Salam aidil fitri. Mohon ampun maaf zahir dan batin.
Saya kembali setelah meninggalkan blog ini hampir dua bulan. Bulan puasa membuatkan saya kurang membuka blog, berpuasa dan tidak mahu mengguris dan terguris dengan tulisan dan penulisan. Keduanya, saya menumpukan banyak masa untuk menulis karya dan tulisan. Ya, memang ketika usia saya menjangkau 40 tahun awal tahun ini. Saya terfikir tentang berapa banyak karya yang saya ada. Saya merasakan saya banyak membuang masa. Ketika saya mula-mula menulis dahulu, semangat saya cukup tinggi. Dalam tahun2 awal saya menghasilkan sebuah buku setahun. Maka itu saya bercita-cita untuk menghasilkan setiap tahun sebuah buku. Tetapi selepas itu ia pudar kerana banyak perkara, sibuk, beralih tumpuan, ceburi dunia perniagaan, bercinta, kahwin, besarkan anak, semua alasan klise zaman berzaman. Tetapi sebab sebenarnya ialah malas dan tiada komitmen.
Maka ketika saya tersedar bahawa usia saya sudah 40 tahun dan hanya ada beberapa buah karya. Saya memikirkan untuk menebus kembali masa yang terbuang. Saya menulis dari tahun 1990 dan tahun hadapan 2010 sudah 20 tahun usia penulisan saya. Saya sepatutnya sudah ada 20 buah buku. Jika tolak 8 buah buku yang telah saya hasilkan maka saya perlu hasilkan lagi 12 buah buku untuk menyambut tahun 2010 ini.
Itulah yang saya lakukan sekarang. Sehingga hari ini saya telah siapkan 5 buah manuskrip yang dikumpulkan dari cerpen dan esei saya. 3 daripadanya telah dihantar ke penerbitan dan 2 lagi saya bercadang untuk terbitkan sendiri. Ada 3 buah lagi manuskrip sedang saya susun, iaitu kumpulan esei pelbagai bidang, sastera, filem, teater, budaya, bahasa, dan politik. Sebuah novel yang siap ditulis sedang saya perbaiki balik. Sebuah kumpulan puisi terbaru sedang diaturhuruf. Jadi saya telah ada 10 buah karya yang siap terbit selewatnya tahun 2010. Tinggal 2 buah buku lagi untuk menebus masa saya yang terbuang. Tetapi sehingga hari ini, saya merasakan bahawa saya akan menerbitkan melebihi 12 buah itu sehingga tahun 2010 ini. Percaya atau tidak?
Saya juga tidak percaya.
Thursday, October 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jangan terbit sekali gus. terbit tiap tahun barulah nampak perkembangan. dan nilai buku baru sentiasa lebih tinggi kepada penjual.
terbit sekaligus dulu. lepas tu terus terbit tiap-tiap tahun, tinggi cita-cita he he.
ada kaitan dengan strategi dagang bos, jual 1-2 judul pengedar dan kedai buku tak mahu. kurang2 10 judul baru boleh jalan dengan pengedar dan kedai buku.
terbit sendiri, sebenarnya persediaan untuk mulakan portal buku online saya. ala-ala amazon.com, tapi pakai teknologi POD, tak pakai banyak modal untuk terbit buku, nantila tak siap lagi susah mau cerita.
Post a Comment