Saturday, May 30, 2009

SAJAK-SAJAK PETUALANG: MANUSIA MIMPI



Gambar berbasikal di Pelabuhan Sunda Kelapa Jakarta.



Saya dan Rahimidin Zahari sempat menerbitkan buku puisi sebelum Perhimpunan Penulis Muda tempoh hari. Jadi dapatlah dibawa ke majlis tersebut. Alhamdulillah, terjual agak banyak juga. Rahimidin dengan kumpulan puisi Perjalanan Salik. Sementara saya dengan kumpulan puisi Sajak-sajak Petualang: Manusia Mimpi.

Sajak-sajak saya adalah satu rakaman daripada perjalanan yang dibuat di luar negara beberapa tahun kebelakangan ini. Saya memikirkan untuk mencatat pengalaman saya berjalan ke beberapa buah negeri di Asia Tengara dan China. Jadi saya masukkan juga gambar-gambar perjalanan di negara-negara tersebut.

Ini adalah kumpulan puisi kedua saya (lebih diterbitkan untuk sekadar mencatat kenangan bagi diri sendiri) selepas kumpulan puisi Memburu Malaikat yang diterbitkan secara suka-suka. Saya tidak mempunyai sebarang perancangan dan tujuan yang besar dalam usaha menerbitkan kumpulan puisi ini. Kerana ia lebih diterbitkan untuk mencatat pengalaman-pengalaman 'petualang' dalam bentuk puisi.

Kumpulan puisi saya boleh dibeli melalui Ujana Ilmu (kedai buku maya Nisah Haron). Atau juga boleh hubungi saya melalui smzakir90@gmail.com. Harga RM15 sahaja, cukup-cukup untuk menampung kos penerbitan. Ok la.

12 comments:

sahrunizam abdul talib said...

Saya dah beli kedua- duanya di Puteri tempoh hari. Saya kira ini satu usaha yang sangat menarik. Kedua- duanya mungkin boleh dimasukkan ke dalam kategori sastera kembara dan sudah pasti meperkayakan khazanah sastera Melayu. Ralatnya saya tak berkesempatan mendapatkan tandatangan penyairnya.Hanya satu soalan kalau sudi dijawab. Mengapa "petualang" ya tuan?

D'Rimba said...

Tahniah pejuang bahasa sekalian.Malam ini akan bergendang kembali isu bahasa Melayu di rancangan Luar Lingkungan TV1.

Luqman Hakim QA said...

Baguslah ngaku petualang. Cuma gambar naik basikal tu lucah skit...hehehe

S.K said...

salam,

kumpulan puisi yang padat dengan imageri pemberi inspirasi!

Jatidiri puisi saya semakin berani...

Suatu masa nanti, mahu juga terbitkan kumpulan puisi suka-suka... sekarang ni, kena serius sikit dan perlu habiskan segala projek serius, aduhhh...

Tuan, masih ada "Memburu Malaikat"?

Wassalam.

S.M. Zakir said...

Buat sahabatku Sharunizam, hari tu memang sibuk dan tak sempat nak berbual panjang. datanglah malam baca puisi pena minggu ni. Tentang 'Petualang' tu ada dua konotasi, satu difahami dengan persepsi yang agak negatif seperti menjarah begitu. Tetapi satu lagi maknanya umum, positif yang maksudnya cuma mengembara atau berhijrah. Saya tidak kisah mana-mana konotasi yang hendak diberikan. Kerana 'menjarah' itu juga boleh kita ambil dengan makna simbolisnya. Jadi terserah, nak kata vini, vedi, vici juga terserah ha ha.

Luqman, keja ko memang suka tengok benda-benda yang orang tak nak tengok

Kepada SK, memburu malaikat masih ada, boleh juga dapatkan melalui Ujana Ilmu Nisah Haron.

Nimoiz T.Y said...

Guano ni bohhh. Ore pakat marah belaka. Tiga-tiga kategori sapu bersih. Mujur takdok novel. Kalu dok, pat pat sapu. Berat-berat.

Hahaha...

TAHNIAH! (Walaupun ungkapan ini dah klise)

S.K said...

*imajeri

Saya beli buku dari Ujana Ilmu hampir setiap bulan... tak ada dalam katalog buat masa ni...

Dan... TAHNIAH! :)

Wassalam.

juilis69 said...

Tahniah sahabatku Sdra Zakir. Sememangnya membaca karya sdra memberikan pengalaman berharga kepada saya. Antologi cerpen Sekeping Roh Di Atas Bantal masih lagi di hayati..ternyata pemikiran sdra sangat tinggi.

Juilis Mokujal
Kota Belud, Sabah

saleeh rahamad said...

Sang Penakluk, itu judul buku puisiyang akan datang. er buku siapa tak tau lagi. Bapak Zakir pun Sang Penakluk macam Gengzhis Khan, Columbus, dan ...

S.M. Zakir said...

Nimoiz, rezeki anak-anak.

Juilis, terima kasih kerana sudi menatap karya-karya saya yang kecil ini.

Pak Saleeh, buku sang penakluk perlu ada fotonya sekali pak. Biar jelas apa yang ditakluki itu.

HAFIZ LATIFF said...

assalamualaikum w.b.t.

Abg S.M Zakir,
Tahniah untuk kemenangan di HSKU semalam. Maaf, saya tidak sempat berjumpa dengan abg semalam. Namun, alhamdulillah, kita pernah bersua di PPMN, Ayer Keroh. Tahniah.

S.M. Zakir said...

terima kasih Ilham. Moga berjumpa pada lain masa, tegur2 la jika berselisih.