Sunday, July 19, 2009
PELBAGAI CERITA DALAM 2 MINGGU
Di Universitas Negeri Jakarta sebagai pemakalah membicarakan karya Malim Ghozali PK. Seusai acara 'hilang' membawa diri di rantau orang.
Sepanjang dua minggu ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti kecil. 11 Julai saya diundang ke program bualbicara Perpektif yang dikendalikan oleh Syed Faradino. Bersama saya Prof Rahman Shaari, Puan Izzah Aziz dari DBP dan Naffi Mat dari UPM. Tajuknya Pembelajaran Sastera di Sekolah. Tentunya saya mengatakan bahawa pembelajaran sastera di sekolah sekarang ini adalah silap dan membosankan. Murid2 sepatutnya dibawa untuk mendengar cerita dan berseronok dengan cerita tetapi sebaliknya dipaksa-bebankan untuk menghafal segala teori dan struktur apa itu plot, latar, tema, watak, personifikasi, metafora yang membosankan. akhirnya sastera menjadi elit, payah dan membosankan.
12 julai pula menjadi tamu Radio 24 rancangan profil kelolaan Tuan Asmawi. Hanya bualan biasa tentang penglibatan dalam sastera. Tetapi yang menariknya saya dapat bertemu Tuan Asmawi yang ramah dan mesra. 15 julai masuk pula rancangan nada puisi siaran 180 RTM di Astro. Pengarahnya kebetulan temannya Pok Ku. Bercakaplah pula saya tentang puisi. Saya tak sedia apa-apa skrip sepertimana mana-mana bualan sebelum ini. Apa yang ditanya, saya jawab. Kalau dahulu saya tentunya menggigil dan kosong kepala apabila berdepan dengan situasi bual di hadapan khalayak, tetapi sekarang bak kata Saleeh Rahamad 'pantang diberi mikrofon'. Kalau tak dihenti, tak berhentilah saya bercakap. Saya malas bercakap, tapi kalau bercakap susah nak berhenti.
Sebelumnya, sempat menyaksikan Intan Yang Tercanai karya Noordin Hassan. Bermacam pandangan diberikan oleh kawan2. Saya duduk di sebelah Faisal Tehrani malam tu. Keluar pula asap kemenyan berkepul2 di bangku kayu sebelah saya, pening dan sesak dibuatnya. Saya kata kepada Faisal, 'apa keja si wahab ni buat asap kat sini.' Banyak pemikiran dan tafsiran dalam teater ini, tapi pengarahannya tak cukup 'ruang' untuk membawanya ke pentas.
16 julai saya bersama Rahimidin dan Hanafi Ibrahim bertolak pula ke Kuantan Pahang untuk menjadi juri deklamasi puisi dan syair. Saya pada mulanya sudah mahu menolak, tetapi Rahimidin telefon, "sheikh kalu ada jab kebudayaan telefon, jangan tolak." Nak kata, cakap Rahimidin macam 'fatwa' tak adala sampai ke situ, tapi kalu Rahimidin dah kata terima, saya henjut sajalah. Tapi sebenarnya saya juga pernah terlibat untuk menukar format sayembara puisi yang digunakan sebelum ini. Cara dan gaya baca yang sangat beku (rigid) dengan nada yang sama monotanaus dari zaman dulu sehingga kini seolah-olah itulah satu-satunya cara dan nada untuk baca puisi kebangsaan, sangat saya tentang. Saya telah banyak menyaksikan acara baca puisi di luar negara. Banyak perkara yang perlu diubah dalam format sayembara puisi ini.
Baiknya, apabila saya meneliti skema pemarkahan - beberapa cadangan yang saya dan beberapa teman cadangkan dalam mesyuarat beberapa tahun lepas, ketika JKKN mahu mengambilalih penganjuran ini dari GAPENA dilihat telah diambilkira. Begitu juga kewujudan pertandingan syair yang pernah saya suarakan secara lisan kepada pegawai yang terbabit, kini telah dilaksanakan. Saya tahu apa yang hendak dipilih dalam pertandingan puisi dan syair mengikut apa yang pernah saya suarakan dalam mesyuarat untuk mengkaji semula format sayembara. Selebihnya adalah kepakaran Rahimidin dan Hanafi yang arif tentang penguasaan teks, nada serta bentuk sajak dan syair. Keputusannya tentu tidak memuaskan hati semua orang dan memang tidak dijangka sama sekali. Ini adalah kerana kami juga berusaha untuk membawa 'bentuk baru' yang keluar daripada kerangka aliran lama. Malamnya kami dijamu olah teman-teman di Pahang dengan ikan bakar di Tanjung Lumpur.
Dalam ke sana ke sini, keluar berita Jakarta dibom, tragedi Teoh Beng Hock dan MU di Bukit Jalil. Politik terus kotor, dan di mana-mana pun ada politik ini. Di bangunan televisyen, di bangunan radio, di sayembara puisi, dalam dunia sastera, dalam teater, dunia sukan bahkan kedai-kedai makan di tepi jalan dan tepi sungai. Saya mengambil kesimpulan bahawa manusia tidak akan bebas daripada politik kerana manusia itu sendiri adalah haiwan politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Walaupun tak berpeluang duduk bersembang lama, namun sesaat itu telah membawa seribu makna, seminit itu telah mengirimkan khabar setia...
Tuan,
Dalam kesibukan itu jangan lupa kunjungan @ program di Gunung Ledang pada 31 Julai - 2 Ogos nanti anjuran bersama PTNJ, DBPWS dan PPJ. Nama tuan, Shamsudin dan Rahimidin telah dimasukkan awal oleh pihak PPJ, jangan lupa ya!
gambar atas tu sebagai bukti bahawa pemergiannya ke Jakarta tidaklah sia-sia atau hanya petualangan kosong tetapi penuh misi. haa sapa tak percaya lagi tentang kmurnian kembara tuan yang satu ini. samalah dengan petualangan ogos nanti... pintu masih terbuka untuk sesiapa turut serta ke bandung. tapi tunggulah sikti hari lagi mata wang rupiah akan turun lagi. jangan tukar buat masa ni, masih tinggi.
Teo, nanti kita jumpa lagi...
Sdr Rusdi, sudah dimasukkan ke dalam diari awal2. Hampir tak pergi sebab dulu nak ambil tiket murah ke Saigon (pergi dengan bini bang, jangan buat andaian...) tapi tak jadi. Jumpa di Gunung Ledang (harap2 dapat b'temu puteri gunung ledang).
Pak Solleh, sememangnya 'mereka-mereka' (ayat orang politik) suka buat andaian. Semua perjalanan kita penuh misi (terminum air ketika menyelam tu nak buat macamana, accident bukan niat pun) dan membina hubungan baik seantero dunia.
*Pengumuman: Sesiapa yang nak tahu tukaran wang rupiah boleh hubungi Mr Saleeh (u know his number)
Tuan,
Apa-apapun 'haiwan politik' tu pernah dijelaskan oleh Paul Wolfowitz dalam bukunya "Great Achievements". Katanya, kekuasaan dan takut kpd kekalahan menjadikan manusia seakan-akan binatang; akal adalah perhiasan yang tak boleh diguna pakai.
Hai, sejak bila Tuan Guru Saleeh buka kedai money changer? Kayo.... kayo... kayo... Pak cik kayo!
tentang catatan sayembara puisi kebangsaan - masalahnya sama dimana-mana..manusia lebih senang mengikut arus dan kebiasaan. sebarang bentuk perubahan akan dipertikai dan di'sinis'kan.. demikian juga yg berlaku pada deklamasi di negara kita. maka stereotaip jadinya...
Post a Comment