Sunday, June 27, 2010

BOLA LAGI



Kawan2 nak tengok gambar bola. Ini gambar lawan rumah2 saja. Semua orang pakai baju rumah, saya tak pakai dan orang tak boleh kata apa sebab saya 'star' (ha ha). Punyala star sampai pakai but pun tak pakai stoking.


Sempena Piala Dunia kawan-kawan minta masuk gambar bola lama-lama. Kawan yang tak ada gambar bola, balik kampung carila dapat gambar main takraw dua keping (nak tunjuk jugak he he). Saya cari-cari gambar main takraw dulu tapi tak ada, memang tak ada ambil gambar pun. Kalau tidak.. tak payah cerita la setakat libas pari tu, orang main 'hand stand' la. Tapi dulu la, sekarang 'hand stand' mau patah tangan menahan perut.

Piala Dunia akhirnya menyaksikan pasukan tradisi Amerika Latin dan Eropah juga yang menguasai. Pasukan Asia, Afrika dsbnya masih jauh untuk menandingi. Dalam Piala Dunia kita juga dapat lihat dua bentuk skil, satu skil permainan dan dua skil menipu. Itali dapat penalti dengan berlakon di depan gol lawan, Kaka dibuang padang kerana si penipu Ivory Cost yang kena tangan sikit di dada jatuh meraung memegang muka seolah ditumbuk. Jadi inilah wajah-wajah penipu Piala Dunia. Di Malaysia pula masih sibuk dengan menteri-menteri Islam yang nak menghalalkan judi sukan. Tapi biasalah orang politik mereka melihat semuanya seperti bola yang boleh mereka tendang2. Tapi oleh sebab mereka kaki bangku maka bola yang mereka tendang pun menerawang tak tau ke mana.

6 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Mcm mana nak menang bergaya, ada ke main bola sepak pakai kasut 'warrior'/'panda'/'bata'. Dah lah tu tak pakai stokin pula; padang atas bukti. ehhhhhh! ehelekkkk! Ini semua tentu geng kaki ponteng sekolah. Kena dendalah tu..

S.M. Zakir said...

ya betul tuan aji

u-wartawan said...

elehhh..ni semua wayang aje. sibuk piala dunia, sibuk la bukak citer main bola.

saleeh rahamad said...

Masa dulu tak pakai panda, bata atau warrior tapi pakai Fung Keong yang ada stud.
Org yang tak ada sejarah sukan memang dengki pada org yang ada sejarah macam kita.
stoking pun pakai stoking sekolah.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Tiadakah foto-foto piala atau pingat kemenangan untuk dipaparkan, jika tuan dapat paparkan pasti tuan mengatasi Tuan Shamsudin dan Tuan Mat Saleh nanti... Hehehe...

S.M. Zakir said...

tuan dosen, setuju 100%, orang yang tak ada sejarah sukan gemilang macam kita memang la terkilan wakakawakaka

tuan rusdi, kami bersukan bukan kerana pingat tapi kerana semangat kesukanan yang tinggi, dapat pingat pun kami hadiah pada yang kalah. betapa tingginya semangat kesukanan kami kah kah. judi2 lagi tak main la, haram sama sekali..