Sunday, February 28, 2010

PASCAMODEN KUTUKAN TERHADAP FALSAFAH DAN AGAMA







Pascamoden Kutukan terhadap Falsafah dan Agama merupakan buku kumpulan esei saya yang terbaru diterbitkan. Kumpulan esei ini menghimpunkan 12 buah esei, iaitu;
1. Pascamoden Kututan terhadap Falsafah dan Agama
2. Mencari Konsep Sastera Islam
3. Globalisasi, Konsep Bangsa Malaysia dan Realiti Melayu
4. Estetika Sufisme sebagai Model Estetika Sastera
5. Kesan Pemikiran dan Estetika Cerpen Penulis Muda Malaysia
6. Empat Jalur Sastera Melayu: Mencari Nilai Agung
7. Orientalisme, Weltliteratur, Gharb Zadegi dan Sastera Melayu
8. Konsep Keindahan Coincidentia Oppositorum
9. Sastera Harus Radikal
10. Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005
11. Mencari Ruang Ketiga
12. Penjajahan Masa Hadapan dan Ketidaksetaraan Barat-Bukan Barat

Pascamoden Kutukan terhadap Falsafah dan Agama merupakan himpunan 12 esei yang ditulis pada awal dekad abad ke-21. Esei-esei ini melihat fenomena penghujung abad atau fin de siecle yang menyangkuti persoalan pascamodenisme, pascakolonialisme dan paling menggoncangkan fenomena globalisasi. Tidak ketinggalan ia menyorot titik-titik pergerakan awal yang mencetuskan fenonema-fenomena ini seperti wacana orientalisme, positivisme, pencerahan, liberalisme dan dialektika rasionalisme. Dalam pada itu ia melihat pertembungan fenomena ini dengan wacana balas seperti oksidentalisme, ruang ketiga budaya dan kebangkitan wacana pemikiran Islam. 12 esei ini membicarakan secara serius persoalan-persoalan pemikiran yang mendasari fenomena yang mencetuskan gelombang baru abad ke-21 ini. Uniknya sorotan ini menggunakan gerbang pemikiran sastera dalam membuka lapisan-lapisan persoalannya. (kutipan dari blurb buku).

Kumpulan esei ini adalah perbitan pertama daripada projek pengumpulan dan penerbitan tulisan saya pada tahun 2010. Terdapat 10 buah buku kumpulan esei pelbagai bidang hasil tulisan saya selama 10 tahun yang akan diterbitkan pada tahun ini. Saya juga merancang untuk menerbitkan beberapa buah karya kreatif (dalam rancangan 10 buah) untuk tahun 2010 ini. Saya berharap semua proses berjalan lancar, dalam usaha mencapai sasaran penerbitan 20 buah karya pada tahun 2010 ini. Semua buku saya yang diterbitakn boleh dipesan melalui blog ini.

5 comments:

benuasuluk said...

First! sebagai menyokong kawan-kawan, saya booking kesemua 20 buah buku tuan.

S.M. Zakir said...

beres bila nak ambil, baru hidup penulis 'gerilla' macam saya ni he he.

saleeh rahamad said...

kehebatan ni sukar ditandingi orang lain. apa pun tahniah. nanti saya beli satu satu..tak mampu nak buat macam benua suluk.

S.M. Zakir said...

hasil minuman berkhasiat menambah tenaga pak...

roslan jomel said...

sabtu ni, tolong bawak buku tu, Tan Sri. nak tengok aje, beli belum tau. hahaha..