Wednesday, July 1, 2009

1MALAYSIA DITOLAK OLEH SASTERAWAN

Kekalutan untuk mencari definisi 1Malaysia kini melanda dunia seniman apabila kegiatan kesenimanan ini juga perlu berlandaskan 1Malaysia. Pemahamaan kosmetik tentang iMalaysia ini ialah mesti ada Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik. Maka ditempellah wajah-wajah Melayu-Cina-India bagi melengkapkan syarat 1Malaysia. Hal ini sebenarnya hanya mengulang-ulang cara lama menggambarkan hubungan yang palsu antara kaum, namun pada hakikatnya hati setiap kaum itu tidak pernah ingin bersatu dan sentiasa hidup untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Kita hanya mencipta shot demi shot untuk hubungan yang palsu itu.

Pertamanya, mengapa perlu bersusah payah menghabiskan berjuta ringgit untuk slogan 'bodoh' najib itu. Najib memang terkenal sebagai seorang manusia yang tiada visi, lalang, dan hipokrit. Falsafah utama Najib ialah 'Buat dulu, fikir kemudian'. Slogan 1Malaysia inipun datang daripada maxim dungu 'buat dulu, fikir kemudian itu'.

Keduanya, sikap tidak konsisten najib bercakap tentang 1Malaysia tetapi memberi bantuan untuk memperkasa sekolah jenis kebangsaan Cina. Sampai kiamat perpaduan tidak akan wujud secara tulen jika negara ada sekolah berdasarkan kaum, dan bahasa kaum yang boleh digunakan melampaui bahasa kebangsaan. Sistem sekolah venakular inilah yang menjadi punca utama kepala polarisasi kaum.

Ketiganya, mengapa orang Melayu sahaja yang harus memikirkan untuk hidup bersatu padu dan memberi hak mereka kepada orang lain demi keadilan yang palsu itu. Mengapa tidak semua kaum belajar memberi hak mereka demi keadilan untuk semua. Ketika orang Melayu berkorban memberikan hak mereka, kaum tertentu sibuk mengumpul kekayaan mengejar kepentingan diri. IMalaysia kemudian menjadi flatform baru untuk meminta 'hak' orang Melayu dan mencari kekayaan yang tidak cukup-cukup untuk diri mereka.

Keempatnya, mana ada negara maju hidup dengan slogan-slogan palsu, dungu dan tidak berguna itu. AS, Eropah, Jepun, Korea semua mana habis juta-juta untuk mempropagandakan slogan. Hanya Hitler saja yang buat begitu, dan zaman itu sudah terlalu lama berlalu. Apakah otak politik kita masih berada pada zaman Hitler.

Akhirnya, satu pertemuan di sebuah institusi baru-baru, semua sasterawan, budayawan dan intelektual hadir mengambil kesimpulan bahawa 1Malaysia hanyalah retorik politik, untuk kepentingan politik perkauman, dan menyelamatkan kuasa politik di hujung tanduk. Tidak ada kepentingan dan manfaat pun kepada rakyat kerana Perlembagaan Malaysia sudah cukup lengkap dan sempurna bagi mendiri dan membangunkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu.

Jika Perlembagaan ini tidak dicemari oleh UMNO yang melanggar akta 152 dengan membuang bahasa Melayu melalui PPSMI, melanggar pelbagai akta lagi dalam Perlembagaan termasuk mengurangkan kuasa Sultan Melayu, dan sebagainya. Sebuah Malaysia bukan 1Malaysia telah lama berdiri sebagai sebuah negara yang kukuh perpaduannya berlandaskan Perlembagaan Malaysia.

5 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Hari ni dah masuk hari kedua dalam bulan Julai. Bila lagi nak buat keputusan tentang menda bedebah tu? Sudah-sudahlah buat kerja tipu rakyat

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
1. Satu Malaysia kini sedang menunggu keputusan tentang PPSMI ini, mungkinkah kepulangan pemimpin Johor (yang duduk kerusi no. 2 kini) dari Paris akan secara segera dan penuh tanggungjawab memaklumkan perkhabaran ini (sama ada positif @ negatif @ separuh positif separuh negatif)?

2. Satu Malaysia kini tertanya-tanya ke mana perginya "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang", apakah telah 'hilang dalam malang'?

3. Satu Malaysia ketahui bahawa ketika pemimpin sebelum ini heboh pasal 'kad kemajuan YB' tapi kini pula timbul 'KPI'?

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Sebelum ke Paris, katanya mahu dipakejkan PPSMI ini. Bunyi macam tak mahu mansuhkan tuh! Nizam, kata Nazmi 1-14, masih lagi awal Julai.., :)

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamu'alaikum,
Ada benarnya isi kandungan catatan saudara ini. Saya sendiri turut merasai kekalutannya di tempat saya menjejak ilmu kesusasteraan.

waallahu'alam

juilis69 said...

Tulisan sdra tepat dan berwasit. Saya harap pengumuman perihal PPSMI esok (kalau jadi) memberikan ruang dan peluang kepada semua rakyat untuk memperkasa bahasa Melayu.

Sama -sama kita tunggu dan teruskan perjuangan saudara.