Thursday, August 20, 2009
LTTC-INTERNATIONAL CONFERENCE
Bergaya dengan Saleeh Rahamad di Seminar. Tapi sebenarnya tengah melayang merangka ucapan sebagai wakil PENA.
Pembentang-pembantang dari AS dan UK sama saja standardnya dari segi isi dan kapasiti intelektual mereka dengan sarjana-sarjana kita di Malaysia. Bezanya mereka membentang dalam bahasa Inggeris dan datang dari universiti di Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi janganlah merasa rendah diri dan memandang tinggi sangat sarjana Barat ini. Adalah segelintir yang taraf 'superintelectual', tapi kebanyakannya setaraf sahaja dengan sarjana kita di Malaysia. Malah ada satu dua orang sarjana Eropah ini merapu saja. Sifat memandang rendah dan myopic terhadap selain Barat memperlihatkan kecetekan pengetahuan mereka tentang dunia luar. Seorang pembentang di seminar ini bertanya soalan bodoh siapa yang menggunakan internet di dewan ini. Semua orang di sini menggunakan internet setiap hari. Masih tertanam dalam kepala otaknya bahawa penduduk Asia ini belum maju dan tahu menggunakan internet lagi. Maka apa yang dibicarakannya hanyalah kuliah untuk kelas komputer di sekolah.
Kita kalah dalam perang psikologi Barat sehingga sentiasa menyangka penutur bahasa Inggeris mempunyai kapasiti inteletual yang tinggi. Pada hakikat sebenarnya penutur bahasa Melayu atau bahasa ibunda mempunyai kapasiti intelektual kadang-kadang jauh lebih tinggi daripada sarjana Eropah pun. Seminar antarabangsa ini banyak memperlihatkan realiti propaganda 'white men burden' kepada saya. Tetapi dari dulu pun saya tidak pernah terlalu kagum kepada Mat Salleh. Sebab zaman remaja saya di Pulau Pinang banyak menemukan saya dengan Mat-Mat Salleh bodoh. Jadi tidaklah hairan sangat saya dengan produk luar khususnya dari Barat ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
salam..
bak kata upin& ipin..
yang dianggap tidaksehebat hollywood 2...
"betul.!betul.!betul.!"
tuan,
jom jom kita selamatkan kelab bahasa melayu tu.
mat saleeh tu asal chemor, bukan arizona atau salford...
tu la kawan2 takut beo nak pergi hatyai tu. kita kena kembangkan bahasaMelayu dan nama malaysia di sana, barulah Pena bertaraf antarabangsa. tapi kalau nanti orang nak kondem pena asyik cari melayu luar negara saya tak campur. tanya tan sri zakir. saya ikut je. selamatkan keadaan
tapi "adeek" kat sana (hatyai) pandai cakap Melayu...menggoda pulak lagi!
anak aku yg tak tau bahasa inggeris pun pandai guna internet & melayari web bahasa inggeris.
Kawan tak pernah tengok tuan sesegak ini.
Semak demo berdua. Skala pakai baju t-shirt
salam zack, (hehehe)
saya (aku) setuju apabila tuan mengatakan sesetegah sarjana UK dan AS konon saja hebat tapi biasa saja. dan setuju sangat juga jika tuan mengatakan sesetengah sarjana malaysia pun begitu (tidak termasuk dua jejaka dalam gambar di atas. hehe)
pandangan terhadap barat selalunya baik-baik saja. bahasa mereka pun kita ingin guna untuk ajar math dan sains.
Post a Comment