Tuesday, October 6, 2009

TUBUH DAN SUKMA

Tadi (malam) saya kebetulan pergi makan char keuw teuw di luar. Maka tertayanglah perlawanan bolasepak Malaysia lawan Laos. Saya pun lihatlah dengan penuh semangat. Sehingga 60 min perlawanan masih seri 0-0. Malaysia serang hebat juga. Tapi masuk minit 70, Malaysia seperti kata novel shit Shahnon Ahmad mula main macam p...... Lembik, penakut, tak ada semangat dan patah hati. Saya tunggu Laos sumbat gol untuk angkat kaki. Bila Laos sumbat gol pada minit ke 80 lebih kurang saya pun angkat kaki. Lawannya Laos bukannya lawan Brazil atau Jerman. Laos dari segi kemudahan sukan 10 kali lebih mundur dari kemudahan bola sepak Malaysia. Tetapi pasukan bola sepak Malaysia yang penuh glamor di majalah mandi kolam renang dengan artis, pergi disko, dapat beribu-ribu sebulan main macam orang hisap dadah. Hanyut, khayal. Saya betul2 meluat dengan pasukan bola sepak Malaysia. Saya cukup patriotik untuk menyokong semua pasukan Malaysia. Tetapi patriotik saya patah dengan pasukan bola sepak Malaysia. Saya melihat pasukan yang berjiwa kerdil dan cepat mengalah di situ.

Apa yang dilihat daripada permainan pasukan bola sepak Malaysia ialah mereka bermain dengan tubuh berisi jiwa yang kosong. Saiz tubuh badan sebenarnya bukan pertimbangan kejayaan. Korea telah membuktikannya. Dari dahulu lagi, Pele, Maradona, Roberto Baggio, dan ramai lagi bukannya besar, sama saiz sahaja dengan pemain Malaysia.

Pertama, tubuh yang cergas akan menjadi kenderaan kepada kejayaan. Kedua, sukma yang kuat akan menentukan tubuh bergerak ke arah kejayaan. Di sini dapat dilihat pemain-pemain Malaysia alias orang-orang Melayu itu mempunyai sukma yang lemah. Jiwa mereka lembik dan cepat mengalah. Tidak mampu berjuang dan menerima tekanan. Semangat mereka lalang, goyah hatta ditiup angin yang paling perlahan. Maka tubuh si Melayu itu kebanyakannya berisi sukma yang kosong.

Sukma, selain pancaindera, imaginasi-kreativiti, daya ingat, daya gerak mempunyai satu unsur yang paling penting iaitu intelegensia. Intelegensia menentukan pembentukan sukma. intelegensia yang tinggi akan membentuk sukma yang tinggi dan kuat. Ia melahirkan semangat, kreativiti yang tinggi, imaginasi yang unik serta daya-daya yang bertenaga. Sebaliknya intelegensia yang lemah hanya melahirkan jiwa kerdil, putus asa, lembik, mengalah, dan tiada ketetapan pendirian.

Suasana budaya menentukan tahap intelegensia masyarakat. Masyarakat Melayu secara umumnya mempunyai intelegensia yang rendah berdasarkan budaya hidup mereka yang sukakan hiburan, tidak membaca, bermentaliti subsidi, sukakan suasana yang tidak memerlukan mereka berfikir serta tidak suka mengambil risiko dan menerima cabaran. Orang Melayu daripada pandangan bangsa lain disifatkan lemah dari segi genetik. Saya tidak dapat menerima faham eugenik dan darwinisme sosial ini. Tetapi Ungku Aziz juga pernah menyebut tentang pemakanan orang Melayu. Maka sedikit sebanyak kesan biologi ini memainkan peranan juga. Tetapi bagi saya, faktor paling besar ialah sikap (bukan sifat) orang Melayu dalam membentuk suasana persekitaran mereka. Diringkaskan kata, jika filem Jin Notti dan Momok the Movie mengutip sehingga jutaan ringgit dalam masa beberapa hari, tahulah kita di mana benchmark tahap pemikiran orang Melayu. Begitu juga bahan bacaan orang Melayu, majalah artis, novel picisan, tabloid sensasi dan sensual, dan komik manga. Bukti lagi? Jom Heboh....

Maka tidak hairanlah mengapa pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi kebanyakannya pemain Melayu itu leweh dan lembik. Sukma mereka rendah, kerana mereka dibentuk oleh persekitaran yang rendah tahap intelegensianya. Cintakan suasana berilmu tidak menjadi budaya orang Melayu.

Teringat iklan kempen Mari Membaca. anaknya di belakang membaca komik Ben 10. Kempen Mari Membaca ternyata tidak difahami oleh penganjurnya sendiri.

7 comments:

lutfi said...

Tapi Char Koteow memang sedap.

saleeh rahamad said...

sukma rindu...sukma kangen....

dah macam gus dur pulak.. boleh cakap semua bidang. gus dur pernah jadi pengulas bola sepak dan dia tertidur semasa menonton, apabila terjaga terus dia mampu bercakap tentang perlawanan yang tidak ditonton sebentar tadi. hebat gus dur tu.
tapi bak kata Azran terpedaya juga gus dur kerana silap sangka lalu berkata: kok kenapa bulunya di dalam?
dan dijawab orang itu: itu ketiak pak!

S.M. Zakir said...

waduh gamat itu gus dur.

sebut char keow teow elok2 lut, jangan disambung hujung tu, lain maknanya.

Bukan nak tengok pun, tengah makan tertengok. Harimau muda, nasib seri 1-1. Tapi nak kira boleh menang. Letih la tengok bolasepak Malaysia. Tunggu world cup ja la bau betul2 tengok bola. tapi kebanyakannya bola yang tengok kita, tertido depan tv.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Jangan lupa bahawa bola sepak Malaysia memang gagah, utuh dan perkasa... itulah kebenarannya pabila dikaitkan dengan CAKAP BESAR, ANGKUH, BODOH SOMBONG DAN RIAK - itulah hakikatnya bola sepak 1 Malaysia ini...! Hahaha...

edolah said...

malaysia..bukan pasukan bola sahaja! tapi rata-rata semuanya ...termasuk para gerombolan yang sedang menipu rakyat demi mencapai keserakahan siasah mereka !

sayuti said...

salam.

tulisan esei, "Mitos dan Agama dalam Bilangan Fu dan Bedar Sukma Bisu" dalam mjlh mana??adakah dlm mjlh millenia muslim??

atau di surat khbar mana??

dan keluaran bila?

Nimoiz T.Y said...

Tak Amaarika lah tengok Malaysia main. Hahahaha