Friday, January 30, 2009

BACA PUISI PALESTIN: DI BAWAH LANGIT GAZA

Yayasan Salam dan TV9 dengan kerjsama Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menganjurkan MALAM BACA PUISI DI BAWAH LANGIT GAZA bagi meluahkan simpati terhadap nasib yang menimpa umat Palestin di Gaza. Acara diadakan pada AHAD 1 FEBRUARI JAM 8.00 MALAM BERTEMPAT DI RUMAH PENA, JALAN DEWAN BAHASA, 50460 KUALA LUMPUR. Rumah PENA terletak bersebelahan Wisma MAA, di belakang restoran Tupai-tupai.

Antara artis dan selebiriti yang mengambil bahagian ialah Ramli Sarip, Kumpulan Sofaz, Nora, dua adik Siti Nurhaliza, Farah Adeeba, Aziz Desa dan Fimie. Turut membaca puisi ialah Ustazah Datuk Norbahyah Mahmud. Di kalangan penyair pembaca puisinya ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Khalid Salleh, Puzi Hadi, Dinsman, Sutung Umar RS, Rahimidin Zahari, Ahmad Shukri Abdullah, Raja Rajeswary Seetha Raman, Teo Win Sin, dan Khairunasriah Abd Salam.

Turut hadir membaca puisi ialah YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datuk Ahmad Talib dan beberapa orang kenamaan lain. PENA mengalu-alukan kedatangan semua bagi menjayakan malam puisi ini. Makanan dan minuman ringan disediakan.

2 comments:

HASMORA said...

salam kekanda,
wah kontrol hensem dalam tv3..hehe
bukan ke nak jadi penyair tahun ni?
cekak belakang tabir jah..hehe

S.M. Zakir said...

ha ha. tahun ni jadi penyair, tahun depan jadi pelakon kah kah