Friday, June 19, 2009
Cucu 'Sultan Hemengkubuwono' bersama isteri dan anak-anak di Istana Kesultanan Solo.
Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil baru selesai semalam, 19 Jun 2009. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua. Pertama kali saya menerima anugerah puisi. Tempat utama pula, memang saya tak pernah menjangka... tak menjangka nak jadi penyair. Sekarang dah jadi penyair. Penyair muda pulak tu (sebab baru menulis puisi). Sebenarnya saya berminat membaca puisi sejak dulu. Iqbal, Tagore, Rumi, Usman Awang, Latif Mohidin, Baha Zain memang sejak dulu saya membaca karya-karya mereka. Cuma saya lebih menumpukan kepada penulisan prosa (cerpen, rencana, dan sebuah dua novel remaja dahulunya). Itulah ceritanya.
Kedua, saya menerima anugerah untuk rencana sastera. Sebenarnya kalau tidak kerana Luqman Hakim, saya tidak akan menerima pun anugerah ini. Bahkan tidak menulis pun rencana itu. Luqman yang meminta dan kemudian memaksa saya menulis rencana. Ketika itu Luqman masih di Utusan. Entah bagaimana Luqman telefon kata dia diminta isi ruang rencana untuk Mingguan Malaysia. Luqman minta (paksa) saya tulis dan siapkan dalam masa sehari dua itu juga. Saya pun menulis kerana Luqman minta. Rencana itu panjang, jadi disunting lagi oleh Luqman. Maka tersiar rencana itu dengan suntingan yang cukup kemas dan profesional oleh Luqman (walaupun aku suka kutuk si Quek ni, tapi bab kerja dan penulisan aku memang kena puji dia, tapi tak boleh lebih sangat.. kembang pulak si manok ni). Dahulu pun sebuah rencana yang menerima anugerah(orientalisme, weltliteratur, Gharb Zadegi...) pun 'dipaksa' oleh Luqman. Dua-dua rencana saya yang menerima anugerah adalah kerana jasa Luqman 'memaksa' saya. Dan banyak daripada rencana dan cerpen dahulunya juga tersiar adalah kerana jasa Azman Ismail. Setelah kedua-duanya keluar Utusan, kerja penyuntingan karya itu diambilalih oleh Ku Seman. Banyak jasa Ku Seman dalam penulisan saya kini. Saya bukan seorang yang rajin, jika tidak ada editor-editor yang 'memaksa' ini saya lewa dan tidur saja.
Jadi, di sini sebenarnya penulis-penulis yang menang anugerah perlu banyak berterima kasih dan mengingati jasa editor yang menyiar dan adakalanya bersusah payah menyunting karya mereka untuk memadati ruang yang terhad itu. Cerpen saya Moluska juga panjang, tetapi disunting dengan baik oleh Ku Seman. Akhirnya disiar dan menerima anugerah utama. Begitu juga cerpen terbaru Masjid, juga disunting dengan baik oleh Ku Seman sebelum disiarkan. Azman Ismail, Ku Seman, Luqman dan dahulu Noor Azam Shairi merupakan editor yang berpengalaman dan cukup kemas serta baik dalam penyuntingan. Dan apabila ia diterbitkan untuk menjadi antologi, Kak Azah (Puan Nor Aziz Aziz) dan Rodzlan pulalah bertungkus lumus menyuntingnya. Kak Azah sebenarnya cukup banyak berjasa kepada HSKU ini. Beliau adalah orang yang sejak dulu (bersama editor lain di UPND) menjadi insan di belakang tabir dalam memastikan antologi HSKU terbit dengan kemas dan menarik.
Saya bercerita khusus untuk ruang HSKU. Editor di media lain juga, DBP, Berita Harian dan sebagainya juga begitu, banyak memainkan peranan belakang tabir dalam kejayaan penulisan para penulis. Penulis mungkin menerima limpahan glamornya pada malam anugerah itu. Tetapi manusia yang di sebalik kejayaan mereka seperti editor, panel hakim dan penganjur hilang di sebalik kegemerlapan penulis.
Saya adalah seorang yang cukup menghormati para editor dan panel hakim, kerana saya juga pernah menjadi editor dan panel hakim (untuk hadiah lain). Jadi saya tahu dan cukup maklum betapa rumitnya kerja insan-insan ini dalam memastikan karya dan para penulis muncul sebagai yang terbaik.
Untuk itu sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada insan-insan berjasa di belakang tabir kejayaan para penulis. Walaupun penulis adalah berhak ke atas gemerlapan anugerah kerana mutu karyanya, tetapi tanpa insan-insan di belakang tabir ini belum tentu mereka dapat bergemerlapan dengan segala kemasyhuran itu. Jaza Allah Kairan Kathira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Tahniah buat penyair muda.Hehe. Tapi kalau menang lagi tahun depan tak dapat dah title muda tu. Muda ke tua yang penting meleleh jangan tak meleleh !
huk huk huuu. tahun depan tak nak jadi hakim dah. nak jadi penyair la pulak. kawan pun boleh tak kan aku tak boleh....
Masih penyair muda, takkan dua tahun lahir dah jadi tua, kurang2 bagi 10 tahun ke 20 tahun ke, heh heh
Ya pak jadi penyair. Kata Nazmi, seorang penyair British mengatakan jika penyair tidak mempunyai 5 teman wanita dalam satu masa, jangan panggil dia penyair. Itu orientalis kata, dan 'dinasabkan' oleh Nazmi Yaakub. Bapa sekarang ada berapa temannya pak? kalau sudah lima, ya itu sudah bisa jadi penyair itu. Jika dikira teori orientalis itu pak.
Salam,
Ohhh, kalu gitu penyair perempuan gimana? Kena lima teman lelaki, kah? Huhu...
Pertama kali ke HSKU setelah bertahun mengikuti dari jauh, melalui buku terbitan, laman dan blog penulis... Sekadar, menghirup semangat...
Bak kata orang, mengambil "aura" (?) sasterawan... huhuhu...
Cuma, kan best, kalau pemenang utama naik ke pentas dan bacakan sajaknya!!! Waaah, teruja jadinya...
Itulah yang dinanti-nantikan...
Apa halnya terpaksa duduk mendengar Anuar Zain dan Misha Omar menyanyi?
Walaupun, okeylah, suara mereka sedap dan lagu-lagu pun agak kena lah (nak sejukkan hati)... tapi...
suara para penyair yang telah memenangi hadiah tentu lagi enak menjadi halwa telinga di majlis sastera sebegitu. Ya ke tidak? huhu...
Wassalam.
Tuan,
Tahniah atas kejayaan HSKU itu.
Dengar khabarnya tuan berminat untuk bersekali dalam program kecil ke Gunung Ledang pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 nanti? Jika ya... berbanyak terima kasih atas perhatian itu.
Tuan,
Hehehe... Apakah tuan bersekali menerima hadiah dalam HSKU yang diserahkan oleh 'Pemimpin Agung Yang Unggul Pelaksana PPSMI' tersebut? Atau penyampainya pemimpin lain?
Aduh pak, sudah duduk di kerusi bupati mukobuwono? Lepas ni terus jadi bapak prasiden.
Hehehe, apa2pun kata Sahrunizam ketika malam HSKU tu ialah, bapak Zakir akan merampas tanah dan kuasa para penyair tanah air.
Jadinya, kepada para penyair cepat-cepatlah buat pagar dan tanam pokok candu...
hehehe.
Saya juga percaya, kejayaan penulis terletak di tangan editor dan panel. Terima kasih juga kepada mereka. Amin.
Kata kau!
kome pergilah gunung ledang tu tapi jangan kencing merata. jumpa pinang muda bawa balik.ilmu malim gohzali kena cuba juga.
S.K terima kasih kerana hadir. Penyair memerlukan 'kekasih' untuk menghadirkan jiwa cintanya. Tak percaya tanya Rahimidin dan Shamsudin. Mereka dah lama jadi penyair.
Sdr Rusdi, pemimpin mahafiraun si peludah bahasa tu tidak menyampaikan hadiah kepada kami, walaupun saya menahan dikutuk oleh Lutfi dan Shamsudin kerana berdiri ketika peludah bahasa itu masuk. Tapi yang jelas dia buat bodo saja 'diludah' oleh A. Samad Said dengan puisi kentalnya. InsyaAllah kita berjumpa di gunung ledang. Banyak pokok pinang kat sana ya?
kau jadi penyair, menang pula hadiah utama, Marjan S terus merajuk...bawa barang-barang dagangannya pulang bertapa di Jenun Puri !
marjan menjadi singa yang luka... keh keh
tahniah sahabatku, tak sangka dalam diam rupanya sdra menjadi penyair. tahniah
Post a Comment