Monday, May 25, 2009

NAZMI SPEAKER YANG DITAKTOR




Sesi yang dipengerusikan oleh Nazmi Yaakub menampilkan Ummu Hani, Ali Bukhari dan Jaafar Hamdan. Ummu menyampaikan kertas kerja dengan, bahkan begitu baik sehingga Nazmi sang ditaktor itupun tidak berani nak memberhentikannya seperti panel lain dan khalayak yang bertanya. Jaafar memberi gambaran tentang senario penulis muda Sarawak. Saya rasa terkilan kerana tidak dapat membawa turun penulis muda dari Sabah. Ali Bukhari pula ada masalah dengan sahabatnya yang bernama Najib, kemudian Abdullah dan kemudian Mahathir kerana terus membenarkan PPSMI berlangsung. Ahli Umno yang digoda oleh Puteri UMNO untuk memasuki UMNO ini meminta penulis-penulis muda membuat pendirian untuk mendesak agar PPSMI dimansuhkan dengan meruntuhkan 'rantaian ketakutan'.

Yang jelas Nazmi mengambil kesempatan di atas kuasanya sebagai speaker itu untuk mengeluarkan saya daripada senarai penulis muda. Nazmi juga dengan diktatornya memotong percakapan dan pembahasan yang melebihi masa. Tetapi entah kerana sikap double standard kerana dipangil 'abang nazmi' oleh Ummu, atau kecut dengan suara lantang Ummu, Nazmi hanya mampu melongo dan melopong dan tidak berani secuit pun memberhentikan Ummu. Bahkan, lebih buruk lagi Nazmi menyuruh Ummu bercakap lagi ketika Ummu sudah habis bercakap. Tetapi bila orang lain bercakap, dengan zalim Nazmi hanya memberi dua minit saja, satu minit setengah saja. Lutfi yang ada 3 soalan hanya sempat bertanya 2 soalan sebelum diarah duduk oleh Nazmi. Begitulah.

Dan akhirnya kami memecat Nazmi sebagai speaker, dengan mengangkat kerusinya ketika dia tertidur sedang makan karipap. Tapi masya-Allah beratnya si Nazmi ni. Ijamala yang besar tupun sampai terlentang nak mengangkatnya. Akhirnya Nazmi berjaya diangkat keluar dengan bantuan 50 peserta. Tamatlah riwayat speaker yang zalim ini. Kisahnya kami abadikan di sebatang pokok yang kami jadikan sebagai tugu demokrasi.

2 comments:

saleeh rahamad said...

ni yang ambik comel ni cam mana yang tak berapa comel macam marjan, amir (comel jugalah). haha marjan kacak bergaya..tak comel tapi tampan kerana ketinggiannya. langkahnya panjang kalau dibawa ke medan

Korakora said...

speaker nazmi hilang kuasa hari bila ada konspirasi utk menyediakan satu mikrofon pada sesi tu. sama macam speaker siva dalam dun perak, tak ada mikrofon, camner nak speak? hahaha