Thursday, July 2, 2009

MELAYU PERNAH PUPUS DALAM SEJARAH




Bandar Ho Chin Minh (Saigon) yang dahulunya terletak dalam wilayah kerajaan Melayu-Campa Pandurangga yang kini telah pupus. Tidak terlihat lagi sebarang tanda pernah wujudnya Melayu di situ.

Bersama teman-teman PENA di sempadan Kemboja-Vietnam dalam perjalanan dari Saigon pulang ke Phnom Penh. Terselit seorang gadis khmer yang bernama Sri Phea... Sepotong Cinta di Dunia Angin...




Semalam pada 2 julai 2009, saya diajak oleh Nazmi ke Forum Ketamadunan yang dianjurkan oleh Akademi Kajian Ketamadunan di Kolej Dar al-Hikmah Sungai Ramal, Kajang. Kami bertemu di Bangi, di kedai makan Belauk. Biasalah Nazmi, kalau tak makan bukan Nazmi namanya. Kemudian kami satu kereta bertolak ke Dar al Hikmah. Kami tiba awal, belum ada orang lagi. Selepas isya baru forum dimulakan.

Syarahan yang diberikan oleh Prof Madya Dr. Mohamad Zain Musa dari ATMA UKM dengan tajuk 'Hubungan Keagamaan Kelantan-Campa'. Dr. Mohamad Zain merupakan Melayu-Campa yang dilahirkan di Kemboja sebelum berhijrah dan menetap di Malaysia beberapa puluh tahun yang lepas. Beliau merupakan lepasan Sorbone di Peranchis.

Saya telah lama membaca dan mengikuti sejarah kerajaan Melayu Campa yang mula wujud kurun ke-2 Masehi itu lagi. Campa adalah sebuah kerajaan Melayu pesisiran yang besar terletak di Vietnam Tengah. Dua pertiga daripada negara Vietnam hari ini suatu ketika dulu adalah sebuah wilayah Melayu-Campa. Bahkan tapak arkealogi tertua yang membuktikan wujudnya kebudayaan gangsa Hoabinhian atau Dong Song sekitar 30,000 tahun dahulu di utara Vietnam itu sebenarnya terletak di sekitar Hue, kota lama pusat kerajaan Campa. Ini menunjukkan bahawa kebudayaan yang tertua di Asia Tenggara itu adalah kebudayaan Melayu.

Kerajaan Campa berdiri kukuh sebagai empayar kelautan yang kuat sehinggalah berlaku tabii alam yang menyaksikan kejatuhannya akibat pertelingkahan sesama sendiri dan serangan daripada orang khmer dari barat dan paling hebat serangan Annam (Viet) dari utara. Akhirnya pada 1471 ibu negara Campa iaitu Vijaya dikalahkan dan diduduki oleh orang Viet untuk selama-lamanya. Kerajaan Campa musnah apabila wilayah Campa terakhir di Vietnam Selatan iaitu Pandurangga diduduki oleh orang Viet yang menjadikan Ho Chi Minh (Saigon) sebagai kotanya. Kerajaan Campa pupus, begitu juga Melayu Campa bertebaran membawa diri dan akhirnya menetap di Kemboja sehingga hari ini. Sehingga hari ini orang Melayu-Campa bersama kerajaan besar mereka dahulunya boleh dikatakan pupus dari Vietnam. Keseluruhan Vietnam diduduki oleh orang Viet yang merupakan penjarah dari utara yang mengambilalih kerajaan Melayu di situ.

Sejarah Campa membuktikan bahwa Kerajaan Melayu dan orang Melayu pernah pupus dari sejarah. Bahasa Melayu Campa yang merupakan induk kepada bahasa Melayu hari ini, dengan perkataan kam pong (lahirnya Kampuchea) adalah perkataan kampung yang membawa makna petempatan, riak yang bermaksud ombak dan sebagainya dilihat mempunyai hubungan geneologi dengan bahasa Melayu kini menjadi bahasa kuno dan bahasa pedalaman di Vietnam dan Kemboja (mungkin terjadi kepada bahasa Melayu 100 tahun lagi atau lebih awal dari itu).

Satu kenyataan yang sangat berharga disampaikan oleh Dr. Mohamad Zain ketika menamatkan sesi perbincangan ialah, "Kita perlu berhati-hati dalam membuat sesuatu dasar kerana penting bagi kita untuk mengkaji potensi jiran kita menjadi musuh kita." Itu adalah kata-kata daripada seorang yang mewakili ceritera bangsa Melayu yang pernah pupus dari sejarah akibat penjarahan dari jirannya.

Entah mengapa saya terfikir tentang 1Malaysia...

9 comments:

Korakora said...

tok make lagi bey

edolah said...

lu terfikir 1malaysia...gua pulak terfikir gadis di sebelah lu dalam gambar tu... Amir kat sebelah lu tak cemburu ka?!

S.K said...

Salam,

Melayu memang suka memberi...

Oh, kau nak? amek, amek, aku bagi... kau nak lagik? amek, amek, aku bagi...
Aku dah tak ada pape lagik, dah... ape? kau nak aku...?


Dan "aku" pun tak wujud lagi.

Wassalam.

saleeh rahamad said...

jangan sentiasa jadi manusia pemberi tetapi jadilah penakluk. tengok kawa kita.. pergi sekejap je ke Vietnam, maka sepotong cinta tiba-tiba menjunam dilayangkan angin ke dada..seperti kilat juga ia pergi menyelinap disela-sela angin yang tak berwajah.itulah cinta kilat cinta seminggu...yang penting pertemuan singkat menelurkan sajak dan daripada sajak menghasilkan dana untuk ke bandung.

S.M. Zakir said...

kah kah, edolah amir memang dah senget ngendeng, tapi gua memang tak bagi can.

Sk, kena bawa teman2 singapura kembara dari Saigon ke Hanoi susur jalan darat, lihat empayar Melayu-Campa yang pupus.

Tuan presiden, kalau kumpul sajak yang dikarang dalam bas ke saigon tu, dah cukup satu buku kut.

S.K said...

Baiklah tuan Saleeh yang dihormati, terima kasih... terlahirlah draf sajak, "ingin jadi penakluk" hehe...

tuan Zakir, cita-cita besar tu, nak bawak ARUSS jalan-jalan... sekarang, sedang perlahan-lahan, tarik lebih ramai penulis angkatan 90-an yang gantung pena dulu tu, sebab angkatan itu sudah matang sedikit dan faham erti perjuangan...
Yang alaf baru ni, yang dalam usia 20-an, saya perhatikan, emosinya lebih, tapi, fikir pendek... jadi, gaduh/rajuknya aje yang lebih... aduhhh...

Wassalam.

NASSURY IBRAHIM said...

Tadok somo gabar kawe

aminah said...

SALAMAT DATANG KE OPEN TOUR MINAH UNTUK ORANG MALAYSIA DI VIETNAM

hi saya aminah dari vietnam . ini blog saya buat tour di vietnam sila kan tengok dan send bagi kawan mana minat datang ke vietnam . thank you soo much http://wwwsinamalaysia-sina.blogspot.com/

aminah said...

hi saya aminah dari vietnam . ini blog saya buat tour di vietnam sila kan tengok dan send bagi kawan mana minat datang ke vietnam . thank you soo much http://wwwsinamalaysia-sina.blogspot.com/