Friday, May 7, 2010

Tanjug Rhu dalam puisi



Pulang dari Kota Bharu 25 april, 28 april terus pula ke Tanjung Rhu, Langkawi. Projek SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan untuk membukukan puisi tentang Tanjung Rhu. Saya seperti si miskin yang terlontar ke istana, terkapai-kapai di Resort Tanjung Rhu. Mujurlah bersama kawan-kawan 'senasib' Zaen, Shamsudin, Rahimidin, Ridzuan Harun (Ridzuan tak senasib, dia timbalan SN, kami berempat ja senasib, terkapai ternganga). Tanjung Rhu memang indah, tetapi saya pada mulanya terkapai-kapai untuk menulis sajak tentang keindahan alam di sini. Saya kehilangan kata-kata. Cuba lah mencuri kata-kata kawan senasib, tapi mereka juga bijak. Semua kata tak siap. Bila saya dah siap tulis baru lah kawan-kawan senasib ni tunjuk.

Menulis sajak bagi saya lebih sukar daripada menulis cerpen dan jauh lebih sukar dari menulis esei. Menulis esei bagi saya lebih mudah daripada menulis cerpen dan sajak. Menulis sajak paling sukar. Bagi saya sajak adalah suatu seni yang tinggi pengucapannya. Lantaran itu saya banyak membakulsampahkan sajak-sajak yang anggap bukan sajak kerana penilaian saya terhadap sajak cukup tinggi. sehingga hari saya masih tidak merasa kepuasan menulis sajak yang baik berbanding saya merasa kepuasan menulis cerpen yang baik.

3 comments:

benuasuluk said...

tuan-tuan bomoh semua bernasib baik sebab bot tak terbalik. kalau tak semua penyair termasuk SN ke 10masuk tivi kehkehkeh

S.M. Zakir said...

sedap la drebar bot, tak tahu kat belakang Zaen dgn SN dok berdoa panjang... dalam hati saya 'ke pokok bakau juga sudahnya bot ni' he he

Sham al-Johori said...

Tuan2,
Sekurang-kurangnya kita dah dapat meratah sebahagian daripada keindahan alam ciptaan Ilahi yang kita sendiri selama ini memujanya tetapi tidak pernah merasainya. hehehehe, betul-betulah kita ni penyair palsu (dululah) tapi sekarang ni tak kut...
Nah! seksa itu kita tanggung bersama-sama. Itu baru Tanjung Rhu, belum lagi sebuah dunia yang lain...