Monday, June 22, 2009

BACA PUISI PENA 3 JULAI 2009

Pada malam HSKU, ketika para pemenang dan panel sibuk beratur di belakang pentas, Pak Samad membacakan puisi yang keras 'meludah' Mahathir yang disebut sebagai Peludah Bahasa. Mahathir ialah satu sosok yang tidak boleh dimaafkan dalam soal maruah bahasa Melayu. Mahathirlah p...m.. yang menghancurkan bahasa Melayu. Manusia hipokrit terbesar dan tidak pernah tahu malu di atas apa yang dilakukannya. Kita harus meraikan keberanian A. Samad Said. Ayuh lahirkanlah tulisan dan sajak untuk meraikan keberanian Pak Samad 'meludah' Mahathir ini.

Untuk Shamsudin dan Lutfi yang mengutuk saya kerana berdiri ketika Mahathir berjalan masuk. Sebenarnya saya hanya menghormati majlis utusan (he he, alasan murahan) dan bukannya menghormati Mahathir. Tetapi saya sudah cukup menyumbang dalam membelasah Mahathir ini. Sebuah majalah telah ditutup kerana tulisan saya tentang Mahathirisme. Saya juga telah lanjutkan kecelakaan Mahathirisme ini dalam sebuah tulisan di Harakah. Cuma cita-cita saya untuk menulis sebuah buku yang tajuknya 'Kecelakaan Sejarah Bahasa Melayu' sahaja yang masih belum terlaksana.

Tetapi pada 3 julai 2009 sempena majlis baca puisi Pena saya akan membacakan sebuah sajak untuk mahathir si peludah bahasa ini. Datanglah beramai-ramai ke Rumah PENA pada 3 Julai 2009 (jumaat malam) jam 8.00 malam.

Saya syorkan kita ramai-ramai baca sajak tentang bahasa Melayu dan meraikan keberanian Pak Samad. Datanglah teman-teman kita baca sajak bahasa, sempena mengingati kecelakaan sejarahnya di tangan Mahathir Mohammad.

Sajak saya untuk si tua kutuk peludah bahasa mahathir p...m..

Ular yang Menjalar di Dalam Selimut

Pagi ini ada seketul udara
turun dari lubang kecil di atas jendela
menjalar seperti ular; meliuk ke bawah
lalu menyelinap masuk ke dalam selimut
seorang lelaki tua yang terkedang
memandang siling biliknya
mencari wajah dunia yang pernah dipunyainya
suatu ketika tangannya pernah menjadi ular
seakan-akan seketul udara yang menjalar itu
menyelinap masuk ke setiap rumah manusia
dan meragut kata-kata bangsanya dengan bisa
daripada kuasanya; dan memusnahkan suara
dari lidah bangsanya dengan bisa
daripada kuasanya; dan mencabut bahasa
dari ruh bangsanya dengan bisa
daripada kuasanya
ah, sejarah suka memutarkan
cerita yang sama; udara menjadi ular
tangan menjadi ular kuasa menjadi ular
jendela yang tidak tertutup menjadi
seperti neraka yang memanggil
ular yang menjalar di dalam selimut
seorang lelaki tua yang masih terkedang
mencari tangannya yang pernah menjadi ular
seketul udara turun dari atas jendela
menjalar seperti ular menyelinap ke dalam selimut
seorang lelaki tua yang terkedang
memandang siling

S.M. Zakir
18 April 2008
Bukit Jalil

14 comments:

lutfi said...

hidup mahathir!
Kalau gua jd editor, gua tak siar tulisan Sm zakir, ada supahan, keh keh

sahrunizam abdul talib said...

Memang padanlah dia kena ludah pada malam tu.

Hidup Pak Samad!

Luqman Hakim QA said...

meludah che det? sama je mcm sembur air liur kat daun keladi!

benuasuluk said...

mamak ni ubatnya kita pakat sembur air sirih pinang je. hak tuih!

S.M. Zakir said...

betul la, mahathir hidup macam dia malaikat, tak da dosa apa-apa. Sebab dia fikir semua orang mudah lupa dan dia boleh berbohong setiap masa. Tak pa kita cuma nak mengingati apa kecelakaan yang dilakukan olehnya terhadap bahasa Melayu.

Sham al-Johori said...

sajak 'penjilat najis' kpd maha+thir=baruah

sang penjilat najis itu menjelirkan lidah. tidak tumpah lagak babi dan anjing. dia menjilat rakus dan sang pelahap itu menelannya. yg ditelah adalah dosa ciptaannya. yang ditelah adalah sejarahnya. dan akhirnya yang keluar dari punggungnya adalah dirinya najis itu.

Fuhhh. tak payah nak berselindung lagi. kita taruk cukup-cukup...
hehehe

Farmilla Hamdi said...

Tahniah buat sdr Zakir atas penganugerahan hadiah...

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
1. Amat berdengki sekali hamba tidak dapat untuk menyaksikan serta menikmati sajak itu yang bersejarah ini... (tapi jika ada di KL waktu itu pasti + wajib kena hadir).

2. Bukankah Mahathir nyatakan dalam akhbar tempoh hari bahawa:

Wajib lulus Inggeris dalam SPM langkah yang baik - Dr. M
(Utusan Malaysia - 9 Jun 2009)

CYBERJAYA 8 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah langkah yang baik demi masa depan generasi akan datang.
..................................................................................................

Mengenai penangguhan keputusan dasar PPSMI, Dr. Mahathir berkata, beliau kecewa sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan semula bahasa Malaysia.

"Jika itulah jadinya, pada masa depan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi BODOH," katanya.

S.M. Zakir said...

Sam, baca jangan tak baca.

Farmilla, terima kasih.

Rusdi, Mahathir dah nyanyuk.

edolah said...

itulah korang...dah si tua kutuk tu tak berkuasa, korang sibuk-sibuk menala dia. aku dah lama -
10 tahun dulu lagi daa..

S.M. Zakir said...

dah lama dah... ingat masa reformasi? zaman bujang yang penuh sejarah, kena gas, disembur air kuning, dikejar fru sampai dalam kedai mamak. masjid negara, stadium bukit jalil, bangunan umno, mana lagi yang tak pergi. semua angkara si tua kutuk itu.

Seperti kata Dato' Baha, dari dulu lagi ppsmi ini ditentang bukan sekarang. Kata saya, cuma sejarah dulu ditutup oleh cerita siti nurhaliza, artis kawin cerai, bohjan bohsia hingga berkarat otak nak ingat sejarah

ali atan said...

Tahniah Sm Zakir atas kemenangan cerpen, puisi dan rencana. Saudara memang berbakar besar di atas trek tersendiri. Faisal di atas trek tersendiri pula. Utk penulis prosa terbaik saudara berdua menjadikan bahasa Melayu kita bermakna, berilmu dan berjiwa besar. Sayangnya, Mahathir telah meruncupkan kebesaran itu dan kini manusia umno hendak memasukkan pula guru bahasa inggeris untuk ajar sastera inggeris. Ini semua nasihat mahathirlah yang cerdik itu.

D'Rimba said...

Hebat, saya sedang tunggu dengan penuh teliti saat malam itu nanti akan saya hadiri hayati sepenuh hati.

S.K said...

Salam,

Melucukan buat S.K di HSKU sebab kena ikut nyanyikan lagu "Negaraku", huhu...

mmm... minggu lepas, S.K pergi Bukit Tinggi, Sumatra Barat, jadi, tak boleh ke mana-mana lagi minggu ni...
Ni pun kena kuarantin di rumah kerana telah ke negara yang terjejas dengan virus, haha...

Mudah-mudahan, dipermudahkan untuk ke sana dalam bulan Ogos nanti, insyaAllah...

Wassalam.