Wednesday, May 12, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS




Hubungan mesra dan akrab penulis dengan DBP memang terjalin sejak dulu. Tetapi hubungan ini menjadi renggang oleh hilangnya kepercayaan penulis terhadap DBP apabila karya-karya penulis yang diterbitkan oleh DBP tidak dipasarkan oleh DAWAMA. Sikap kong kali kong Dawama membinasakan industri penerbitan buku bahasa Melayu. Gambar Hiasan: Hubungan mesra penyair Rahimidin Zahari dan KP DBP harus menjadi contoh untuk penulis lain.


BAWA SPRM SIASAT PENGSWASTAAN DAWAMA

Pendedahan Berita Harian dalam Ruangan Sastera Rabu 12 Mei 2010 tentang kegagalan penswastaan DBP kepada Dawama Sdn Bhd harus diberi pujian yang tinggi. Pengelola ruangan sastera, Salbiah Ani yang membuat pendedahan berani itu sekaligus menjadi whistleblower harus diberi pujian yang tinggi. Kerenah Dawama ini memang telah lama dan berjuta kali disuarakan oleh para penulis. Dawama tidak mencetak buku, tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab serta mementingkan keuntungan melampau sehingga melanggar perjanjian (amanah rakyat) untuk mencetak dan memasarkan buku-buku berbahasa Melayu sudah tidak dapat dimaafkan lagi. Masalah Dawama ini harus segera dibawa ke peringkat EPU dan kabinet, tindakan yang paling wajar ialah menamatkan kontrak Dawama sesegera yang boleh.

Pengswastaan bahagian percetakan dan pemasaran DBP kepada Dawama adalah suatu urusan yang sangat menimbulkan pertanyaan. Selain daripada membunuh puluhan syarikat kecil bumiputera yang mengambil tender aturhuruf, pisahwarna dan percetakan daripada DBP, pengswastaan itu juga melupuskan keuntungan DBP daripada hasil buku teks. Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik pengswastaan ini sebenarnya? DBP rugi, penulis rugi, bahkan bahasa Melayu dan sastera keseluruhannya rugi akibat Dawama ini. Hanya Dawama dan konco-konconya (atasan) yang terlibat dalam pengswastaan pelik ini yang mengaut keuntungan. Bahkan duit pembayar cukai juga mengalir ke perut Dawama yang berniaga atas modal duit rakyat, iaitu mengambil alih bahagian paling menguntungkan badan berkanun kerajaan tanpa mengeluarkan modal dan bersusah payah.

Sewajarnya bukan sahaja kontrak Dawama ini harus ditamatkan serta merta, tetapi pihak SPRM wajib dibawa masuk untuk menyiasat 'tindakan dan keputusan pelik' yang berlaku di sebalik pengswastaan ini. Pengkhianat-pengkhianat bangsa yang menjual DBP ini harus menerima pengadilan yang sewajarnya. Kes ini adalah contoh kepada ketamakan gila manusia Melayu yang bukan sahaja membuang najis dan membunuh puluhan syarikat kecil Melayu kerana ketamakan yang luar biasa empat lima ekor Melayu, tetapi juga menjual maruah perjuangan bahasa Melayu DBP.


TANGKAP PENGHASUT 'KALIMAT ALLAH' DI SIBU

Keghairahan Pakatan Rakyat memancing pengundi dalam pilihanraya kecil di Sibu menimbulkan kegusaran terhadap keselamatan negara oleh kegilaan mereka menggunakan isu kalimat Allah sebagai modal politik. Tindakan Pakatan Rakyat khususnya DAP adalah tindakan bodoh politik yang seharusnya tidak berlaku dalam kebijakan berpolitik hari ini. Tindakan ini adalah sangat berbahaya dan memancing kepada hasutan yang boleh memarakkan api persengketaan agama. Apakah DAP, PKR dan PAS ini tidak menyedari tentang kebakaran gereja dan masjid diakibatkan oleh isu kalimat Allah ini. Ternyata kini Pakatan Rakyat ini pula menjadi batu api dan penghasut utama pula kepada permusuhan agama dan kaum di Malaysia ini. Pakatan Rakyat harus bertanggugjawab ke atas sebarang perkara buruk yang berlaku selepas ini akibat isu kalimah Allah.

Pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera menangkap mana-mana pemimpin politik baik DAP, PKR mahupun PAS sendiri yang memainkan isu kalimah Allah ini sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya sebarang perkara buruk oleh sentimen agama ini. Pihak berkuasa harus memikirkan keselamatan negara dan rakyat lebih daripada kekhuatiran isu penangkapan akan menjadi modal politik Pakatan Rakyat. Tindakan tegas harus dilakukan iaitu menangkap dan menahan (di bawah ISA sekalipun) pemimpin politik DAP, PKR dan PAS yang mencetuskan isu kalimat Allah di Sibu ini.

PAS BERSEKONGKOL DENGAN MISIONARI KRISTIAN?

Anwar Ibrahim sudah jelas bersekongkol dengan golongan misionari Kristian dalam PKR (Chua Hui Meng dsbnya), bahkan turut mendokong pluralisme yang mengatakan semua agama itu sama. Islam, Kristian, Yahudi, Hindu-Buddha itu sama. Ini adalah fahaman zindik yang telah merebak suatu ketika dahulu di Andalusia dan utara dunia Arab. Sekarang menjadi pegangan Anwar Ibrahim dan pemimpin Islam PKR (mungkin juga telah merebak di kalangan tokoh liberal PAS). Hari ini apabila DAP berkempen dengan menggunakan isu kalimah Allah, PAS juga turut serta menyokong. Secara tidak langsung PAS sama ada sedar atau tidak sedang menyokong gerakan harus puak misionaris Kristian menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Melayu-Islam. Kalimah Allah tujuannya tidak lain ialah untuk menyelitkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, dan akhirnya menyamakan Kristian dengan Islam. Tindakan PAS dan tokohnya yang paling lantang Khalid Samad bermatian menyokong penggunaan kalimat Allah oleh agama Kristian ini amatlah tidak difahami. Dilihat daripada senario ini ternyata PAS lebih mementingkan politik daripada agama. Perjuangan PAS kini ialah untuk kuasa atau agama? Atau PAS sudah hanyut dikelirukan oleh PKR dan DAP yang jauh lebih bijak daripada PAS.

10 comments:

lutfi said...

Tu pun ramai lagi dibutakan oleh karisma Anwar dengan Nik Aziz.

Sham al-Johori said...

Tuan syeikh,
Hai pelik ni...

Lutfi,
Tu pun ramai lagi dibutakan oleh karisma Najib dan Sammy Vellu. Hehehehehe

lutfi said...

Tn Hj, sebodoh2 Najib, taklah sampai menyamakan semua agama. Tak pernah pula dengar Sammy Vellu menyatakan agama Hindu dengan Islam sama saja.
Tapi sepandai-pandai Nik Aziz - sampai lupa nak tegur Anwar yang liberal tu. Anwar plak bila pandai, rasa agama semua sama saja. Maksudnya, dia rasa lebih pandai daripada Rasul S.A.W.

Tapi, satu hal yang menjadi fakta - seolah-olah, dalam konteks berpolitik, dua pihak sama saja. Orang Melayu sebenarnya tidak ada tempat untuk berpaut. Orang Melayu hanya jadi kuda tunggangan, sama ada oleh PR atau BN. Orang Melayu Islam tak ada jiwa besar lansung, tak ada keinginan nak jadi penunggang. Hehe

saleeh rahamad said...

rupa-rupanya sejarah orang melayu penuh dengan pergaduhan sesama sendiri. udah le..tu. jgn duk gaduh lah .mari kita pergi Miri, dan melajak ke Brunei, Labuan...

S.M. Zakir said...

waduh pak... dengar tu kata pak soleh, jangan gaduh. biar le deme orang politik tu gaduh. kita be cool, tengok sheikh rahimidin tu.. cool saja dengan Ketua Pengarah DBP.. contohi la penyair sufi kita tu.. diam2 buat lagu cinta bang. tahun ni ada la kawan kita naik pentas anugerah juara lagu bahagian lirik.. tak caya tanya haji sham

lutfi said...

Hehe.
Baik rupanya tuan syeikh kita dengan KP DBP.
Sapa buat lagu tu? Hj Sham ke pengetua kampus salik?
Kalau kampus salik - tak pernah lagi syeikh sufi naik anugerah juara lagu, kah kah

Rahimidin Z said...

Pak Syeikh ni belajar dengan Cikgu Amiruddin ke ambik gambar kawan-kawan nih?

Buat lirik la pulak...serabut dok dengar lirik dunia belaka nih.

Sham al-Johori said...

Tak gaduh pun, biasalah tu. Orang lain yang berpolitik, orang lain yang susah hati. hehehehehe.

Ini semua semangat bersatu hati namanya mcm carik-carik bulu ayamalah juga. saja nak provok (tapi bukan SB).

Teringat Affandi Hassan dan terngiang-ngiang katanya, "kalau dah boleh berdebat dan berbahasa tu, kejap lagi luluslah tu..."

hehehehehe.

oemar bakri said...

tentang Dawama.

saya turut merasakan peritnya.lepas sahaja Dawama mengambil alih,bekalan majalah Dewan Sastera dan Tunas Cipta di tempat saya serta merta terhenti.

punah peluang saya nak meladeni puisi,cerpen dan ulasan karya.

aduh!

fadz said...

lalu peperangan sedang pun berlaku..