Monday, May 25, 2009

HANGATNYA ARIF DAN RIDZUAN




Saya 'meghilangkan' gambar Salina Ibrahim yang bersekongkol dengan konspirasi Nazmi Yaakub untuk mengeluarkan saya daripada senarai penulis muda. Jadi cuma ada gambar Arif dan Ridzuan saja di sini.

Hari terakhir memang diisi dengan suasana yang hangat. Ternyata isu-isu yang dibincangka memang relevan dengan para penulis muda. Semua peserta memang tekun mengambil bahagian dalam semua seminar dan diskusi.

Sesi terakhir menampilkan Arif Mohamad, Ridzuan Harun dan Salina Ibrahim yang dipengerusikan oleh Nimoiz TY. Nimoiz yang telah memecahkan suasana pada malam baca puisi semalam kini hadir lagi sebagai pengerusi dengan gelagat yang menghiburkan. Salina membincangkan karya dan media. Arif tampil dengan kenyataan yang mengundang sedikit sentimen apabila mengatakan MPR bersifat eksklusif. Nasriah segera bangkit untuk berbahas mempertahankan MPR. Saya dahulunya juga mempunyai kekhuatiran MPR akan menjadi eksklusif dan elit untuk orang lain selainnya. Tetapi di bawah Nasriah yang menjadi pemimpin de facto khususnya untuk adik-adik MPR di UIA, MPR sebenarnya tidak eksklusif dan berhubung baik dengan semua pihak. Contohnya untuk PPMN09 ini, laman blog MPR membuat lintas langsung terhadap semua sesi. Juga PPMN09 ini juga mendapat sokongan padu dari alumni MPR, dan juga digerakkan oleh 90 peratusnya alumni MPR sendiri seperti Shamsudin Othman, Saifulizan Yahya, Lutfi Ishak, Rahimidin zahari dengan bantuan Nasriah, Ummu Hani dan lain-lain. Jadi MPR sebenarnya banyak memainkan peranan untuk menjayakan PPMN09 ini, walaupun nama MPR itu tidak dipamerkan. Syabas dan jutaan terima kasih kepada MPR. Tetapi pandangan Arif Mohahamad itu juga bertolak daripada pandangan kesarjanaan yang tidak mempunyai prejudis atau bias kepada mana-mana sentimen. Jadi ia juga harus diterima sebagai sebuah wacana yang boleh dibahaskan.

Akhirnya sekali kenyataan Ridzuan Harun tentang peranan pemikir budaya di institusi kerajaan menimbulkan kehangatan perbincangan apabila Siti Rohayah Atan menyanggah tentang kenyataan Ridhuan yang menyatakan tiada pemikir budaya di kementerian kecuali pentadbir dan pengurus. Roy, saya kenali sejak lama, awal 90-an lagi dan memang kontroversi orangnya. Tetapi lama sekali menghilang dan menyepi dengan kerja-kerja teaternya selepas keluar dari Utusan. Tahniahlah Ridhuan kerana membawa Roy kembali untuk menghangatkan suasana. Saya lebih melihat perbezaan pendapat ini sebagai dinamisme yang positif dalam membina kekuatan wacana penulis muda.

4 comments:

benuasuluk said...

Tak usahlah tuan berucap tahmiah kepada saya. Kan saya ni "pembohong!"
Lebih baik tulis perihal saya dan Ijamala pitam kerana makan karipap sedap.

Luqman Hakim QA said...

memang kementerian ada pengurus dan pentadbir budaya, bukan penggiat atau aktivis.

saifullizan yahaya said...

Ralat:
Saya bukan bekas atau mantan MPR. Saya hanya pegawai perancang bahasa (juga keluarga) yang cuba memahami penulis yang penuh dengan idealisme tetapi hampeh. dan sekarang saya malu menjadi penulis

aku malu menjadi penulis

aku malu menjadi penulis
yang hanya dahagakan
pujian dan bangga diri
sedang cermin dihadapan
tidak pernah berbohong

saleeh rahamad said...

si saiful ni tak lama lagi jadi ahli falsafah...

sepanjang berlangsungnya PPNM ada tak sesiap boleh bagi tau saya sama ada zakir sentiasa berada di puteri resort atau ada masa dia menghilNG BERUZLAH DIMANA-MANA. manalah tau, ikut kelazimannya dia suka mengasingkan diri berhibernasi kununnya dan kekadaang saya tau tempatnya. mungkin di masjid al=azim atau di zoo melaka yang sunyi daripada kerenah manusia. atau di taman orkid kerana dia peminat setia orkid yang orang lain tak tau.
aduh pak. masih di sempadan malysia thai ni. tak taulah nak berhibernasi di mana. penat dengan uzlah di sini.
semua yang terlibat (AJK Pena) dengan resolusi PNm diminta hadir mesyuarat untuk bincang langkah susulan terhadp resolusi itu. nak buat apa dengan resolusi tu. ini dato baha yang suruh. cuma saya kata mereka penat lagi tu, tunggu dato balik dari Korea 4 jun nanti.