Wednesday, May 26, 2010

KOMEN PAGI KHAMIS





penulis dijamu kemudian ditipu






PENERBIT PENIPU DAN ROYALTI KOMSAS

KOMSAS muncul lagi dengan pelbagai isu. Tetapi kali ini isu besarnya ialah soal royalti kepada penulis. Langkah Kementerian memberikan royalti kepada penerbit membuka ruang kepada penipuan penerbit terhadap penulis. Kementerian membayar 8% royalti untuk setiap karya eceran yang terpilih kepada penerbit, dan memberikan kuasa kepada penerbit untuk menentukan royalti kepada penulis. Sebuah karya terbitan PENA juga terpilih. PENA dalam mesyuarat baru-baru ini menetapkan bayaran 5% royalti kepada penulis dan 3% untuk penerbit. PENA mencadangkan kaedah ini digunapakai oleh penerbit lain. Tetapi penerbit telah mula menipu dalam soal royalti ini. Seorang penerbit yang pemiliknya bernama Shafei (lih. blog Rahimidin) membayar royalti 12% dari jumlah keseluruhan. Ini bermakna penulis hanya mendapat royalti kurang 1% daripada keseluruhan 8% yang dibayar oleh Kementerian. Penipuan dan penindasan ini amat celaka sekali. Oleh itu PENA bercadang mengadakan forum berkenaan isu royalti ini dengan menjemput Bahagian HakCipta dan pihak SPRM sendiri bagi melihat segala macam penyelewengan yang berlaku baik dari segi hakcipta mahupun unsur rasuah yang wujud. Dengan itu PENA mengalu-alukan penulis yang berpengalaman dalam soal royalti dan pihak guaman untuk menghulurkan tenaga sukarela menjadi panel dalam forum ini.


SUBSIDI DITARIK RAKYAT DIJEPIT

Sms pagi ini berbunyi PEMANDU: Jika Malaysia mengurangkan subsidi ia patut dilakukan A. Setahun B. 3 tahun c. 5 tahun. Ini kaji selidik kononnya untuk mendapat restu rakyat. Yang pasti kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurang atau menarik terus subsidi. Kaji selidik ini seperti tender yang keluar tapi kontraktor telah dipilih. Maknanya keputusan sudah dibuat cuma syarat untuk mengabui saja. Subsidi akan dikurangkan atau ditarik bermakna rakyat akan dijepit oleh kenaikan harga keperluan dan peningkatan kos sara hidup. Dalam keadaan sekarang tarif elektrik naik 2 kali ganda, dan segala bil untuk kemudahan hidup meningkat tarifnya setiap masa. Rakyat dijepit lagi dengan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan menarik subsidi. Maka angka2 pertumbuhan ekonomi hanyalah retorik kosong dan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat jika kehidupan rakyat bertambah susah dari hari ke hari. Apa gunanya kerajaan hari ini jika setakat pandai menipu melalui angka pertumbuhan tetapi rakyat semakin susah?


FILEM 'JUBUR' MELAYU

Kebelakangan ini filem Melayu diterjah filem2 homoseksual seperti Anu dalam Botol, Dua Alam, Chukang dan sebagainya. Kita jadi tertanya tidak adakah lagi isu, tema dan pemikiran yang besar dan baik yang boleh dibawa oleh pengarah filem Melayu hari ini. Ketika pengarah2 filem negara lain, atau paling dekat Thailand dan Indonesia mengangkat tema filem yang hebat, filem Melayu masih mencari sensasi murahan yang klise lagi jelek. Queen of Langkasuka di tangan Nonzee begitu hebat mengangkat sejarah kesultanan Melayu Patani dibawah ratu-ratu Patani. Nonzee juga menghasilkan filem OK Baytong yang mengisahkan pergolakan di Selatan Thailand dari kacamata seorang Sami Buddha. Atau paling lekeh filem Ada Apa dengan Cinta sebuah cerita cinta popular tetapi mengangkat sajak Chairil Anwar. Atau filem Merantau dari Indonesia yang mengangkat kehebatan seni silat Melayu. Di mana otak pengarah filem Melayu (selain U-Weu, Shuhaimi Baba yang hasilkan filem bermutu dan berpemikiran) yang hanyut dengan filem rempit, bohsia, homoseksual, hantu plastik, humor jalanan dan sampah sarap ini. Pembikin filem tak bermoral ini, seperti kata seorang penonton mungkin otaknya terletak di belakang dubur sahaja. Industri filem Melayu pada hari ini terutamanya di tangan pengarah muda adalah antara industri pengeluar filem sampah yang besar di Asia Tenggara. Mungkin nombor satu.

9 comments:

NASSURY IBRAHIM said...

Karisma pun t**pu juga

Rahimidin Z said...

1. Susah hati bila Syeikh asyik bubuh foto-foto lama nih.
2. Filem Malaysia 99%nya tak layak nak tengok, sesuai untuk orang2 yang tidak berfikir seperti tidak berfikirnya para pengarah filem tersebut.

S.M. Zakir said...

nasurry, demo gi lutu jah

sheikh, banyak ni gambar lama kawan-kawan.. kita masuk so so ha ha

edolah said...

tuan syed,

1. Belum boleh lagilah si marjan nak jd jutawan...
2. "Filem kita, wajah kita"..gitulah rupanya wajah pemikiran atau apa saja dlm negara kita...
3. mu la dok pangkah lagi puak2 gilo tu..termasuk beghahim ali !

fadz said...

Abg Zakir, yang akan datang, Lagenda Budak Setan, hahaha.. camne tu?

S.M. Zakir said...

lagenda budak kena minta komen Lutfi Ishak pulak... dia pakar cerita picisan ha ha

lutfi said...

Bagus filem tu. Kah kah.

Saya ada tulis satu artikel tentang Filem Jubur Melayu, insya-Allah, tersiar dalam siasah Jumaat ni

Luqman Hakim QA said...

ahakss..jgn diharap sgt penerbit tuan jakir. sebab tu aku tak pandang dan berharap karya dipilih untuk penerbitan ala komsas. tak berbaloi kalau dipikir pasal duitnya!

S.M. Zakir said...

lut, lutu dan lutu lagi,

man, hentam sajala labu.. he he