Monday, May 25, 2009







Turut hadir Sharifah Khadijah dan dua orang penulis dari Singapura. Seorang daripada mereka turut menyumbangkan lagu puisi pada malam Baca Puisi Penyair Muda di kolam Puteri Resort. Mungkin selepas ini PENA akan mengadakan diskusi karya penulis Singapura-Malaysia melalui hubungan yang terjalin ini.

4 comments:

Rahimidin Z said...

Wah, rajin sekali adik beradik menulis.

S.K said...

Salam,

Tuan S.M. Zakir,
Herman, Khairool dan saya sendiri berasa sangat bertuah kerana telah dibenarkan untuk menyertai perhimpunan yang penuh bermakna ini.

Terima kasih kepada pihak PENA, terutama sekali, Wan Zaida... memang saya lihat Wan ke hulu ke hilir... saya sangat menghargai segala penat lelah beliau... setinggi-tinggi penghargaan buat beliau dan mereka yang terlibat... Untuk menganjurkan pertemuan seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah... cekcok sebelum, semasa dan selepas perhimpunan adalah sesuatu yang biasa kerana manusia berbeza seleranya. Saya harap semuanya terus tabah dan bersabar...

Syabas buat semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini, termasuklah para pembentang kertas dan pengerusi. Sumbangan mereka tak terbilang manfaatnya...

Sekiranya diizinkanNya, dapatlah bertemu lagi di program-program akandatang kalau bertepatan masanya :)
Sekarang penerbangan bajet dah ada dan murahhhh sekali ;) Saya biasa turun naik sekarang ni untuk menghabiskan projek...

Tuan Rahimidin, kalau ada yang menyangsikan ketekunan peserta perhimpunan, tengok sahajalah wajah kami tu... penuh "khusyuk makhsyuk", huhu...

Ya, pertalian sastera menjadikan kami adik-beradik sebuku tak sebaka ;)

Wassalam.

Khairool Haque said...

Salam,

Tuan Rahimidin Zahari,
Kami sebenarnya bukan adik beradik. Hehe. Hanya kami ditemukan di bawah gerakan sastera yang sama iaitu Arus Baru Sastera Singapura (ARUSS).

Walau apapun, kepada pihak penganjur, terima kasih kerana membuat kami terasa seperti penulis Malaysia dan tidak berasa asing sepanjang perhimpunan ini. Nampaknya, fikrah dan falsafah penulisan kami serupa sekali dengan penulis seberang. Sebagai seorang penulis muda yang baru dua-tiga tahun menulis, perhimpunan yang dihadiri ini memang memberi semangat dan keyakinan untuk terus berkarya.

Alhamdulillah, Tuhan menemukan kami. Moga jalinan ini akan berterusan.

Wassalam

Ibnu Ahmad al-Kurauwi said...

Ya, bagus juga dilibatkan sahabat-sahabat kita dari nusantara. Andai sesekali diadakan di Sabah atau di Sarawak boleh jemput sahabat-sahabat kita dari Brunei (andai cukup belanjanya)