Monday, May 25, 2009

UCAP UTAMA DARO' DR. ANWAR RIDHWAN





Dato' Dr. Anwar Ridhwan menyampaikan ucap utama dari kertas kerja yang panjang lebar. Penegasan beliau terhadap penentangan dasar PPSMI dan seterusnya kewajaran untuk memansuhkan PPSMI dengan segera menjadi fokus kepada berita di Malaysiakini. Kertas kerja penuh beliau ada dimasukkan dalam blog beliau, taip sahaja 'Anwar Ridhwan' nanti keluarlah blognya itu. Dr. Awang Azman dan saya menjadi pengulasnya. Dr. Awang Azman mengulas tentang proses pengenerasian dan pelbagai isu yang ditimbulkan dalam ucap utama Dr. Anwar Ridhwan.

Saya sebenarnya menggantikan Dr. Mawar Shafei yang berhalangan untuk menjadi pembahas. Oleh itu ketika mendapat kertas kerja ucap utama ini, saya meminta urus setia PPMN09 untuk mencari orang lain. Tetapi kata mereka, masa sangat tidak mengizinkan.Saya mengambil tugas ini dengan di bahu dan kepala saya penuh dengan tugas lain yang berat termasuklah memastikan dana dan kewangan bagi penganjuran PPMN09 ini mencukupi.

Akhirnya saya mengambil tugas sebagai pembahas. Saya membaca keseluruhan ketas kerja dan melihat kepada satu fokus yang menjadi teras kepada persoalan. Banyak isu boleh menjadi teras termasuklah isu PPSMI. Tetapi saya sudah banyak dan berkali-kali sudah menulisnya di Wasilah, Harakah, Milenia Muslim dan pelbagai media lagi. Jadi saya memikirkan untuk menangani kertas ucap utama ini secara yang lebih filosofikal. Inilah kegilaan saya sejak dulu pun. Dan saya boleh menulis subjek yang filosofikal ini dengan lebih cepat berbanding subjek lain, kerana itu kegilaan yang membuatkan saya tidak menceburi bidang akademik. Kerana saya tidak berminat membaca buku teks pelajaran sejak di sekolah menengah kerana lebih gila membaca buku falsafah yang saya tidak fahami pun. Pada suatu ketika saya membuat keputusan tidak mahu lagi membaca buku-buku sekolah yang membosankan, yang tidak mencabar otak 'dungu' saya. Kerana saya lebih suka menghabiskan masa membaca buku sejarah falsafah Islam mahupun Barat.

Saya pun menulis tentang manusia unggul Ubermensch dan Insan Khudi sebagai bahasan terhadap kertas ucap utama yang melihat bahawa penulis muda harus menjadi manusia yang berilmu dan pendakwah kepada masyarakat. Jadi penulis harus menjadi agen pembaharu kepada masyarakatnya. Saya membahas hal ini melalui dua konsep tadi. Iqbal sudah saya kenal karyanya sejak usia belasan tahun lagi, dan mula tekun cuba memahami pemikirannya ketika saya mula berusia 20-an. Bersama-sama Iqbal saya cuba memahami Ibnu Arabi, Al-Ghazali, Al-Farabi, Ibnu Khaldun, Ibnu Miskawaih, Syed Qutb dan tidak ketinggalan Syed Naquib al-Attas. Nietzsce mula menjadi kegilaan saya sejak mula gila dengan ahli falsafah barat seperti Leibniz, Kant, Rouseau, Machiavelli, Decartes, Hobbes, Locke. Sebelumnya Lao Tze, Socrates, Plato, Aristotle dan puak Sofis.

Sehingga kini saya terus menjalar kepada Sariati, Nasr, Al-Faruqi, Hasan Hanafi, Soroush, Ganoushi, Edward Said, Fanon sejajar dengan Focult, Derida, Barthes, Baudrilard, Berlin, Armstrong, Babbha, Amin dan Geertz. Saya setengah miring dengan dunia falsafah ini.Selepas saya tidak membaca lagi buku falsafah dan malas berfikir atau bercakap lagi fasal falsafah, barulah otak saya betul kembali. Kertas kerja saya boleh didapati dalam fail seminar. Itu sahaja. Selebihnya kerja saya ialah menulis dan berpetualang.

6 comments:

D'Rimba said...

Bilala gamaknya saat bahasa Melayu dikembalikan sepenuhnya sebagai bahasa ilmu seluruh sistem pendidikan negara tadika hingga universiti............

Luqman Hakim QA said...

Selain Lut, mu la ahli falsafah tanpa buku tu. hehehe...ampunsss abe, kawe mengata mu lagi. apa pun, teruskan. kalau bukan mu siapa lagi yang mengisi ruang tu. Sememangnya sejak 20 tahun dulu memang mu berminat hal filosofi. Contoh macam enigma sebuah noumena. kan?

S.M. Zakir said...

aku dah serah tugas pada Lut. Biar dia pulak yang miring. Aku dah jadi insan normal. Jadi petualang pulak. Falsafah aku sekarang Vini, vedi, vici - saya datang, saya lihat, saya takluk. Tambah satu lagi, saya tinggal.

Luqman Hakim QA said...

ya...enam tahun kemudian datang balik. urus hal persekolahan la pulak..wakakaka

lutfi said...

Tuan Zakir,
itu namanya falsafah Smart tag

S.K said...

"...Saya setengah miring dengan dunia falsafah ini.... Selebihnya kerja saya ialah menulis dan berpetualang."

Ahhhh... aktiviti-aktiviti kegemaran S.K, lebih-lebih lagi, bila miring dalam berpetualang. Bak kata dalam bahasa PPSMI, "I'm in goooddd company."

Wassalam.