Monday, May 4, 2009
MANA NOVELNYA, ZAKIR?
Di Pelabuhan Sunda Kelapa, Indonesia
Pesta buku telah berlalu. Banyak penerbit yang mengaut keuntungan yang lumayan khususnya dalam segmen buku cerita, novel dan sebagainya. Kawan-kawan penulis pun ramai yang sudah 'bersandar' senang melihat royalti daripada hasil jualan novel dan karya mereka. Sebagai seorang penulis, saya rasa tersisih daripada kemeriahan ini. Kenapa? Kerana saya tidak ada novel atau karya yang boleh dipamerkan di Pesta Buku ini. Soal laku atau tidak bukan soalnya, tetapi yang penting mewujudkan diri melalui karya dalam masyarakat pembaca yang berpusu-pusu ini.
Seorang pembaca blog ini menulis komen dan dengan komennya saya tersedar bahawa saya sudah hampir 20 tahun menulis. Lamanya. Tetapi malangnya apa yang sepatutnya saya lakukan iaitu menghasilkan sebuah novel masih belum tercapai. Adala dua buah novel remaja yang ditulis untuk memenuhi kuota pembinaan judul DBP dulu, lama dulu. Selepas tu saya selesa bermalas-malas, cukup dengan menulis cerpen. Kemudian saya gila pula menulis rencana, esei dan kertas kerja. Saya bukan orang akademik kenapa sibuk-sibuk pula tulis kertas kerja, ah. Rasa pening juga. Menulis menyampaikan pemikiran yang konstruktif dan analitikal memang minat saya, bukan saya nak jadi orang akademik pun tetapi saya suka serius begitu. Menulis karya kreatif pun memang minat saya. Saya terjepit dalam dua dunia penulisan yang sama tetapi tidak serupa sama sekali, bahkan jauh berbeza dan boleh menenggelami antara satu sama lain.
Begitulah dilemanya. Saya mempunyai beberapa buah cerita untuk dijadikan novel di dalam kepala saya. Tetapi masih tersangkut oleh 'malas' saya. Mungkin saya perlu bergerak sekarang, bergerak... bergerak. Ya, lepaskan cerita-cerita dalam kepala itu. Jadi saya pun dapat tajuk cerpen terbaru saya, 'Cerita dalam Kepala' (harap tak ada samalah lagi dengan mana-mana tajuk cerpen indon lagi). Tapi ia cerpen lagi. Aduh bila nak tulis novel.
Yang pasti saya akan menerbitkan kumpulan puisi bersama kumpulan puisi Rahimidin pada bulan Mei ini. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Tajuknya Sajak-sajak Perjalanan: Manusia Mimpi. Yah. terbit dan terbit, tulis dan tulis. Itu kerja penulis sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Hehehe...tau tak apa. Aku rasa la mu patut berhenti dari bagi ceramah pasal sastera kat budak-budak. Penulis kerjanya menulis dan terus menulis, bukan bercakap dan terus bercakap tanpa noktah.
tulislah bila ada idea, yang pening duk tengok orang, nak tulis nak tulis pastu tension. tak kisahla tulis apa, ceramahla, cakapla, asalkan kerja tu bermanfaat sebab niat menyampaikan pemikiran dah sampai.
itu pendapat saya la tp kalau hsilkan novel tentu lagi bagus
;)
Keh keh keh.
Salam.
Saya suka membaca cerpen-cerpen tuan.
Boleh kata peminat lah...
Kalau ada mana-mana tulisan yang penulisnya S.M Zakir pasti akan timbul ghairah saya nak membacanya.
Ghairah...? Mu nengok la tu Zakir, ada peminat yang sampai keghairahan bila baca cerpen-cerpen mu. Jadik patut la mu menulis...Buat novel ni syok gak, tambah lak dapat uangnya. Cuma tahniah la dari aku, karya mu boleh "menghairahkan"...wakakaka
Rancang, canai ilham, tulis. Fokus. InsyaAllah boleh siap sebuah novel. Anda boleh melakukannya.
Kak ton tunggu ye...
Luqman,mentang-mentang ko novelis ko kutuk aku yea. Tak adil tu, ko kena tembak jugak si Lut tu. Menulis bukan main hebat, buku pun tarak, lani sibuk dengan falsafah lak he he.
Pada yang lain-lain insyaallah tahun ini saya akan 'ganti' balik masa-masa yang terbuang tanpa. 10 manuskrip sudah ada dan sedang disunting atau dinilai oleh penerbit (banyak daripadanya kumpulan tulisan dalam pelbagai bidang). Tapi tak tahu bila akan diterbitkan. Cuma yang pasti saya akan terbitkan sendiri sekurang-kurang 5 manuskrip. Tak janji tapi sedang menebus masa-masa yang terbuang.
Salam,
Tuan, saya seperti Dyat, walaupun tak ler ghairah... cuma teruja sahaja, huhu... kalau ada nama S.M Zakir, memang saya akan baca dan (sekarang) akan beli...
Nak kata "peminat"... saya lebih cenderung kepada ungkapan sasterawan Singapura, Cikgu Mohd.Latiff Mohd, yakni, "penikmat" karya...
Saya harap tak keterlaluan kalau saya katakan baguslah, baru sekarang nak terbitkan banyak-banyak, sebab waktu kecik-kecik dulu, ehem, muda-muda tu dulu, saya tak ada kuasa membeli, hehe...
Saya ada juga cari karya tuan tapi payah lah nak dapatkan... Yang ada di Ujana Ilmu pun dah habis stoknya...
Sekeping Ruh Di Atas Bantal Tak samalah kalau sekadar nak dapatkan dari perpustakaan di sini:
Karya S.M Zakir di Perpustakaan SingapuraJadi, langgan Milenia Muslim sahajalah buat masa ni...
Pasal novel tu, waktu jumpa Pak Samad tahun lepas, dia tanya 'gak pada saya sebab saya pun dah lama menulis (13 tahun yang lalu pun, Hizairi Othman pernah tanya saya...), saya kata, belum, belum ada kompilasi karya pun... Pak Samad pujuk saya, katanya, tak apa, ada penulis 60 tahun baru menulis novel...
Sejak dua tahun lepas, saya sibuk mengemudi projek-projek antologi puisi/cerpen kengkawan sebagai sumbangan kecil kepada dunia sastera Melayu Singapura... Saya berdo'a antologi pertama akan lahir selewat-lewatnya bulan Jun ini, insyaAllah...
Tapi, kannn, balik dari forum hari tu, semangat membara nak "rajinkan" diri untuk habiskan salah sebuah projek novel yang terbengkalai... Terima kasih, PENA :D
(errrr... saya juga tak janji sebab saya masih makan gaji sepenuh masa...)
Apa-apapun, saya nantikan karya tuan diterbitkan! (Apa rasanya, kalau ada pembaca bagitahu gitu kat saya... stress, tak? Entahlah... ada hikmah saya tak dikenali sesiapa, huhu...)...
Kalau tak sepuluh-sepuluh terhasil tahun ni... satu, dua pun, jadi lah, kan? :)
Wallahu'alam...
Wassalam.
Post a Comment