Thursday, July 9, 2009

MARI BERLAPANG DADA

Semua orang menulis tentang ppsmi. Saya meninjau blog kawan-kawan dan isu ppsmi membawa pelbagai perasaan kawan-kawan yang mencintai bahasa Melayu dengan sepenuh jiwa mereka. Saya seperti sajak Latif Mohiddin (yang saya ingat2 lupa), lebih kuranglah bunyinya, "Bila orang duduk, aku berdiri, bila orang berdiri aku duduk". Jadi saya tidak mahu menulis panjang apabila semua sudah menulis tentang ppsmi.

Cuma ada beberapa perkara sahajalah sekadar bersantai. Terdapat ibu bapa (dalam akhbar Star)yang kecewa dengan keputusan mansuhkan ppsmi ini menyatakan akan memasukkan anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa dan sebahagian ibu bapa elit di Johor bercadang akan menghantar anak-anak mereka bersekolah ke Singapura. Saya cadangkan kepada ibu bapa ini agar lebih baik bagi mereka bukan sekadar memindahkan anak mereka ke luar negara tetapi mereka sendiri juga lebih baik pindah sahaja keluar dari Malaysia.

Satu lagi kelucuan dari GAPENA yang terlalu ghairah hendak mengangkat diri, terlalu berlebih-lebihan sehingga hendak mengadakan kelas tuisyen bahasa Inggeris di kampung-kampung. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana AJK Gapena mengajar bahasa Inggeris di kampung2. Saya bukan mempertikaikan kebolehan berbahasa Inggeris mereka tetapi seperti kata teman saya Zainal Rashid Ahmad 'apa ke jadahnya' gapena nak mengajar bahasa Inggeris di kampung2. Ramai lagi guru bahasa Inggeris yang memang kerja mereka berkenaan pedagogi pendidikan dan pengajaran tata bahasa boleh membuat kerja itu. Lebih baik lah kerja itu diberi kepada PAGE yang berjuang untuk bahasa Inggeris itu.

Isu Gapena ini moralnya ialah janganlah terlalu berkhayal bahawa kejayaan memansuhkan ppsmi ini adalah semata-mata daripada usaha mereka. Bagi saya GMP di bawah Hassan Ahmad dan A. Samad Said disertai oleh Abdullah Hassan, Shahrir Md Zain, Hasni Abbas, Dinsman, Puan Ainon, Suhaizan Kaat, dibantu oleh Persatuan Mahasiswa Islam dan sebagainya lebih memainkan peranan besar dalam keputusan ini. Di samping Ungku Aziz, Ishak Haron, Awang Sariyan dan sebagainya yang cukup berani dan konsisten dalam perjuangan ini.

Apabila Gapena memperkecilkan GMP yang berarak di jalan dan menyindir bahawa golongan intelektual seperti mereka (Gapena) tidak berarak di jalan (suara Tengku Alauddin dan beberapa orang AJKnya) saya jadi tersenyum. Apakah GMP bukan golongan intelektual. Dato Dr Hassan Ahmad, Prof. Dr. Abdullah Hassan, Prof. Dr. Shahrir Md Zain dan tak perlu saya senaraikan golongan super intelektual yang terlibat dalam perarakan bersejarah itu (saya pun tidak ada dalam perarakan ini kerana ada urusan di luar KL, menyanjung amat tinggi keberanian GMP dan mereka yang berarak).

Tulisan ini bukanlah hendak memecahbelahkan para pejuang bahasa tetapi seperti yang saya pernah katakan kepada JK PENA, dalam perjuangan yang menuju kepada matlamat yang sama, janganlah sekali-kali kita memperlekehkan sesama kita. Setiap orang mempunyai cara dan keupayaan yang berbeza, jadi hormat-menghormatilah.

Kepada teman-teman, janganlah menjadikan 'kejayaan atau kemenangan' (belum pasti sebenarnya) sebagai medan untuk kita mendabik dada dan menyerang mereka yang dianggap tidak bersama. Pernah seorang ajk Paksi menolak A. Samad Said daripada diangkat dalam Paksi kerana didakwa tidak membuat pendirian, tetapi akhirnya malu sendiri apabila A. Samad Said lah orang yang bermatian di barisan hadapan dalam perjuangan ppsmi ini. Lupakanlah kesalahan orang lain tetapi lihatlah kepada diri sendiri untuk menjadikan diri tidak takbur. Lihatlah kepada sejarah Islam, apabila Rasulullah menakluki Makkah, baginda bukan sahaja memaafkan kaum musyrikin bahkan memuliakan Abu Suffian yang menjadi ketua kaum musyirikin itu. Tidak bolehkah kita mengambil pengajaran daripada itu.

Saya lebih suka duduk apabila semua orang berdiri, dan berdiri apabila semua orang duduk...

13 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Ada undian dalam blog Pemimpin Agung PPSMI itu, tuan klik yang mana satu 'No' atau 'Yes'? Kawan klik 5,000 kali untuk 'No' kerana ingin 'menggembirakan' hati pemimpin agung yang tua itu... hehehe... Biarkan dia sahaja yang pergi ajar BI itu kepada orang luar bandar!

saleeh rahamad said...

orang berjalan aku tidur; orang tidur aku berjalan; orang baring aku bangun; orang bangun aku baring.

memang dah gitu fiilnya. manalah amir tak terkena je

S.M. Zakir said...

itu bahaya tu pak... anasir subversif itu

fadzil yusof said...

salam tuan.

saya jadi suka dengan kata zainal rashid ahmad, apa ke jadahnya...apapun, tahniah kepada pejuang-pejuang bahasa.

lutfi said...

Dalam kata Pak Soleh tu, kah kah. Tinggi falsafahnya. Fenomonologi tu.

Nimoiz T.Y said...

Ada gerakan baharu yang ingin mendesak supaya Najib lebih bertegas supaya semua orang menggunakan istilah bahasa Malaysia, dan bukannya bahasa Melayu.

Katanya, dulu Najib begitu lantang setuju penggunaan istilah bahasa Malaysia, tapi sekarang dad senyap.

Guane nih?

juilis69 said...

Kerajaan dah pun setuju PPSMI dimansuhkan, yang beberapa kerat ibu bapa marah-marah tu tak pikir ke nasib orang lain..Saya setuju jika mereka keluar negara..heh heh

mariahsj said...

Gerakan itu nak menjadi hero yang kononnya nak memperjuangkan bahasa Melayu menjadi bahasa Melaysia. Saya rasa dia kena kaji perlembagaan, istilah dan sejarah bahasa Melayu itu sendiri. Dilahirkan di Malaysia dan bersekolah juga di Malaysia tetapi tak faham-faham lagi istilah bahasa Melayu. Agaknya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di Amerika Syarikat, Britain, Eropah dan hampir seluruh dunia pun dia nak tukar nama bahasa itu mengikut negeri yang menggunakannya. Tak faham atau tak reti bahasa ke?

Sham al-Johori said...

Hehehe,
Saya pula teringatkan lagu P. Ramlee.

Suwa suih kemuning...
suwa suih kemuning...
lalalala

hehehe

S.K said...

salam,
ya, saya perhatikan yang menjawab kebanyakannya ibu bapa yang pro-BI tanpa memahami apa sebenarnya yang di"pro" kan.
dan ya, saya juga setuju bagi mereka yang mengagungkan BI, patut hijrah ke SG atau negara yang sewaktu dengannya.

tapi bkn kerna SG agungkan BI, ya?... seperti yang saya hujjahkan di FB Lutfi, SG kuat BI tetapi falsafah pendidikan ialah dwibahasa.
Jadi, mesti kuat BI DAN kuat bahasa Ibunda - malah, kriteria kemasukan ke Universiti dalam tahun-tahun 70-an hgga 90-an (sekrg tak tau plak), ialah kredit BI dan bahasa Ibunda (kalau salah satu gagal, peluang tipis lah...).

Wassalam.

S.M. Zakir said...

Sk, Singapura mempunyai sebabnya yang tersendiri. Tetapi kemajuan Singapura bukanlah kerana dasar penggalakan BInya semata-mata tetapi sejarahnya sebagai pelabuhan entrepot dan sifat masyarakatnya yang perlu bekerja keras memandangkan Singapura tiada sumber asli.

Tetapi di Malaysia ini kepercayaan palsu masyarakatnya ialah BI yang akan membuat mereka maju. Tanpa BI mereka akan mundur. Itu mitos yang diberikan Mahathir sebenarnya. Kemajuan bukan kerana BI tapi kerana faktor-faktor sikap, kegigihan, persekitaran dsbnya. Bahasa hanya alat komunikasi yang memberikan nilai tambah. Masyarakat dibutakan oleh mitos Mahathir, dan inilah yang perlu dibetulkan.

S.K said...

Tuan Zakir, saya dah masuk padang PPSMI sejak Pak Samad turun padang. Saya kaji argumen kedua-dua belah pihak, biasa mematahkan hujjah pro-PPSMI (termasuk hujjah Mahathir) dan salah satu struktur argumen saya sendiri digunakan oleh anti-PPSMI sehingga sekarang (dan pernah masuk Harakah online), haha...

Orang yang pro-PPSMI terlalu uni-dimensi dan "myopik". Dia takkan faham apa yang tuan Zakir cakapkan tuuu... Kan BI tu pentinggggg... MUSTI diajar dalam Sains dan Maths... eh, oh tidak, bukan pasal bahasa, pasal kemajuan Sains dan Teknologi... jadi Sains dan Maths MUSTI nak belajar dalam BI dari kecik...

Dah lah unidimensi + myopik, kebingungan pulak: nak bahasa supaya maju ke, nak kemajuan Sains dan Teknologi? haha... Saya suka kacau mereka bila ada mood :)

Wassalam.

u-wartawan said...

Gapena ye pak jakir? tu semua orang sengal dan bengal! apapun lain kali aku nak jemput mu cakap kat program-program aku