Friday, May 7, 2010

DISKUSI DI KOTA BHARU




Membicarakan kumpulan cerpen A. Rahman CM dengan tajuk 'Di Bawah Unggun Api dari sisi Wacana Pascakolonial'.

Di Kota Bahru, saya bersama Mohamad Saleeh Rahamad dan Nasurry Ibrahim menjadi panel diskusi dalam majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Teori dan Kritikan DBP. Turut serta pegawai Bahagian Teori, Jusoh Majid. Saya dan Saleeh ditempatkan di Hotel Ridel di tepi Sungai Kelantan. Menarik juga lokasi hotel ini. Saya rasanya sudah 6 atau 8 tahun tidak pulang ke Kelantan. Tapi masa yang suntuk (hanya sehari semalam) tidak dapat membawa saya jauh pergi ke zaman kecil saya. Petangnya saya dijemput oleh sepupu saya Fauzi bersiar di KB. Hanya Fauzi, saudara rapat di Kelantan yang masih terus berhubung. Saya ramai kerabat (semua syed al-yahya di Kelantan tu kerabatlah) tapi tak kenal seorang pun sekarang ini. Kami ke PCB (saya senang dengan nama lamanya Pantai Cinta Berahi) makan ikan, sotong, udang celup tepung. Ketika lalu di tapak panggung Rex atau Lido (lupa) Fauzi mengingatkan tentang cerita zaman kanak-kanak pergi menonton wayang di sini. Cerita saya dan panggung wayang di KB ini 34 tahun yang lepas lebih kurang seperti cerita Toto dalam 'Cinema Paradiso'. Saya masukkan kenangan itu dalam kata pengantar buku Sinema saya. Saya lahir dan besar di Kota Bharu sehingga berusia 9 tahun, bersekolah di sekolah Tengku Indera Putera sehingga darjah 3. Saya lahir di Kebun Sultan dan kemudian abah membeli rumah di Paya Purnama (telah dijual ketika berpindah ke Pulau Pinang). Saya mempunyai kenangan zaman kecil yang cukup indah di Kota Bharu. Tetapi kawan-kawan sekolah rendah sudah terputus langsung hubungan setelah saya berpindah ke Pulau Pinang. Semua kawan-kawan Kelantan saya, adalah kawan-kawan yang saya kenal di Kuala Lumpur. Saya cuba juga dahulu mencari kawan-kawan sekolah rendah saya, tapi tak pernah bertemu lagi. Saya hanya ingat beberapa nama Danial Hakim, Soh Chan Heng, Zamri, Zuki, Mahadi, Sawaruddin... tak ingat lagi. Saya tidak ingat nama kawan-kawan perempuan kerana saya amat pemalu semasa kecil dan sering lari dari kawan-kawan perempuan yang ingin datang berkawan. Itulah kenangan kecil di Kota Bharu.. ia manis tetapi mengharukan.

4 comments:

saleeh rahamad said...

mmang terharu membaca kenangan semasa kecil tentang seorang budak yang pemalu.. dan lari apabila didekati perempuan. saya sampai dewasa begitu..

Rahimidin Z said...

Ya..ya...ana setuju syeikh memang pemalu...bukan zaman kecil saja..kini pun masih pemalu.

S.M. Zakir said...

betul memang pemalu.. macam satu cerita p. ramlee tu..

S.M. Zakir said...

betui orang chemor semua akui tu memang pemalu abang yang duk rumah kat simpang tu