Sunday, May 24, 2009
PERHIMPUNAN PENULIS MUDA NASIONAL KE-2 2009
Perhimpunan Penulis Muda Nasional kedua selepas yang pertama di Tanjung Piai, Johor pada tahun 2005 berlangsung dengan jayanya di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 22-24 Mei 2009. PPMN-2 ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga kami, pihak urus setia kelam kabut menguruskan penginapan para peserta.
Suasana mesra and akrab antara penulis muda terpamer jelas. Saya terharu dengan sambutan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh para peserta. Semua yang keruh saya lihat telah dijernihkan dengan pertemuan ini. Semua berkumpul dalam keadaan mesra dan menunjukkan keakraban serta semangat setiakawan yang tinggi. Terlihat benar bezanya kelompok penulis muda ini dengan penulis terdahulu. Pertamanya mereka dilingkungi oleh latar dan suasan keagamaan yang tinggi. Ustaz Azman Al-Kurauwi, Mohd Nazmi Yaakub, Salman Sulaiman, Nisah Haron, Nasriah Abd Salam, Salina Ibrahim, Ummu Hani, Ali Bukhari semua dari latar pendidikan agama. Bahkan si Lutfi Ishak yang brutal itupun lepasan Maahad Maktab Mahmud (tapi selalu lompat pagar). Dan kedunya, hampir keseluruhan mereka mempunyai latar pendidikan tinggi dan menjadi tenaga akademik dan pendidik, baik di institusi pengajian tinggi mahupun di sekolah-sekolah. Dari segi akhlak dan tutur kata baik dalam apa polemik pun, mereka jauh lebih beradab.
Ternyata wacana-wacana yang dilontarkan juga menunjukkan tahap pemikiran penulis muda Malaysia yang tidak boleh dipandang rendah. Bahkan adakala jauh terkehadapan daripada ‘orang tua’ yang tak habis-habis berpolemik kosong. Inilah kesilapan yang dilakukan oleh orang politik (khususnya yang hadir di majlis ini) apabila menganggap penulis muda dalam perhimpunan ini hanya anak-anak sekolah yang terlopong mendengar cerita politik mereka. Para penulis muda dan peserta yang ada dalam perhimpunan ini sebenarnya jauh lebih bijak dan tinggi pemikirannya daripada ahli-ahli politik di atas pentas itu.
Saya, Shamsudin Othman dan rakan-rakan ‘bekas penulis muda’ cukup bangga dan bahagia dengan kejayaan perhimpunan ini. Soal-soal sepele, berbeza pendapat, dan sebagainya adalah soal kecil dan biasa. Yang jelas perhimpunan ini telah menunjukkan kehadiran penulis muda yang penuh tenaga, bijak dan mempunyai iltizam yang tinggi. Saya melihat setiap sesi dipenuhi dengan peserta yang begitu tekun memberi perhatian dan mengambil bahagian. Mungkin saya terlalu memuji, tetapi hakikatnya saya melihat ia jauh lebih baik daripada seminar-seminar besar yang sering mengangkut ‘khalayak palsu’ seperti pelajar sekolah dan IPT yang diserkap secara rambang itu.
Namun di sini, para penulis muda patut memberi perhargaan yang besar kepada Saifulizan Yahya yang dibantu oleh Wan Zaida. Mereka berdualah yang bertungkus lumus berkorban segalanya untuk menjayakan acara ini. Kami ‘yang tua’ ini (saya tak le tua sangat, genap 40ja. Cuma konspirasi Nazmi dan Salina saja nak menjadikan saya penulis tua) cuba mencari ‘ketua’ di kalangan penulis muda ini untuk mengetuai PPMN-2. Kami melihat Saifulizan mempunyai ciri seorang yang bertanggungjawab, rajin, berdedikasi, ikhlas dan tekun dalam kerjanya. Saiful mempunyai ciri pemimpin yang boleh bekerja, dan kami harap para penulis muda memberi sokongan kepada beliau. Di samping Saifulizan kami letakkan Lutfi yang membantu membawa Dr. Alinor dan Wan Faysal, serta tugas-tugas seminar. Ariff Mohamad juga kami letakkan untuk membantu di sini.
Ramai yang datang dan membantu dalam PPMN-2. Wan Zaida adalah tulang belakang PPMN-2 ini. Tanpa Wan Zaida saya tak tahu bagaimana rupa PPMN-2 ini. Ijamala MN banyak membantu dari mula lagi. Hasmora banyak sekali membantu di belakang tabir. Khairunasriah, Ummu Hani dan adik-adik MPR juga banyak membantu. Terima kasih kepada rakan-rakan dan adik-adik MPR yang memberi sokongan besar kepada kejayaan PPMN ini (janganlah ambil hati dengan pandangan berbeza daripada Ariff Mohamad, ia sebenarnya satu wacana untuk semua). Nisah datang memeriahkan majlis dengan jualan buku. Terima kasih kepada Nisah yang memberi sokongan berpanjangan sepanjang PPMN-2 ini. Sahrunizam turun jauh dari Pahang. Ali Atan and the gang, Nimoiz yang sangat menghiburkan (sehingga saya cukup menunggu untuk melihat gelagatnya), teman-teman dari Sarawak Jaffar Hamdan dan kawan-kawan, SK serta kumpulan dari Singapura, Kak Roy dan geng Persatuan Penulis Wanita, dan ramai lagi yang tak dapat saya sebutkan di sini. Sayang sekali teman dari Sabah dan lain-lain berhalangan untuk bersama.
Akhirnya kita semua bersetuju bahawa PPSMI wajib dimansuhkan dengan segera. Dan keteguhan tekad penulis muda diharap menjadi gelombang penting dalam sejarah pendidikan Negara pada suatu masa nanti. Terima kasih kepada semua yang menjadikan perhimpunan ini sebagai sebuah pertemuan ‘keluarga’ yang besar.
Malang sekalilah bagi sesiapa di luar sana yang menyangka bahawa penulis muda ini anak-anak sekolah yang boleh ditipu dengan retorik di atas pentas. Kerana sebenarnya anak-anak muda jauh lebih bijak daripada apa yang disangkakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Terima kasih pengalaman yang mematangkan meniti hari-hari yang mendatang.
iyalah...kita tak ada. tapi yang berdiri depan sekali tu semua dah tua. ni yang geram nih. kat kedah ni kita cuma dapat makan ikan bakar kuala perlis...er tapi bagus juga kat kuala perlis .ada hotel dan jeti dan ikan bakar.tempat sesuai untuk buat seminar dengan kerjasama rejab FI. mari kita fikirkan kerjasama tu.dekat je dengan danok. kalau nak beli mangga ke beras siam ke.
saya dan bagi idea.kengkawan kena fikir jalannya. kita bincang dengan rejab. buat pertemuan penulis atau buat kursus penulisan, penerbitan..isyh macam-macamlah boleh buat. tapi tak pak arbak dah bagi sms tadi tanya tesis dah sampai bab akhir ke.aduhhh
alamak bang, lupa la nak sebut. Itulah yang bawa diri jauh-jauh itu apake halnye. Ramai pun yang dah tak muda datang memeriahkan sebagai pemerhati. Tak da masalah pun. semua bahagia. Amir pun bukan main lagi, tapi dia ada kelebihan sebab saiznya tu orang tak dapat pasti penulis muda ke tua. Kena lak malam hari, macam budak sekolah rupanye.
Hebat bang perhimpunan ni (saja lebih2 bagi bengkek), bukan penulis ja datang, artis pun ada datang. Kitaorang pergi makan roti canai asam pedas lagi ramai-ramai sampai ke pagi.
Setuju bangat dengan cadangan Saleeh tu...buat kat sebelah pagar Padang Besar...heheheee
kami bertiga
dalam zaman kanak-kanak, dalam bermain, kita akan menganggap tanah atau pasir itu nasi, rumput atau daun itu sayur, kayu atau ranting itu daging dan ikan.
"hari sudah petang, aku laparlah, aku nak balik, makan dulu" kata seorang sahabatku.
"tapi, kita di sini telah menyediakan semua makanan" kata ku pada sahabatku itu.
ini kan mainan, mana boleh dimakan? kata seorang lagi sahabatku sambil tersenyum
tetapi aku tidak mengerti.
setelah berpisah lama
dan petang ini, aku pun mengerti erti ungkapan sahabat kanak ku dahulu dan dunia masa kanak ku itu kini menjelma kembali.
(terima kasih kepada semua peserta PPMN 2009 dan pejuangan saudara saudari belum berakhir.)
Ful, banyak sangat bahasa dan cerita berkias susah le nak faham. Tapi bagus la, sastera yang halus. Bukan macam si luqman tu main hentam sedap dia saja. Eleh Luqman jangan la kecik ati, kau tu manok jagoan keh keh.
kalau ikutkan hati malaeh teman nak baca kisah PPNM ni. buat nyakit hati. takpa.semua tu permainang dunia ...mainang! bak kata khalid salleh
Pak Zakir,
Abang dosen, yang penting jangan cemburu banget. Yang tua di PPMN jadi muda; yg muda jadi tua sb terlalu matang berfikir. Hehehehe.
Ful, apalah berkias romantis macam tu?
Bapak Zakir, pandailah mengayat kat Amir dan bapak dosen kita tu...
Yang penting, kerukunan terbina daripada ukwah PENA yang murni.
Wah, jom kita ke perlis makan ikan bakar...lepas tu, kita angkut ramai2 'si baju kebaya merah' tu balik KL naik Inova hitam.
Amir tentu suka dan kemaruk gila...
Post a Comment