala Dunia 2002 - siaran langsung bermula sekitar 7 malam sehingga 10-11 malam.

edolah said...

tuan,
kalau gitu kena tunggu negara kita jd tuan rumah world cup lah..baru rutin harian x terganggu..masa tu team harimau kita akan dpt beraksi secara automatik.. tapi entah bilanya!
bkn setakat 'sorakan 1m'sia,1dunia'..

Sham al-Johori said...

tuan,
'line up' dah mcm team jerman (post sisi) tapi tang jersey tu yang tak tahan nak tengok. hitam kuning lambang harimau belang; harimau hilang kuku dan taring ajalah...
Hehehehe

S.M. Zakir said...

luqman, ko tengok orang main basikal mana nak lari rutin he he

Tuan Rusdi, 2014 di Brazil gamaknya banyak le orang gomen mc, tuan kena cadang letak skrin tv kat dbp he he

edolah, teringat masa zainal kutuk perlis (hang la) lawan kedah kat final, last2 kedah kalah zainal dua hari tutup hp ha ha. Malayia kalu main lebih dari korea utara 10-0 ke atas ja

haji, itu jersi Malaysia tu, masa tu semangat malaysia kuat, zaman zainal abidin and the gang, boleh la lagi dari sekarang zaman mat disko

S.M. Zakir said...

tapi tak heranlah dengan kawan kita yang score macam Paolo Rossi kat piala dunia chemor tu. Kita score macam david villa gelecek dari tepi, Paolo Rossi score bola curi ayam atau muntah depan pintu gol ja selalunya kah kah

lutfi said...

Selamat menambah sebiji LAGI bola ke dalam perut, kah kah