31 Julai hingga 2 Ogos, saya, Shamsudin dan Rahimidin menyertai Amiruddin di program PPJ bersama DBP Wilayah Selatan dan Perbadanan Taman Negara Johor. Setibanya di Resort di kaki Gunung Ledang, ahli-ahli PPJ telah ada. Kami menyertai mereka dan berkenalan dengan Encik Aziz, pegawai Perbadanan yang bertanggungjawab ke atas program ini.
Resort yang indah. Merendam kaki di anak sungai yang mengalir air gunung sambil anak-anak ikan kelah menggigit kaki. Spa ikan di KL RM40 sejam. Di sini rendam lah berapa lama, percuma saja. Air gunungnya pula sejuk dan menyegarkan. Banyak khasiatnya.
Besok Sabtu, kami dibawa dengan trak dan pacuan empat roda ke puncak Gunung Ledang. kemudian berhenti di bangunan Telekom sebelum mendaki ke puncak kira-kira 20 minit. Puncak Gunung Ledang berkabus, jadi kami tidak dapat melihat apa-apa. Dalam perjalanan turun, Shamsuddin membawa saya melihat batu bersurat di atas Gunung Ledang. Ada tulisan jawi tua yang tidak dapat dibaca. Kata Persatuan Sejarah Johor, ia cuma vandalisme. Tapi kepercayaan (mitosnya) ia adalah batu bersurat yang ada sejak zaman empayar Melaka. Saya tidak ingin menjustifikasikannya. Tapi banyak mitos di Gunung Ledang ini. Kena tanya Shamsudin Othman, kerana dia orang Tangkak penduduk asal kawasan Gunung Ledang ini.
Malam ada baca puisi. Hebat dan indah puisi-puisi penulis Johor. saya fikir pihak perbadanan mengambil langkah yang positif dalam mempromosikan taman negaranya melalui program penulisan puisi yang mengangkat keindahan, sejarah dan mitos yang ada di taman-taman negaranya. Puisi-puisi yang dibukukan elok disebarkan kepada orang ramai. Ramai yang sebenarnya tidak tahu tentang kawasan pelancongan alam yang indah di taman-taman negara ini.
Mungkin banyak perkara telah ditulis oleh kawan-kawan. Jadi saya pulang membawa dua kenangan, pertama spa ikan dengan anak-anak kelah yang jinak. Dua, pokok-pokok herba yang mempunyai khasiat bermacam-macam dan nama bermacam-macam. Satu daripadanya Derhaka Mertua. kenapa diberi nama sedemikian, sila tanya Rahimidin Zahari.
Sayang, gambar-gambar yang saya ambil melalui telefon bimbit tak pandai untuk saya pindahkan ke komputer.
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Kena kerap ke sana untuk spa kaki. Gunung Ledang, jika dilihat dari jauh memang cantik. Cubalah mendaki pula. Mana tahu dapat ilham buat cerpen..he he..
Ehem, jangan lupa janji..
Waduh,
tuan syeikh. Marilah kita buat teater baru. ada pelakon rami nih!
dah jumpa pelakon untuk teater di Bandung. Tapi Abe Leeh dah bagi veto dio nak jadi hero. Tue aji kito tengah tulung Dewi Sinta dari Bandung tu buat paspot. Ambo tak tau nak dok mana sheikh, jadi hero tak leh doh, nak jadi pa artis tue aji ambik doh. jadi pengarah, masalahnya kito nak latih heroin soghe-soghe, hero awal2 doh sampai.
Tuan, sene jah nak pindah gambar dari talipon ke komputer.. emelkan saja dong..
Tuan,
Terima kasih bersama dalam pendakian yang banyak kenangan itu. Pelibatan tuan cukup memberikan kesan dalam program ini.
Namun sayangnya tuan bersama Shamsudin dan Rahimidin tidak dapat bersama untuk kembara ke Pulau Pisang pada 9 Ogos.
Foto-foto tuan di GL dalam rakaman kamera rasmi DBPWS dan tidak rasmi ada tersimpan dalam tangan saya, mungkin sedikit masa lagi akan dipilih-pilih lalu dikirimkan melalui e-mel. Insyaallah.
terima kasih banyak222 kepada sdr Rusdi yang sudi membawa kami ke dalam program-program di Selatan tanah air. Saya memang amat berhajat untuk ke Pulau Pisang tapi apakan daya. mungkin lain kali saya akan menyertainya. Tentu sudah ada cerita yang menarik di Pulau Pisang.
Kalau gambar di hp byk, jenuh kena caj jika diemelkan. Bluetoothkan aje, kan mudah. Kalau desktop tiada bluetooth, belilah, murah aje.
Post a Comment