Thursday, October 15, 2009
TUBUH LONGLAI SUKMA MELAYANG
Tuan Haji Shamsudin baru pulang Bandung, saya yang iri tak dapat pergi terus jawab bila Rahimidin telefon tanya 'bila balik bandung?', bukan ana sheikh tuan aji kita. Sekarang ni tuan aji pergi bandung sorang-sorang saja, tak ajak kawan dah. Heh heh rahimidin ketawa, dan seperti biasa memberi tugas lagi kepada saya untuk menulis. Tentunya saya yang tak ada kerja ni akan menulisnya heh heh saya pula yang ketawa.
Sebenarnya saya baru habis menulis artikel kajian perbandingan novel Bilangan Fu karya Ayu Utami dengan novel Bedar Sukma Bisu Faisal Tehrani. Tidak tahu betapa leganya kepala saya dapat menghabiskan tulisan. Itupun kes janji dengan editor dan sikap sambar saja apa orang suruh buat tanpa apa-apa gerakan di otak untuk memikirkannya. Masa buat janji selalu fikir dengan kepala lutut saja. Ditambah dengan promosi di blog kononnya bagus sangat dapat buku itu dan ini untuk tulis artikel ini maka saya pun bertapa lah untuk menyiapkannya.
Rupanya bila dah bertapa dan menulis artikel tu hampir boleh saya kembangkan menjadi sebuah buku. Ini en saleeh marah, tulis panjang-panjang boleh suruh belajar malas. maaf, saya memang malas dan tak ada kelayakan untuk jadi orang akademik. jadi pandemik mungkin boleh. Pandemik yang bawa sindrom bandung keh keh. Tapi tubuh saya memang longlai dan sukma saya melayang untuk menyiapkan tulisan yang berat ini (saya lah rasa berat, orang lain biasa saja).
Jadi nak tunjuk bahawa saya benar2 dah siap tulis, maka saya cuplik sikit di sini, (sebelum itu saya dah minta maaf kepada Shamsudin, Rahimidin dan Lutfi kerana 'cinta' saya kepada Ayu Utami ini heh heh);
Hubungan antara hukum bilangan 12 dengan doktrin penolakan terhadap monotheisme, dikaitkan dengan angka selepas 12 iaitu 13. Angka 13 dalam kalendar Jawa kuno merupakan penutup kepada siklus 12. Tiga belas adalah kosong di mana sesuatu menjadi satu kembali. Di sini Suhubudi menamainya ’hu’. ’Hu’ bagi Yuda juga adalah ’fu’, iaitu bilangan sunyi. Nol atau kosong adalah konsep purba yang dikenali di India sebagai tanda sunya, dalam bahasa sanskrit adalah sunyat, sunyata iaitu sunyi, kosong, tiada. Tanda shunya adalah tanda kekosongan. Inti doktrin kosong yang disebut sebagai doktrin bilangan fu atau hu, atau bilangan ketiga belas setelah tamatnya kitaran bilangan 12 bermakna sesuatu itu telah kembali kepada asalnya kembali. Fu atau hu adalah di mana satu dan nol (kosong) menjadi padu. Ia bukan bilangan matematis tetapi metaforis. Ia bukan bilangan rasional tetapi spritual. Sedangkan bilangan satu yang mewakili monotheisme di mana Tuhan adalah satu dianggap sebagai bilangan yang berisi paksaan atau bernuansa koersif. Satu ditambah satu, satu (1+1=1). Satu didarab satu, satu (1x1=1). Maka monotheisme (diwakili antagonis Farisi @ Kupukupu) dikatakan beriman dengan cara sistem yang disanggah oleh konsep Hu. Dalam konsep Hu, monotheisme berasas bilangan satu dikatakan mengacaukan yang metaforis dengan yang matematik, yang spiritual dengan yang rasional. Jika tuhan adalah satu, maka tidak boleh menyembah tuhan yang lain, bahkan memberi penghormatan kepada bumi dengan cara lain juga tidak boleh. Penyembahan dan penghormatan hanya kepada langit. Ia akhirnya dikatakan tidak mampu berkompromi, berbaik dengan yang lain, dan sering memaksakan kekuasaan. Berbeza dengan hukum kosong, yang merupakan jeda untuk mengembalikan keharmonian, berbaik-baik, dan sering mempercayai dialog dan pluralisme. Maka dikatakan bahawa bilangan nol (kosong) itu lebih awal dari bilangan satu. Dan tuhan bagi bilangan nol wujud lebih awal daripada tuhan bagi bilangan satu. Bilangan nol mempunyai tuhan yang bersifat harmonis, sementara bilangan satu mempunyai tuhan yang bersifat koersif. Di sini doktrin penolakan terhadap agama atau monotheisme dikembangkan.
Ini pula tentang perbandingan dalam Bedar Sukma Bisu.
Malakah ialah suatu kekuatan yang amat bermakna dalam pembangunan intelektual, rohani, moral dan keperibadian insan. Maka malakah itulah yang ditanamkan oleh Ben Qurtubi kepada ’ahli keluarganya’ (dalam konteks ummah ahli keluarga juga adalah umat Islam seluruhnya) supaya mereka memiliki keahlian, kemahiran atau kepakaran dalam satu-satu ilmu pengetahuan yang dikuasai secara dasarnya, sehingga setiap masalah yang timbul dalam lingkungan ilmu tersebut kelak, sudah menjadi biasa dan mudah buat mereka, justeru untuk mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan tersebut juga bukanlah suatu masalah.
Konsep kapal atau perahu juga mempunyai lambang yang khusus dalam ilmu tasawuf. Hamzah Fansuri menggunakan alegori perahu dalam menyampaikan pengajaran dari buku tasawwuf Zinat al-Wahidin, iaitu peringkat perjalanan tasawwuf bagi orang awam yang melalui empat peringkat iaitu syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Keempat-empat peringkat ini akan membawa insan kepada Islam, ihsan dan iman yang utuh. Hamzah Fansuri meletakkan keempat prinsip utuh Islam ini sebagai sebuah perahu yang jika utuh binaannya akan dapat mengharungi lautan dan melepasi segala rintangan – seterusnya membina Islam yang gemilang. Hamzah Fansuri mengibaratkan binaan perahu iaitu lunas perahu adalah syariat; papan perahu adalah tarekat; isi perahu adalah hakikat; dan layar perahu adalah makrifat. Maka konsep Bedar Sukma tentang kapal yang mengharungi lautan dan melestarikan nilai-nilai Islam dalam memperkasakan ketamadunan Islam menepati konsep perahu dalam aliran tasawwuf yang dibina oleh syariat, tarekat, hakikat dan makrifat dalam mengutuhkan prinsip Islam yang syumul. Kekuatan Islam yang dibina oleh empat prinsip asas tersebut akan melahirkan malakah yang mampu mengharungi cabaran untuk memperjuangkan tamadun Islam walau di mana-mana pun di muka bumi ini.
Cukuplah nanti tak tersiar pula artikel ni dalam jurnal, ditolak sebab dah disiarkan di tempat lain. miss pulala sorru, nak bayar hutang kawan ambil tiket pergi bandung duit hono ni bang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Pak syeikh,
Semalam petang saya separuh hari bersama-sama Rahimidin Zahari. Kami berkisah pasal rindu yang hampir tiga minggu tak bersua. Kami ke Balai Seni Lukis sambil merenung nasib dan mengumpat rakan-rakan sastera. Saya turut mencucuk jarum domba, "minggu depan pak Zakir ke Bandung; tentu dia akan cari Ayu Utami sb dia puji gila si Ayu tu dalam artikal terbaharunya. Silap-silap kena tinggallah pak Saleeh di bandung. Dia tentu sampai Jakarta dlm diam-diam."
Hehehe, kami ketawa sambil mengira-kira duit untuk membeli lukisan AB Ibrahim dan Mohd Rafie yang bernilai puluhan ribu tu.
Ingat pak, usah ditinggal itu Pak Saleeh, nanti bisa gawat.....
pak saleeh mau bentang paper, mau apa sih saya ke dewan seminar, bikin tido saja, baik meronda silap2 sampai jakarta he he. lepas rindu dengan rahimidin ada macam cerita filem Raja Azmi '... dalam botol' tak?
bukan puji pak, justifikasi dan verifikasi. ini mesti kes tak baca habis artikel tu. ala kalu puji sekali sekala apa salahnya, rahimidin pun bukan main dengan adibah al-khalkey berkalung sorbannya keh keh
slm pak zakir..
jgn lupa bg tau jurnalnya ekk..
sdr sayuti, insyaallah jika sudah terbit...
Syeikh, kisah dengan Abidah el-Khaliqy kisah sahabat yang tulis ikhlas. Ngak ada selengkohnya, pak!
bener pak, orang sufi kata isyk. orang sekular kata cinta platonik. tapi orang liberal kata tak dak cinta macam tu dah, yang ada cinta pluralis, semua boleh keh keh
Post a Comment