Tuesday, October 20, 2009

TAHNIAH ANWAR RIDHWAN




Ini kulit edisi kedua sebenarnya.
gambar asalnya putih dengan tulisan diemboss. jadi jika lihat dari jauh kulitnya semua putih kecuali nama S.M. Zakir (kononnya macam kulit band Metallica waktu itu, yang semua hitam)



Sekalung tahniah kepada Dato' Dr. Anwar Ridhwan yang dianugerahkan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada malam tadi 20 Oktober 2009 di Hotel Palace of the Golden Horses.

Saya mengenal karya Anwar Ridhwan sejak usia belasan tahun. Saya lebih memesrai cerpen-cerpen beliau berbanding novel dan drama. Anwar Ridhwan adalah penulis yang bagi saya, 'kemas dan bersih' karya-karyanya. Secara peribadi saya ikut terpengaruh dengan kekemasan karya beliau. Inilah identiti Anwar Ridhwan, karya-karyanya sangat kemas dan bersih sehingga satu ketika saya pernah menyuarakan kepada beliau (dalam satu wawancara) bahawa tulisan beliau terlalu kemas dan bersih untuk diangkat ke panggung teater. Anwar Ridhwan menjawab bahawa itulah dirinya. Saya akur dan akhirnya mengerti bahawa setiap seniman besar harus sentiasa menjadi dirinya sendiri, walau dalam apa keadaan pun.

Sehingga sekarang saya melihat Anwar Ridhwan yang tidak berubah, tekal dan teguh sebagai dirinya sendiri. Peribadi Anwar Ridhwan juga sangat menarik; pendiam, serius, kemas, rapi tetapi mesra dan merendah diri. Suatu ketika saya ingin mendapatkan tulisan beliau untuk kata pengantar kumpulan cerpen saya 'Sekuntum Kembang di Sayap Jibril'. Saya memilih dan menetapkan bahawa Anwar Ridhwan adalah tokoh yang harus menulis kata pengantarnya. Tidak dapat tidak mesti Anwar Ridhwan. Tetapi masa itu saya hanya penulis gelandangan. Bagaimana saya harus mendapatkan kata pengantar daripada seorang tokoh penulis yang juga menjawat jawatan tinggi sebagai pengarah penerbitan di DBP. Saya tidak pernah berbual dengan beliau sebelum ini.

Saya memberanikan diri untuk bertemu beliau di pejabat. Hairannya saya dibenarkan masuk tanpa temujanji, dan terus beliau menyanggupi untuk menuliskan kata pengantarnya. Saya terkedu. Bahkan ketika kata pengantar itu saya terima, ia adalah tulisan yang cukup serius dan bersungguh-sungguh. Saya menerbitkan kumpulan cerpen itu sendiri, dengan dana yang senak-senak. Saya juga tidak mampu untuk membayar honorarium pada Anwar Ridhwan yang telah bersungguh-sungguh menuliskan kata pengantar itu. Ia membuatkan saya terhutang budi yang amat besar sehingga ke hari ini. Saya ketika itu sesungguhnya tidak menjangka bahawa Anwar Ridhwan akan melakukan sesuatu yang begitu besar kepada saya pada waktu itu. Seorang tokoh penulis yang cukup saya kagumi.

Sehingga hari ini Sekuntum Kembang di Sayap Jibril sangat istimewa kepada saya, bukan kerana cerpen-cerpennya, bukan kerana memenangi Anugerah Sastera Kelantan tetapi kerana kata pengantarnya ditulis oleh Anwar Ridhwan!

10 comments:

benuasuluk said...

sheikh, 15 tahun lagi kalau gilir sheikh pula dinobat, pastikan pemidatonya lutfi, bukan mamak Maulana!

lutfi said...
This comment has been removed by the author.
lutfi said...

Cit, menyampah betui baca perenggan terakhir entri ni.

Wan, kalau aku jadi pemidatonya, he he, banyak benda luar teksss! Hoho.

S.M. Zakir said...

kawan-kawan penulis yang boleh baca teks pidato tentang peribadi kawe hanya sheikh rahimidin dan saiful saja, yang lain bahaya keluar cerita luar teks, terutama sekali amiruddin ali, lutfi, nazmi dan luqman. haji sham juga bahaya selalu terkeluar benda luar teks. Sheikh rahimidin sebab dia baca dalam bentuk mentera wayang kulit, terkeluar cerita luar teks pun orang tak faham.

mimpi-mimpi penulis saja ni bang, dikejut kat bini suruh pergi pasar ilanglah dia..

Rositah Ibrahim said...

Salam,
Tumpang tanya, agak-agak berapa kos nak terbitkan satu antologi puisi?

Saya suka kulit edidi pertama, lebih moden.

Akan datang gunalah painting pula sebagai kulit buku...

Unknown said...

Saya dah beli sajak2 petualang Manusia Mimpi, tadi. Belum uliti lagi.

S.M. Zakir said...

sdr Rositah, kos penerbitan bergantung pada tebal, jumlah cetak, bahan kertas. tapi sekarang boleh pakai digital printing, cetak berapa kita mampu. Ada RM-1000 dah boleh terbit buku (cetak 50 atau 100 naskhah).

Pantai bersih, berbanyak terima kasih kerana membeli buku sajak saya.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Tau tak pe? Tapi kalau Pak Dosen Saleeh jadi pemidatonya lagi baik sebab 'saling tak tumpah'; 'Sehidup semati; semalaysia seindonesia' di tanah air sendiri.
Lagi pun waktu tu, pak dosen tu dah jadi presiden PENA dan sudah menjadi manusia bergelar ahli falsafah.
Saya ni sedang membaca ketokohan pelukis kampung A.B.Ibrahim yang alami.
Begitulah Anwar Ridhwan yang kita kenali, dia sentiasa menjelma di dalam teks dan menghilang di dalam keriuhan. Dia lelaki bersih nurani dan dia sasterawan rijid berkata- kata.
Moga selepas ni, tuan pula menjadi lelaki yang licik memintal logos dan etos Melayu ketika bergelar SN.
Amin ya Rabilalamin.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Tertarik dengan kata-kata "umpama kulit album Metallica". Hebat tu tuan... Hehehe...

Luqman Hakim QA said...

eh! aku la pulak dibabitkan dalam pidato sasterawan. apa kes.