Wednesday, May 19, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS




Hubungan senusantara harus dipererat dan diperluaskan



PENYERTAAN TERBUKA BENGKEL MASTERA


Dewan Bahasa dan Pustaka membuka penyertaan untuk Bengkel MASTERA di Indonesia kepada penulis dan persatuan penulis dengan biaya sendiri. Tahun lepas ketika DBP tidak dapat menghantar peserta ke Bengke MASTERA kerana masalah kewangan saya mencadangkan agar penyertaan dibuka untuk mana-mana penulis atau badan penulis mengikutinya dengan biaya mereka sendiri. Kini DBP membuka penyertaan tersebut sebagaimana saya cadangkan tahun lepas. Cuma tahun ini iklan tentang penyertaan terbuka Bengkel MASTERA ini agak terlalu singkat. Maka badan-badan penulis mungkin tidak bersedia untuk. Tetapi tahun hadapan para penulis dan badan-badan penulis boleh mempersiapkan diri dan belanja untuk ke Bengkel MASTERA. Selain daripada bantuan yang diberikan kerajaan melalui DBP dan kementerian lain, para penulis dan badan penulis juga perlu berdikari dalam menyumbang kepada kemajuan sastera.


BN KALAH DI SIBU

Kekalahan BN di Sibu memperlihatkan BN masih tidak berada dalam kedudukan yang selesa walaupun dengan pelbagai macam usaha dan dakyah yang dilakukan. Kedudukan BN amatlah tidak selamat terutamanya di kawasan bandar. Dari sisi lain suasana politik consociational yakni politik berasaskan kepentingan kaum dalam hakikat masyarakat yang berada dalam perjuangan kepentingan kotak kaum masing-masing, memperlihatkan sentimen agama, kaum dan budaya masih menjadi faktor utama politik. Isu kalimah Allah yang dimainkan oleh DAP di Sibu memperlihatkan bagaimana sentimen kaum dan agama menjadi faktor utama keputusan politik. Kenyataan Dr. Chua Soi Lek mengatakan bahawa masyarakat Cina lebih tertumpu kepada isu intelektual dan bukan isu bread and butter adalah retorik politik yang cuba menutup sifat perkauman yang tebal masyarakat Cina khususnya Cina di bandar. Pada hakikatnya masyarakat Cina khususnya di bandar mempunyai sentimen perkauman termasuk fundamentalisme agama-budaya yang sangat tebal.


KAHWIN PUN KENA PENJARA

Pasangan Bung Mokhtar-Zizie dikenakan hukuman denda dan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Dari segi undang-undang ia tidak boleh dipertikaikan kerana peraturan keluarga Islam diaktakan demi kerukunan masyarakat. Namun dari sudut gejala sosial masakini, ia memberikan suatu kesan psikologi berbalik kepada masyarakat hari ini yang sangat terdedah kepada suasana sosial yang begitu kondusif kepada perlakuan buruk. Peranan media, publisiti, dan persepsi akhirnya 'menghukum' berpoligami adalah satu dosa dan kesalahan. Maka masyarakat yang suka mengambil jalan mudah tentunya mengelakkan perkahwinan dan akhirnya menambahkan lagi bayi dibuang, hubungan luar nikah dan gejala sumbang. Pandangan mufti Selangor tentang pendekatan memudahkan hukum syarak dalam konteks mengambil kira suasana masyarakat masa kini, apatah lagi ia melibatkan hal seperti berpoligami yang dibenarkan dalam Islam patut diberikan perhatian. Pendekatan yang bijak dapat mengelakkan perkahwinan (poligami) daripada dipersepsikan sama dengan hubungan luar nikah.

5 comments:

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
i.
umno...dulu kini dan sekejap aja ke?

ii.
Hai pelik...lain kali jangan buat pasal.

hehehehehe

Rahimidin Z said...

Tuan Syeikh, kalau ada kawan-kawan nak mendirikan masjid, bagitau lah..mana tau boleh bagi tangga...ke tiang ke.

S.M. Zakir said...

tuan aji, umno dulu, kini dan lompat-lompat he he

Sheikh, kena sokong orang nak dirikan masjid ni, bina lagi banyak masjid lagi makmur bumi ni..

oemar bakri said...

salam.hm.saya bukan nak komen tentang isu entri ini.tapi tentang buku karangan sheikh.

isinya menarik.tapi sayang kulit depannya meloyakan.terlalu biasa-biasa.tidak menarik hati.Saya lihat kulit depan buku sheikh terikat dengan seni zaman 90 an.Mungkin sheikh boleh rujuk kulit depan buku 'SINDIKET SOLJAH' yang memikat.hehe.

Saya bukan apa.kan bagus kalau isinya dan kulitnya sama-sama bagus?

Maaf kalau ini terlalu pedas.Tapi saya bercakap atas dasar prihatin.

S.M. Zakir said...

terima kasih atas komen. insyaallah akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Pereka bentuk tak dapat nak tangkap isi dan konsep dalam kepala saya, dan saya tak dapat tangkap ilustrasi dan visual dalam kepala perekabentuk. insyaallah akan kita perbaiki