Saturday, August 8, 2009

ANTARA BANDUNG DAN JAKARTA





Angkutan yang menjadi pengangkutan umum di Bandung - murah tapi kena banyak bertanya dan bersesak.


Pada 05 Ogos 2009, saya dan Shamsuddin Othman berlepas ke Bandung untuk mengikuti Konferensi Internasional Kesusasteraan XX Himpunan Sarjana-Kesusasteraan Indonesia (HISKI). Kami cuma datang sebagai pemerhati dan penyokong kepada Saleeh Rahamad yang membentangkan kertas kerjanya. Selebihnya kami menjadi penyokong industri beli belah di Jalan Setiabudi, Chempelas, Jalan Riau, Pasar Baru, Jalan Merdeka, Cibaduyut, dan jualan buku di Palusari. Hingga poket di semua baju dan seluar kami - kering kontang (lebih-lebihnya saya sebab duit memang dah sikit).

Dalam perjalan selama 3 jam di atas kapalterbang saya telah menyambung dan menghabiskan buku Karen Amstrong A Short History of Myth. Di Bandung atau Indonesia umumnya saya melihat mitos menjadi sebuah sistem nilai yang mencirikan budaya,peraturan dan pegangan hidup. Mitos mewujudkan manusia sebagai homo logos, yang berdiri antara myth dan reason.

Saya mengambil keputusan untuk menikmati perjalanan kereta api dari Bandung ke Jakarta (berhenti di Gambir). Perjalanannya tiga jam. Mungkin ada yang tertanya, berapa banyak wang saya hingga sentiasa berjalan ke luar negara. Sebenarnya tak banyak. Saya mengamalkan perjalanan budget, kata orang. Tiket kapalterbang Air Asia KL-Bandung (atau Jakarta) RM430. Sampai di Bandung, cari hotel sederhana seperti Mutiara berhampiran Stesen kereta api dengan harga biliknya sekitar 240 ribu (sekitar RM80). Banyak hotel yang murah sekitar Stesen kereta api ini. Di sini hampir dengan Pasar Baru, nak beli belah barang murah ok la. Nak yang tiga bintang sekitar 300-500 ribu (RM120-150) ada Vue Palace atau Arion Hotel.

Nak Berjalan naik saja angkutan (van kecil dibuat macam bas mini). Tambang sekitar 2000 hingga 4000 rupiah saja (RM1-RM2). Naik teksi kurang2 20-40 ribu rupiah (RM7-RM15). Makan cari pusat beli belah, makanan di kiosk2 sekitar 10-30 ribu rupiah. Restoran nasi padang mahal kurang2 100 ribu rupiah makan dua orang (RM36). Sekali sekala boleh cuba makanan Sunda di restoran Ampera, sama harga dengan restoran Padang. Jadi sehari jika kongsi 2 orang semua sekali hotel, makan, berjalan cuma habis RM100 saja. Boleh beli tudung dan baju lagi di Pasar Baru. Duduk 4 hari 3 malam baru RM400 saja. Campur tambang RM900 saja la. Boleh beli barang sikit-sikit. Kalu pandai cari hotel murah dan makan murah, boleh jimatkan lagi. Bawa RM1000 jalan 2-3 orang pun dah cukup untuk 4 hari 3 malam. Nak selesa bawa lah RM1500, boleh pergi Tangkuban Perahu tengok tragedi Malim Kundang. Kalau setakat nak berjalan la. Kalau tujuan nak beli belah dan hal-hal lain, sendiri mau ingat la.

Masalah yang pakai duit banyak, sebab tengok barang di outlet Chempelas, Jalan Dago, Jalan Riau yang boleh gelapkan kepala otak. Cara mudah ambil satu hari untuk berjalan semua tempat tanpa beli apa2. Sudah dibanding harga, esok baru datang beli tempat yang paling murah. Kalau tidak dah beli nangis tak berlagu, di tempat lain harga barang yang sama murah 2 kali ganda. Beli kulit di Cibaduyut harus hati2 juga, ada kawan terkena yang palsu. Kulit apa bakar pun cair, kutil pun koyak. akhirnya tingal kat hotel, malu nak bawa balik. ada la kawan tu.. tapi ada juga kawan pergi Bandung beli alas kaki 10 ribu rupiah 2 helai, gelak kawan2 kat chow kit pun berlambak la bang.

Saya tinggalkan Saleeh dan Shamsudin di Bandung. Naik kereta api 50 ribu rupiah tambangnya terus ke Jakarta. 50 ribu (RM18) rupiah tu kelas eksekutif, air-cond, layanan makanan oleh pramugari seperti airasia. Perjalanannya 3 jam lalu bukit dan sawah yang sungguh cantik. Saja nak merayap. Atas kereta api pergi balik Bandung-Jakarta saya sempat habis separuh dari buku Slazoj Zizek Violence. Kata Zizek ekonomi bebas ini bukan melahirkan kapitalis tetapi golongan liberal comunist. Bill Gates, Soros dan sebagainya itu sebenarnya adalah komunis liberal. Mereka mewujudkan dana-dana bantuan kemanusiaan, membantu negara miskin tetapi dalam masa yang sama mengaut keuntungan pasaran bebas seperti industri maya, spekulasi saham dan matawang, perbankan dan sebagainya. Begitu juga negara-negara maju kapitalis yang mempunyai dua wajah, satu malaikat dan satu setan. Di Jakarta, dua wajah malaikat dan setan ekonomi bebas bergentayangan. Jarak antara kaya dan miskin amat jauh. Malaikat ketika mereka memberi pinjam, dan setan ketika mereka menyedut riba.

Dalam keretapi antara Jakarta dan Bandung, wajah ekonomi bebas menyelit di celah kolong, manusia hidup di timbunan sampah, bangunan kapitalis yang mencakar langit, pusat beli belah moden. Wajah setan dan malaikat ekonomi bebas berkontradiksi. Saya mencari pemahaman daripada apa yang dikatakan Zizek, "the wordless character of capitalism is linked to this hegemonic role of scientific discourse in modernity'.

Balik ke Bandung, saya menumpang di bilik Shamsudin. Tiga peristiwa besar di Indonesia. Pertama kematian Mbah Surip, penyanyi raggae rakyat marhaen. Kedua kematian WS Rendra, seniman besar Indonesia. ketiga, penumpasan Nordin Mat Top oleh pasukan elit Indonesia. Kes Nordin Mat Top memperlihatkan bagaimana dunia simulacra Baudrilard berfungsi. Media digunakan untuk 'memitoskan' penumpasan Nordin Mat Top. Tujuannya banyak, agenda politik domestik dan politik dunia Barat (mirip dengan cerita Bodies of Lies). Saya berkata kepada teman, "Tengoklah akhirnya nordin mat top letup diri dan mayat tak dikenali. Kes tutup". Apa yang saya katakan benar terjadi. Kalau saya bertaruh tentu sudah menang besar.

Besok merayap bersama Saleeh dan Shamsudin ke Pasar Baru dan Jalan Riau. Pukul 2.00 Malaysia daftar keluar hotel terus ke airport. Bertemu gadis Sunda yang mengheret kami ke kafenya, kebetulan seorang siswi jurusan bahasa dan sastera. Pelakon teater pulak. Saya umpan nak bawa jadi pelakon teater saya (terus semangat nak buat teater) lawan Rahimidin. Tapi kawan saya berdua pun minat juga nak jadikan 'pelajar'. Ada yang nak taja buat pasport lagi. Saya tak bawa kamera, jadi boleh minta gambar si dewi ini bersama kami dengan teman saya yang berdua itu. Tetapi jangan prasangka teman saya berdua itu semua baik dan berniat baik(termasuk saya la).

Atas kapal terbang 3 jam perjalanan itu saya habiskan buku Islam, Democracy and Western Values (Islam Liberal versi Malaysia?). Disusun oleh Al-Mustaqeem dan diterjemah oleh Aloysius Mowe, dibiaya oleh Konrad Adenaur Foundation. Saya tidak bersetuju dengan beberapa perkara di sini. Demokrasi adalah sama dengan Piagam Madinah dan nilai Barat seperti liberalisme dan civil rights adalah nilai yang sama dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Perlukan wacana? pada lain masa dan tempat, tetapi saya tentu ada hujah dan wacananya. Nilai Barat dan demokrasi sekular tidak ada dinnya, ia sekular. Macamana boleh sama?

Balik KL, ambil teksi untuk berkejar ke Majlis Menjelang 75 Tahun A. Samad Said. Saya sempat hadir dan membaca puisi. Undangan ITNM dengan CEOnya Khair Ngadiron yang merakyat itu tak mungkin saya tolak, walaupun masanya bekejar2. Balik rumah tidur mati. Bangun Subuh, saya terpinga ada suara budak, anak siapa pulak masuk bilik hotel ni. Tengok rupa, macam anak aku - oh saya di Malaysia, bukan di Bandung lagi.

11 comments:

saleeh rahamad said...

alas kaki tu elok buat hiasan dinding supaya boleh tengok lelma dan kawan pun boleh tengok. beg tangan tak payah tengok dah. tinggae je. sesekali intelektual kena mengaku kebodohannya dan mentertawakan diri sendiri. kan gitu?

S.M. Zakir said...

tak tanya dan tak sebut nama pun... he he

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
mariahsj said...

Bill Gates tu dan Soros tu kiranya macam ala-ala Robin Hood moden. Cuma yang itu meranapkan rakyat di sini, membantu yang di sana. Apalah bezanya dengan yang kat sini pula, pada yang bundar matanya dengan yang buncit perutnya..isyhk ishyk...

Sham al-Johori said...

Mariahsj, buncit jangan sebut!

Manusia sudah lama menjadi pokok.

NASSURY IBRAHIM said...

Sewa hotel 240 tu mahal Pak Jzakir. Ada hotel 50 ribu saja, bilik pun luas. untuk 3 orang tiada masalah. Tu la tak goyak kat aku nak gi. demo ke beli dua alas kaki tu?

S.M. Zakir said...

ghoyat demo pun, payah anak kecik he he.

Mana la tau saja kata 10 ribu dua helai, ingat tok se bui, rupanya bui, jenuh bawa alas kaki berat pulak tu... bawa jugak balik malaysia he he

Luqman Hakim QA said...

hehehhh..macam baguih jer citer demo. tak dak menyimpang yerrrrrr

S.M. Zakir said...

dok sebilik dengan tuan aji sudin tuu, nak lari ke mana aku

Unknown said...

Hotel 50 ribu tu apa namanya? Sy cadang mau ke sana.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.