Thursday, February 19, 2009

PERTEMUAN DENGAN PENULIS-PENULIS THAILAND


Pertemuan penulis Thailand-Malaysia berlangsung dalam suasana yang penuh teratur dan harmoni

Pada 15-18 Februari 2009 telah berlangsung Seminar Sastera Thailand-Malaysia di Lee Gardens Hotel, Hadyai. Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Penulis nasional Thailand (Semakhom Nakjian Thai) dan Kementerian Kebudayaan Thailand. Seminar telah membawa pertemuan antara Semakhom dan PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia).

Ternyata pertemuan antara penulis Malaysia dan Thailand ini sungguh menarik dan memberikan banyak pendedahan kegiatan penulisan kedua-dua pihak. Penulis-penulis Thailand dan Malaysia pada hakikatnya hanya tinggal bersebelahan tetapi tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan ini membawa kepada perkenalan khususnya karya dan isi pemikiran masing-masing.

Lebih mengharukan pihak Thailand memberikan layanan yang begitu baik dan akrab kepada semua penulis Malaysia. Walaupun menghadapi masalah komunikasi dan terpaksa menggunakan khidmat penterjemah dalam setiap sesi tetapi persefahaman dan rasa persahabatan mula terjalin.

Hebatnya penulis dan orang Thailand tidak berhajat pun untuk menggunakan bahasa Inggeris tetapi lebih sanggup mencari khidmat penterjemah kerana mahu mendengar dan memperdengarkan keindahan bahasa masing-masing.

Tetapi di Malaysia, kalau mengikut sajak Khalid Salleh 'orang-orang Melayu dah jadi babi' kerana bangga dan gila dengan bahasa Inggeris. Mungkin yang jadi babi itu termasuk dengan menteri Melayunya sekali.

3 comments:

roslan jomel said...

Dari sebuah artikel tulisan Dr. Awang Azman Awang Pawi, menurut pengalamannya yang pernah melawat ke Thailand, dikhabarkan bahawa industri penterjemahan karya-karya asing sungguh rancak di Thailand (Saya rasa memori Saya tidak silap akan perkara ini), malah serancak negara Jepun dan Indonesia, sebagai contoh kecilnya.

Apakah benar sedemikian? Ini sesuatu yang perlu dicemburu oleh ITNM negara kita. Saya menyebut perkara itu dengan membawa maksud, menterjemahkan karya-karya berbahasa Melayu penulis-penulis tempatan ke bahasa asing dan begitu juga sebaliknya (ini juga sudah menjadi isu klise, seperti yang kita maklum di sini).

S.M. Zakir said...

Masalah kita di Malaysia apabila ilmu dilihat dalam bingkai kepentingan politik. Maka segala bentuk usaha untuk menyebarkan ilmu harus melepasi 'sensor' kepentingan politik. Politik di Malaysia tidak melihat kepentingan penterjemahan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kesannya ia mempengaruhi cara berfikir masyarakat dan kita ketinggalan jauh dari segi membentuk ilmu dalam bahasa kita sendiri. Siapa yang dapat menghukum kesialan menteri-menteri Melayu yang berkuasa ini?

Sham al-Johori said...

Aduh bapak, marah ke? Jangan marah nanti kena lelong? Wah, nampaknya dah pandai cakap babi dan sial. Belajar dengan siapa tu?

ii
Begitulah, soal terjemahan di negara ini ditentukan oleh orang politik bukan rakyat. Mereka sebanrnya tidak ingin melihat rakyat pintar sebab takut mereka ditewaskan oleh bangsa dan rakyat yang bijaksana.

Begitulah adanya, negara yang bernama Malaysia ini.