Saturday, September 25, 2010

KARYA PENULIS MUDA

Kebelakangan ini terdapat banyak karya-karya penulis muda yang muncul. Saya mendefinisikan penulis muda relatif usia di bawah 40-an. Rozais dan Zanazanzaly dengan kumpulan cerpen, diikuti oleh Roslan Jomel dengan epal kuningnya. Rebecca Ilham dan Ummu Hani juga dikatakan telah lahir kumpulan cerpennya (saya belum dapat memilikinya). Sebetulnya saya mengumpulkan karya penulis muda terutamanya kumpulan cerpen. Hajat hati hendak menulis sesuatu tentang perkembangan cerpen mutakhir, lanjutan daripada kertas kerja yang pernah saya bentang di UPSI. Sebelumnya telah muncul kumpulan cerpen Saifulizan Yahya, Serunai Faqir, Ibnu Ahmad al-Kurauwi, Nimoiz, WB Rendra selain penulis dari Sabah dan Sarawak seperti Raymond Majumah, Ailin Nor, Jaya Ramba. Juga penulis mapan yang masih dalam lingkungan muda seperti Mawar Shafei dan Nisah Hj. Haron.

Kerancakan ini juga menjalar kepada kumpulan puisi. Riduan Harun, kemudian Serunai Faqir dan bakal terbit Muhammad Lutfi Ishak. Saya melihat perkembangan yang menarik terhadap kebangkitan karya penulis muda. Sudah sampai masanya para pengkaji sastera mengambil karya-karya muktahir dari kalangan penulis muda ini untuk bahan kajian dan penulisan. Sekurang-kurangnya dunia sastera tidak lagi terlalu mengulang-ulang karya yang sudah 'lusuh' diperkatakan sejak dulu sehingga menimbulkan klise terhadap kajian sastera. Saya tentunya bukan menafikan mutu karya-karya terdahulu. Tetapi amat penting untuk dunia sastera beranjak ke hadapan melihat hubungan sastera dengan dunia mutahir khususnya melalui bentuk kepengarangan mutakhir di kalangan penulis muda.

4 comments:

Sham al-Johori said...
This comment has been removed by the author.
Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Inilah yang sedang saya lalui. Apabila memilih Rahimidin Zahari, Jamal D. Rahman dan Johar Buang untuk analisis tesis PhD, mereka kata, 'siapa mereka ni dlm sastera Melayu?'.
Saya jawab, 'jin Islam yang menulis puisi Melayu.'
Hehehehehe.

*komen yg removed itu keras sangatlah..yg ni lembut + sinikal sikit.

mxypltk said...

Salam saudara Zakir, ingin bertanya adakah kumpulan cerpen 'Moluska' sudah diterbitkan?

S.M. Zakir said...

kumpulan cerpen moluska dalam proses pengumpulan (cerpen lama + cerpen baru yang ditulis khusus). Insyaallah awal tahun depan. Bulan depan saya terbitkan novel saya, "Ahli Politik", kumpulan puisi "Aroma" dan kumpulan esei teater "Laboratarium". semua dalam proses penerbitan sekarang. Insyaallah kalau tak ada aral hujung bulan depan terbit 3-3nya.