Saturday, July 5, 2008

KEDIRI DAN PESTA PENYAIR I

Aku bersama teman-teman di PENA seperti Saleeh Rahamad, Shamsudin, Ibrahim Ghaffar disertai juga oleh Malim Ghozali Pk, Khalid Saleh, Fuad Bebet dan Hameer Habib berangkat ke Kota Kediri untuk menghadiri Pesta Penyair Nusantara Ke-2. Aku ambil tiket sekali dengan Sam, sementara Saleeh sekali dengan Hameer. Di LCCT kami bertemu dengan Abang Malim. Kami sama satu kapalterbang KL-Solo. Flight pukul 6.55 pagi, aku lambat bangun, rancang bangun pukul 4.30 tapi bangun pukul 5, itupun bini aku kejut. Bini aku yang baik hati hantar aku ke LCCT, tengah jalan lupa duit 3 juta rupiah yang aku tukar. Terpaksa jolok duit di LCCT. Sampai LCCT, Sam, Saleeh dan Hameer dan ada di kaunter untuk chekin. Abang Malim di surau, sembahyang subuh. Kami pun lepas tu ke surau, sembahyang subuh.

Aku dah pening naik kapalterbang tahun ni, masuk ni dah lebih sepuluh kali. Kuat betul aku merayap tahun ni. Ya, sampai dah tak berapa tahu dan ambil tahu acara-acara sastera dan polemik kawan-kawan sastera di Malaysia. Kami sampai Solo tengah hari. Aku tukar duit, RM350 dapat sejuta rupiah. Hameer dan Sam tukar di LCCT RM390.00 dapat sejuta rupiah. Untung aku RM40. Di Lapangan Terbang Adi Sumarmo, Solo ni berlainan dengan Lapangan Terbang di Medan atau Jakarta yang banyak ‘calo-calo’ menyerbu merebut pelanggan. Di Solo, keadaannya tenang, tak ada yang berebut pelanggan. Orang-orang Solo lembut, baik dan sopan santun. Kami kena cari teksi sendiri macam di Malaysia. Naik dua teksi terus ke Grandmall. Aku dan Saleeh bulan lepas dah sampai Solo, masa tu pergi Jogjakarta dari Solo. Jadi kami dah jadi ‘Pak Lurah’ la pada kawan-kawan yang blur-blur macam Sam dan Hameer. Abang Malim orang lama, tentu banyak pengalaman tapi dia buat-buat tak tahu saja. Jadi aku dan Saleeh la yang tunjuk pandai.

Di Grandmall, Jalan Slamet Riyardi kami pergi Hotel Solo Inn tapi penuh. Aku dan Saleeh pergi tengok hotel lain dibawa tukang beca ke Hotel De Solo, cantik dan murah tapi jauh dari pusat bandar. Jadi kami balik ambil Hotel Sanashistri di depan Grandmall. Kadar bilik, sini panggil tarif lebih kurang 300ribu rupiah untuk bilik standard kongsi dua orang. Lebih kurang RM100 la. Aku, Sam dan Hameer ambil satu bilik tambah extra bed. Saleeh sebilik dengan Abang Malim. Kami cadang tidur semalam di Solo sebelum esok bertolak ke Kota Kediri, kira-kira empat jam perjalanan naik MPV Unser, diaorang panggil Kijang. Kami ambil dari hotel, murah juga dapat satu Kijang 600ribu rupiah dari Solo ke Kota Kediri, lebih kurang RM140. Selesai satu perkara. Sam dan Hameer pergi Pasar Klewer dan Kraton Solo. Pasar Klewer tu tempat barang-barang seperti batik, cenderamata, kraftangan, kain baju dan macam-macam la. Murah-murah, tapi sesak tempatnya. Aku dah pergi, jadi tak ikut. Aku tidur saja dan merayap dekat-dekat. Saleeh pergi shopping. Abang Malim pun. Kami buat program bebas. Macam tula lebih kurang. Haji Sam sesuai berjalan dengan Hameer, sama-sama ‘orang baik’ suci murni. Aku seperti biasa merayap sorang-sorang, dapat la dvd dan cd lagu-lagu indon. Aku beli filem ‘Kala’, satu filem lagi lakonan Nicholas Sahputra cadang nak hadiah kat orang sebab aku dah ada banyak dvd yang aku beli masa di Solo dulu tak tengok-tengok lagi.

Malam di Solo, aku tulis dalam sajak sajalah;



Malammu Solo, di Lembut Angin

Malammu Solo, adalah puteri anggun
yang bangkit dari istana sepi
kotamu sibuk tetapi kratonmu sepi
aku mencari cinta sang putri kraton
di sela-sela angin panas
di Panggung Sendhatari yang
dihidupkan oleh Wayang Orang
atau joget dangdut yang geger di sebelahnya
melepaskan sebentar manusiamu
dari perit hidup oleh harga minyak (benzin)
yang melambung dan membakar hidup
rakyatmu, bahkan rakyat di mana saja
beca-beca beratur, menunggu mencucur keringat
aku melangkah mendaki angin yang lembut
terjatuh di pangkuan cinta
di toko buku yang sepi
di sudut kecil grandmall
terasing di situ dari hiruk malam
seperti Gibran mencari May Zaidah
lewat surat, aku di buku-buku
lewat cintaku yang bertabur


Malam, pagi la aku bangun tengok final Piala Euro. Jerman lawan Sepanyol. Menang Sepanyol 1-0. Cantik Sepanyol main. Aku Cuma dapat tengok seperuh masa kedua saja. Sam dan Hameer tidur, penat shopping tadi. Pagi bila Saleeh dan Abang Malim datang ke bilik tanya Sam tak bangun lagi, selamba ja Sam jawab, “Semalam tengok bola la bang.” Aku terus sampuk, “Mana ada, dia tido.”

4 comments:

republictheatre said...

jangan hadiah kat org lain pulak..filem 'kala' tu i punya kan... :)

lutfi said...

kediri oh kediri
kala oh kala....

benuasuluk said...

Wah, puisi Solo yang bagus...

S.M. Zakir said...

masih dalam pertimbangan nak bagi sapa he he.

Lut,
Nanti cuti panjang, ambil 2 minggu cuti kita pergi travel satu pulau jawa. Jakarta-Bogor-Bandung-Jogjakarta-Solo-Kediri-Demak-Surabaya-Lombok-Banyubangi-Bali. Gua dah survey, dah tahu cara nak travel murah. Jom kita shoot filem kembara kita sekali, tajuknya "Ingin Jadi Pujangga" Keh keh.

Wan
Bila nak ikut kitaorang travel. Penyair kena banyak mengembara, ikut yang rasmi tu lain, ikut kitaorang baru betul-betul penyair, he he.