Wednesday, May 19, 2010

CATATAN PENDEK MEI





waktu seperti tangga kubur. pantas bergerak menuju mati.



Bulan semakin deras bertukar. Tiba-tiba sahaja sudah berada di hujung Mei. Sedang 2010 saya rasa baru sahaja datang. Mei bererti kita sudah di pertengahan tahun.

11 Mei saya, bersama Rahimidin, Shamsudin hadir ke Majlis Sambutan Hari Persekutuan Rusia anjuran Pusat Sains dan Budaya Rusia di Malaysia di KL Convention Centre. Saya mendapat undangan daripada Pengarahnya Mr. Mikhail Popov. Kami bertiga seperti 'three Stooges' (Haji Sham kata, tapi saya tak) tiba-tiba tercangak di majlis bersama orang2 putih, dif2 kehormat dan atache2. Sebagai wakil penulis dan memang wakil penulis kami tetap jujur sebagai penulis. Pakaian kami pakaian penulis. Percakapan kami percakapan penulis. Dan tercanggak-canggak kami pun tercanggak-canggak penulis. Kami balik sebelum habis acara sebab Haji Sham mabuk... mabuk makan tiram. Maklumlah tiram Sungai Maa'mor di Tangkak tu kecik2 saja. Tiram Rusia ini sudah lah besar, mentah pulak. Nasib la aji, banyak2 makanan sapa suruh ambil tiram mentah

14 Mei Jumaat, saya hadir sebagai penceramah sastera bersama lebih 20 orang penulis lain di Sekolah Maahad Persekutuan Kajang dalam acara Sehari Bersama Sasterawan Negara dan para penulis. Anjuran PPD Hulu Langat, PPS dll. Dato' Dr. Anwar Ridhwan memberi ucap utama. Setelah itu penulis2 dibawa ke 27 buah kelas untuk berinteraksi dengan pelajar. Saya memuji program ini sebagai satu program baik dalam mengembangkan sastera ke sekolah. Ketika saya bercakap di hadapan murid2 tingkatan dua di situ, saya cuba seboleh mungkin bercakap mudah tentang sastera. Rupanya dalam sesi soal jawab murid2 ini mendahului jangkauan saya. Mereka tahu, faham dan mengenali sastera melebihi jangkauan saya. Namun ketika saya bertolak keluar sekolah, saya terfikir apakah acara ini dapat dilakukan secara konsisten. Saya segera mendapat jawabannya. Tidak. Dan murid2 yang bijak serta mengenali sastera esoknya akan segera lupa tentang sastera.

15 Mei Sabtu, saya menonton muzikal West Side Story di Istana Budaya. Tiketnya berharga RM500 dan tentunya saya - penulis - dapat masuk hanya dengan ihsan dan tajaan. Tak mungkin saya menontonnya dengan tiket semahal itu. Tetapi sekali lagi kepercayaan saya bahawa mutu seni dunia moden ini ditentukan oleh promosi dan jenama daripada projeksi media secara grandios dan bukan kerana kehebatannya yang asli adalah tepat. Produksi West Side Story ini bagi saya hampas berbanding produksi tempatan seperti contohnya PGL (dari segi persembahan, set dan kostum), muzikal tempatan lain yang dipentaskan di IB. Cuma kerana pemainnya berkulit putih, namanya bahasa Inggeris, produksinya dari Barat maka ia menjadi dewa untuk kita - bangsa dunia ketiga yang terdera dalam psikologi 'white mens burden'. Maka kawan saya, tauke panggung @ budayawan yang fanatik seni persembahan dan tidak pernah tidur dalam dewan persembahan terlena berpuluh kali sepanjang persembahan. Eloklah. Kalau tidak sia-sia saja kuliah dhuhanya pagi tadi. Saya - bulatkan mata besar (sebab rabun jauh) untuk lihat lekuk tubuh dan gerak aksi yang hanya berbalam putih-putih sahaja.... ada adegan senggama atas pentas lagi. Sayang haji sham tak ada.. kalu tidak mabuk lagi aji tu.

5 comments:

Sham al-Johori said...

Pak Syeikh,
ana masih mabuk tiram lagi ni....
hehehehe

Rahimidin Z said...

i.
Syeikh, besar molek tiram Rusia itu lah yang Pak Haji mabuk..kena jolok dengan jari dalam anak tekok baru habis keluar...benda-benda haram dan subhah nih.

ii.
tak dak akal orang Malaysia nih. Hak orang Barat buat bagus belaka, walhal sampah sarap tepi jale je. Mujurlah org hak Tuhan sayang, Dia pelena berdengkur2 ketika tengah-tengah dok tengok maksiat.

saleeh rahamad said...

Mujur saya tak terlibat dan tak tergoda melihat tiram rusia...dan persembahan lagho tu.

lutfi said...

Tak timbul tidur ke tak. Sebab, kalau Tuhan turun bala - semua yang ada kena sekali, kah kah kah.

Tapi bila kena roti dan belanja kopi di dian kafe - kira bersih balik la, hehe

S.M. Zakir said...

tiram rusia kalau tak cukup besar tengkuk nak telan jangan nak dicuba, muntah bang... he he

Kalu datang bala yang tido tu la kena, sebab dia tido mana sempat lari, yang jaga dan buka mata besar tengok lekuk liku tu sempat lari sebab matanya buka besar keh keh