Monday, July 27, 2009

TAK ADA BEBAN BATU DIGALAS



Program PENA bersama Prince of Songkhla University di Hadyai. Sekarang saya melalui PENA telah menubuhkan Kelab Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University di Hadyai. Leceh dan lambat nak tunggu badan bahasa dan idealog bahasa bekerja, jadi saya bekerja tubuh kelab bahasa Melayu. hentam sajala labu. Ini juga bukan kerja saya sebenarnya, saja seronok nak pikul beban.


Saya mencari beban yang tak sepatutnya digalas. Minggu ni adalah minggu yang begitu memeningkan. Ada tiga artikel berat terpaksa ditangani kerana janji seorang penulis yang rasa dia boleh tulis apa saja. Pertama, artikel 'Fitrah dalam Mitos Mana Setangginya dan Intan yang Tercanai'. Sedang ditulis dengan kepeningan yang berputar-putar untuk memahami teater Cikgu Noordin Hassan yang baru dipentaskan. Ramai yang bertanya 'mana fitrahnya?'. Tetapi saya menemui fitrahnya walau terpaksa berulang tiga kali ke Kinokuniya mencari buku Mythologies oleh Roland Barthes dan A Short History of Myth oleh Karen Armstrong. Buku-buku yang sedia ada dalam simpanan saya tidak cukup memuaskan hati untuk melihat the deciphering of semiology dalam strukturalisme Ferdinand de Sausare, dan myth as a semiological system. Ada fitrahnya di situ. Terima kasih juga kepada Rahimidin yang mencuci kabut di kepala saya dengan tafsiran berkaitan suasana politik Malaysia tahun 1999. Saya berhenti sekejap dan sekejap lagi artikel ini akan saya siapkan. Peningnya buat saya terfikir-fikir kedai urut kaki.

Kedua, artikel 'Pemikiran Pascakolonial dalam Sajak Tiga Penyair Malaysia' yang saya bentangkan di UPSI. Saya bercadang untuk menambah beberapa hal dan telah dijanjikan untuk diberikan kepada penerbitan jurnal. Zaen, Rahimidin dan Shamsudin saya lihat sebagai mewakili penyair dekad 90-an yang menyambung tradisi kepenyairan Malaysia yang agak terputus pada tahun 1980-an. kajian pascakolonial membuatkan sajak Rahimidin dan Shamsudin yang 'Islamik dan sufistik' jadi sekular seratus peratus. Rasa berdosa pula saya, tapi memang pun tidak lengkap kerana Islam juga adalah inti kepada pascakolonial. Maka saya perlu memperhalusi konsep Shathiyat, iaitu fenomena shath dalam tradisi sufistik yang menghasilkan konsep tentang keindahan. Ia boleh dihubungkan dengan pascakolonial melalui pembinaan peribadi baru Islam bagi menolak culture imperialism.

Ketiga, paling berat sebab saya tak menemui tajuk dan fokusnya lagi ialah perbandingan Bilangan Fu novel Ayu Utami dan Bedar Sukma Bisu novel Faisal Tehrani. Saya berjanji juga untuk seorang editor jurnal dan kena siapkannya, tapi tak tahu bila siapnya. Sebenarnya ini adalah perbandingan yang menarik. Bilangan Fu Ayu Utami ialah sebuah penggunaan mitos dan sejarah bagi menolak agama sementara Bedar.. Faisal adalah penggunaan mitos dan sejarah bagi menarik kepada agama. Bilangan Fu adalah mitos daripada mata seorang atheis sementara Bedar... adalah mitos daripada mata seorang agamawan. Ayu Utami cuba menjadi Sam Harris dalam End of Faith atau Richard Dawkins dalam The God Delusion, menjadi atheis baru di Timur. Bilangan Fu memperkenalkan Spritual Kritis iaitu mempersoalkan setiap agama (macam Islam Liberal la) dan mencari agama bumi iaitu kepercayaan animisme kuno yang dikatakan sebagai agama asli. Agama lain Islam, Kristian, Buddha, Hindu disebut sebagai agama imigran dan agama langit yang memaksakan hukum. Memang saya sedang mencari sudut yang menarik, tapi aduh mak banyaknye buku nak kena rujuk dan baca balik.

Saya seperti selalu saya katakan kepada kawan-kawan, "Apa kerja aku buat kerja ilmiah ni? Ini bukan kerja aku, ini kerja orang universiti. Kerja aku tulis fiksyen dan berjalan ke Thailand ke Indonesia ke (itu je la tempat boleh pergi dengan duit tulis artikel). Saya memang sedang tulis novel, yang tak siap-siap sebab sibuk buat kerja yang bukan kerja saya. aduh peningnya. nak berhenti rasa sayang, jadi tulislah, seronok juga dapat pusingkan otak ligat-ligat ni. hentam sajala labu. Tapi ops, kena relaks dulu, start keta pi urut kaki sat. ada kawan nak ikut jom. ala jangan cepat menghukum, jantan urut bang. Ini Ayu Utami marah, agama langit hanya memaksakan hukum. Tolak jangan terima, saya tolak Ayu Utami. ah lega kaki dah diurut...

11 comments:

benuasuluk said...

fuh pak, kepala pening kok kenapa kaki yang diurut?
:)

saleeh rahamad said...

nak komen kang takut salah anggap. tapi ketepikan soal urut kaki.
hari tu dah tersilap hantar mesej pada orang lain.
kenapa tak buat tesis betul bang? sarjana lain tak sedalam itu kritisnya. sambunglah belajar dengan disiplin sikit dan buat je ...

S.M. Zakir said...

benuasuluk, itu sebahagian daripada semantik bang... lambang dan tanda yang tersembunyi.

pak soleh, itu pasal kena pakai semantik silap hantar pun orang tak faham he he. Tentang sambung belajar dan buat tesis tu, bukan apa tunggu kekawan siap phd, senang buat bwah kekawan je. Buat bawah Sudin ka, kalu tak siap tesis kerana berjalan ke luar negara sudin pun dah faham he he.

Luqman Hakim QA said...

ala, cari alasan je tu nak pi selatan Thai tu.

Rusdi Abd Rahman said...

Tuan,
Marilah ke Gunung Ledang untuk rehatkan minda dan fizikal itu... naik ke atas menaiki trak ikut laluan jalan berturap (dari bawah ke Menara TM dalam 30-40 minit), selepas itu untuk ke puncak hanya 20 minit kenalah mendaki sikit! Jadi eloklah urut kaki itu...

Rahimidin Z said...

Tuan Syeikh,
heh..heh..jom pi Laos, jauh sikit.

saleeh rahamad said...

kuang kuang kuang... pi Laos ..cadangan menarik tu. nak cari suku sakat di sana. jom kumpui duit no..nulihlah bebanyak.jangan pakai duit gaji.nanti bini melenting. bini sekarang bukan takut laki haha.

Farmilla Hamdi said...

Usaha murni sewajarnya akan mendapat balasan yang lebih manis daripada-Nya...

S.M. Zakir said...

bulan 12 buleh kut, Far dan ridhuan jon ikut sekali. Ada tiga negara di Asia Tenggara yang belum pergi lagi, Laos, Burma dan Filipina. Ingat nak habis lawat semua tahun ni. Tapi tenggok fulus dulu. Taun depan kita pergi luar asia tenggara pulak jamaica ka, togo ka, kalu tidak pun nepal pun jadi la. Teringin nak pergi mesir dan negara arab, buat umrah sekali, tunggu nazmi jadi ketua delegasi tak jalan-jalan lagi...

saleeh rahamad said...

nazmi dah jemu kot mesir dan jordan. sekarang dia nak tumpu asia tenggara bermula dengan hatyai tapi pergi hatyai pun tido je. nak buat apa. kena tinggal le jawabnya dia. kalau dengan nasuri elok sangat mereka disebilikkan.

ke negara gelap ni tak berapa syok.pergi caribean ok juga. tapi apa pun kena pergi umrah sekurang-kurangnya dulu. baru berkat. nak naik haji pun kena daftar lama sangat.)alasan bagus).

D'Rimba said...

Hebat dan tahniah pejuang bahasa yang amat kukagumi.