Friday, January 9, 2009

TAHUN BARU 2009


Berbasikal di Pelabuhan Sunda Kelapa, Kota Tua Jakarta

Memasuki tahun baru 2009. Saya tidak ada apa-apa azam baru yang khusus. Cuma meneruskan kerja-kerja lama yang tidak siap-siap. Kumpulkan cerpen untuk jadikan buku sedang saya kumpulkan dan telah siap. Juga rencana yang berlambak, tunas cipta, rencana filem, rencana teater, rencana dan esei sastera. Dikira-kira paling tidak 5 buah buku sudah ada, belum masuk kolum politik dan budaya di Wasilah, Milenia, Dewan Budaya, Suara Baru. Bagus, ia tidak memberikan saya banyak masa untuk mengambil tahu hal orang lain. Dan saya pun tidak ada masa dan tidak mahu ada masa untuk menjaga hal yang tidak penting. Paling tidak masa saya lebih berharga untuk dibawa angin ke Jakarta, Bangkok, Phnom Penh, ah, saya bercadang untuk pergi ke Manila dan Laos tahun ini. Tempat lain di luar Asia Tenggara, belum mampu lagi. Tunggu lah tambang murah Air Asia.

Tahun ini saya mahu mengisi blog ini dengan tulisan santai. Dulu saya buat blog ini untuk mendokumentasikan tulisan-tulisan saya tentang politik dan filem. Tapi kerana saya sudah kumpulkan semuanya untuk dijadikan buku, jadi tahun 2009 saya hanya ingin menulis diari kehidupan yang adakala pikuk dan adakala sunyi.

2009 bermula dengan serangan zionis Yahudi ke atas Gaza. Dalam negeri PPSMI terus menjadi duri dalam daging apabila UMNO masih berjuang untuk menggunakan bahasa Inggeris. Banyak perjuangan yang perlu dilalui... salam tahun baru 2009 yang bersamaan dengan maal hijrah 1430.

5 comments:

roslan jomel said...

Santai-santai yang bagaimana, sifu?

Yang serius, berat, mengganggu dan kritikal, akhirnya dihimpunkan juga.

Tak sabar kami menunggu buku-buku yang bakal diterbitkan itu.

S.M. Zakir said...

sedang saya usahakan insyaAllah. Kumpulan cerpen saya "moluska" tajuknya sudah siap saya kumpulkan. mungkin dihantar untuk terbit di DBP. kalau DBP tolak saya terbitlah sendiri.

Santai, lebih kepada cerita ceriti sahajalah. tak tahulah santai bagi saya tapi kadang-kadang orang kata tak faham jugak. Mungkin saya jenis orang yang 'tak difahami' he he.

Sham al-Johori said...

Bapak SN hehehe,
santai-santai tu maknanya libur sendirian aja. Usah difikirkan banget pak. Nati payah mahu tunggang basikal lagi...
Udah, santai-santai tu lebih jujur dan ikhlas malah tak marah-marah... hehehehe.

Rahimidin Z said...

Kesian, wak tu bawa beban berat di belakangnya.

S.M. Zakir said...

Kalau tengok gambar wak gendong Pak Soleh lagi kesian.. ada gambar tu tapi kita tengok kat bucu je la heheh