HADIAH TINTA GAFIM DAN KENANGAN TENGOK WAYANG DENGAN ZU
Pada hari jumaat 13 jun 2008, aku terima anugerah Tinta Gafim melalui artikel di dalam Dewan Budaya Februari 2007, "Cinta dalam Konsep Saeculum". Turut sama kawan-kawan wartawan yang memenangi anugerah ialah Azman Ismail, Ku Seman Ku Husain, Aziz Ittar, Akmal Abdullah dan ramai lagi.
Aku sebenar tak pernah bercita-cita untuk menulis tentang filem. Tetapi aku memang suka menonton filem. Dulu zaman usia 6 tahun ketika tinggal di Paya Purnama, Kota Bharu Kelantan aku selalu digendong naik basikal oleh Zu, bapa sepupuku yang berasal dari Pahi, Kuala Krai ke panggung wayang. Dia tinggal dibela oleh Cik ku di Kota Bharu bersama kami. Selalunya dia bawa tengok cerita Kung Fu. Masa kecil aku tak ada banyak kawan, sebab aku tak boleh duduk lama dengan budak-budak, nanti naiklah tanganku. Jadi bila aku keluar, mak-mak budak panggil anaknya naik tak bagi berkawan dengan aku. Mak-mak itu kata, 'naik, tu anak rimau dah turun." Aku pun tak kisah, kerana aku pun bukan nak berkawan sangat.
Kami adik beradik ramai sepupu, dua pupu, bapa sepupu yang sebaya. Tapi semua pupu-pupu tu banyak yang sebaya dengan kakak-kakak dan abang aku. Tak ada pupu yang sebaya dengan aku. Jadi aku selalu tinggal solo. Abang aku ada geng pupu-pupu ni seperti Anu, Zu, Fauzi (sebelah cik aku) dan Syed Din, Izani, Badrul (belah abah aku). Jadi diaorang bila nak keluar tengok wayang, akan lari dari aku, tak nak bawa. Aku akan teriak dan jerit pada cik. Cik akan marah abang aku dan suruh bawa aku. Bila balik aku segera bagitahu Cik abang aku dan pupu-pupu aku hisap rokok. Apa lagi teruk la abang aku kena sebat. Sebab tula tak ada orang nak bawa aku tengok wayang.
Ada sorang lagi pupu aku yang paling rapat dengan abang aku nama Anu. Dia cukup anti dengan aku, katanya aku suka ngadu, jangan bawa zakir. Bulat-bulat matanya jerlung aku, konon nak takutkan aku. Dia sudah darjah lima, aku baru umur 6-7 tahun. Dia ingat aku takut dia jerlung mata macam tu. Apa lagi aku ambil getah, bidas tepat ke matanya. Menangis dia. Aku lari masuk dalam rumah. Padan muka. Maka makin kuranglah orang yang nak kawan dengan aku.
Cuma sorang je pupu aku iaitu Zu (tua 7-8 tahun dari aku, abang aku pun lebihkurang itulah jarak umur dari aku, sebaya dengan pupu-pupu aku yang lain) yang bawa aku tengok wayang. Zu ni lembut dan baik orangnya. Dia sajalah yang sanggup gendong aku pergi tengok wayang di Kota Bharu (dekat saja lebih 15 minit sampai bandar KB). Aku tengok wayang berdua saja dengan Zu. Balik dia gendong aku balik ke rumah. Dia selalu cakap lembut, baik-baik. Katanya, "Kir jangela ngadu ko cik abe jir (abang aku) buat apa-apa. Sebab tu dia tok se bawa Kir." Aku angguk saja. "Hari tu, bakpo Kir bidas Abe Anu." Aku diam dan angguk lagi. Tapi esok aku ngadu lagi. Kalu jumpa Anu pun aku bidas lagi.
Itulah kenangan manis aku di Kelantan. Tapi aku sekolah di Kelantan sampai darjah empat sahaja. Lepas tu aku duduk di Penang dan terus kekal di Bangi, Selangor. Balik setahun sekali (3-4 hari), dua tahun sekali dan akhirnya 5 tahun sekali. Aku tak ada kawan dari Kelantan lagi(putus hubungan terus). Kawan-kawan Kelantan aku semua aku kenal di Kuala Lumpur.
Bila aku terima hadiah tinta Gafim, aku teringat Zu yang rajin bawa aku tengok wayang, gendong dengan basikal pergi balik, ketika tak ada orang yang sanggup nak bawa aku berjalan. ha ha.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tuan,
Cerita macam ni le best. NI asyik nak berfalsafah dan berteori aja..
Tak sangka, rupa-rupanya tuan ni kaki adu domba juga ekk. Apa-apapun sejarah silam tu kalau selalu diingat-ingat, kata orang tua-tua; tanda dah nak mati. Jadi, cerita lebih kurang aja dah lahh.
pesanan: Takut mati sama...
Sdr Zakir, ASM
Setinggi tahniah. Bila nak belanja pisang goreng? Sesekali fikiran kita terlempar ke masa silam, kembali kepada kekinian, dan terhumban ke masa depan. Pendudlum sanubari ini tak pernah berhenti berbuai selagi jam hayat berdetik setiap saat. Itulah hakikat
kejiwaan yg saya manfaatkan dalam cerpen saya yg pertama' "Malam yang Melemparkan" pd 1971. Tahniah sekali lagi.
Syeikh
salam dan tahniah. masa lampau yang indah dan kita tak mungkin kembali ke zaman itu. sebagai penulis, hanya tulisan dan catatan yang akan merakamkan kembali hal tersebut. dengan pertanyaan, bila nak beli tanah dekat Pulau Gajah?
Mas,
satu cerita yang indah. Saya terpesona dan benar-benar "masuk" dalam dunia alam kanak mas, dunia di belakang yang telah mengayuh kita ke depan.
Sheikh Rahimidin, tanah pulau gajah bidanya tinggi ramai orang nak beli, jadi ana tarik diri la sheikh. Cari-cari tanah murah di Phnom Penh atau Jogja sajalah.
Wan, terima kasih kerana melayari, saya tak sempat pergi lagi ke benua suluk, dengar nama terus tak berani masuk, suluk-suluk ni rahimidin dengan shamsudin yang arif, he he.
Post a Comment